Friday, April 30, 2010

Ayong

kakak (tudung purple)


Semalam dapat berita kakak (kami panggil ayong) jatuh kat bilik air, terus talipon alhamdulillah tak serious cuma dia sakit2 badan aje. Kakak tinggal berseorangan dah lama jadi ibu tunggal punya 2 orang anak, berkat kesabaran kedua2 anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjawat jawatan yang boleh dibanggakan. Sekarang hidupnya boleh dikatakan mewah apa yang dia nak semua dia boleh dapat.

Satu ketika dulu rumah dia tempat kami berkumpul bila hari raya. Bila dah ramai macam2 berlaku berebut bilik, berebut bilik air dan berebut tengok tv dan macam2 lagi. Kalau masak mesti banyak macam orang nak kenduri. Sekarang suasana begitu tak ada lagi, semenjak kakak tidak lagi berapa sihat kami tinggal di Rest House. kami dah tak punya tempat untuk dituju cuma bila hari raya, dimana ayah tinggal disitulah kami pergi, itu pun tak lama maklumlah walau adik beradik sekali pun tak sama dengan rumah mak dan ayah sendiri.

Semasa membuat n3 ni saya dapat berita lagi anaknya bawa dia kerumah sepupu untuk berehat.Disini keadaannya lebih selesa dan penghuni dalam rumah pun tak ramai. Mungkin petang nanti saya akan kesana untuk menziarah. walau pun kakak saya ni agak cerewet tapi saya sayang sangat pada dia sebab kami agak rapat, boleh bergosip, bertekak dan bergurau dan dia juga adalah pengganti mak yang dah lama pergi....

17 comments:

azieazah said...

Moga AYONG Kak Zai sihat sejahtera... aminnnn.

Sama juga mcm saya, kami pun dah bbrapa tahun bila Raya jer berimpun kat rumah kakak yg sulung jerrr..

Tapi tetap tak sama.. kalu boleh nak berkumpul di rumah asal, tapi apa daya...

lemongrass said...

Semoga Ayong Kak Zai kembali sihat sepenuhnya... Amin...

Zaitun said...

azieazah

T.kasih atas doa.

Rindu dengan suasana dulu2 kan, rumah mak dan ayah rasa bebas tanpa rasa segan kalau nak buat apa2 pun.





lemongrass

Tq.harap2 begitulah...

FaAtip said...

hati2 sewaktu di bilik air, bimbang bila dengar berita cam gini. Semoga cepat sembuh.....

Erin said...

Hah??!! ye ker nekma jatuh dlm bilik air?tak pernah ambik tau pon..heheh..
tak bagitau org pon...huh..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Harap2 Ayong cepat semboh insyaAllah. Boleh tau ayong duk mana?

Zaitun said...

aintsuperwoman

Bahayakan bilik air ni kadang2 licin.
Kakak Ipar kak Zai jatuh kat bilik air kepala terantuk kat kolam, meninggal tapi mungkin penyebab aje tu.





Erin

Balik la tengok nekma, dia tak nak mama risau kot sebab tu dia tak nak bagitau.

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam

Begitulah hendaknya.

Dia tinggal kat Slim River, perak.

cikmanggis said...

salam zai..terkenang kat emak kat kampung,dah lama tak balik kampung ni,jika emak dan ayah dah tak ada rasanya kami tak balik lagi lah...tak ada tempat nak lepak.semoga akak Zai tu dah sihat.

Zaitun said...

cikmanggis

W'salam

Kalau ada kelapangan eloklah jenguk mereka atau setidak2nya talipon sementara mereka hidup. Selalunya orang tua bahagia kalau anak cucu berkunjung bukan wang ringgit yang diorang minta.

Mudah2an atas doa2 yang diberikan.

Ibu n Abah said...

salam kak zai,
memang saya setuju, bila ibu dah tiada.. kakak adalah orang yg tepat sekali mengganti ibu...
kita dah bersama2 kakak sejak kecil, kita dah kenal hati budinya biarlah apa pun sikapnya... itulah pengganti ibu kita yg dah tiada....

Hjh Noralenna Abbas said...

Zaitun,
Hati-hati bila berada di bilik air, jika lantai basah.Pastikan lantai tak bersabun bila sudah mandi. Takut licin.Sesiapa boleh terjatuh.

Acik Erna said...

zai..semoga kaka zai cepat semboh..sama la kita..bila balik kampong rumah kakak aje tempat tuju..dah tak de orang tua camtulah kan...

CikguZue said...

salam Zaitun,
semoga Ayong cepat sembuh. minta izin linkkan blog ini, boleh?

ibundo said...

salam. Bila dah berumur kena berhati2 bila masuk bilik air atau berjalan di atas lantai basah. Dalam berhati2 itu pun kalau nak jatuh, jatuh juga.
Kesian ayong. Berehat supaya sakit2 badan hilang. Alhamdulillah tak apa-apa.

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam

Kak Zai hanya punya seorang kakak dan 2 abang tapi satu dah meninggal.Kakak pula ibu tunggal itulah sebabnya kalau kami ada apa2 masaalah tuju kat dia senang nak bercerita.





Kak Nora

Kadang2 kita punyalah berhati2 pastikan tak ada sabun yang tertinggal tapi almaklum kaki tu tersangkut juga hi3....





kak Erna

T.kasih.
Sedihkan jadi anak yatim nasib baik masih ada suami dan anak2.

Zaitun said...

CikguZue

W'salam

Thanks. Boleh kalau sudi, kak Zai pun linkkan ya.





kakpah

W'salam

Kadang2 tu bukan sebab lantai yang licin tapi kaki tu yang buat hal, nak salahkan mata ia juga pandang kelain.
Syukur dia dah beransur pulih.