Tuesday, December 29, 2009

AZAM

Hanya tinggal 2 hari lagi tertutuplah tirai 2009 dan 2010 akan menjelma. Terasa begitu pantas masa berjalan. Anak2 yang yang belum pernah menjejakkan kaki kesekolah akan mula menjalani kehidupan baru, bangun pagi memakai pakaian seragam dan menuju kesekolah. Bagi anak2 yang meningkat remaja pula akan memulakan situasi kesekolah menengah dan seterusnya tapi bagi ibu seperti saya tak banyak perubahan mungkin hanya pada umur saja. Perjalanan hidup biasa2 saja sebagai surirumah sepenuh masa hanya berkisar dengan rutin harian tugas melayan suami, anak2 dan selebihnya untuk diri sendiri.


Selalunya setiap kali tahun baru menjelma ramai orang akan membuat azam tak terkecuali diri saya. Setiap tahun ada saja yang nak dimulakan tapi tak pernah terlaksana kalau ada pun cuma separuh jalan. Tahun ni saya nekad buat azam baru untuk bangun seawal pagi, memulakan tugas seharian secepat mungkin selepas itu saya akan menuju ketempat yang boleh saya lakukan exercise. Mungkin ditempat yang ada kelengkapan yang cukup dan instructor yang bertauliah. (Macam program Big Looser la pula ). Kalau sebelum ini saya hanya membuat exercise hanya mengikut mood dan dalam diri saya yang memang ada sifat MALAS, tapi tahun ini saya perlu mengubahnya, ini adalah untuk kebaikan diri sendiri. Kalau boleh saya nak hidup lebih lama dengan kesihatan yang lebih baik supaya saya boleh menjalani kehidupan yang lebih sempurna. DUNIA n AKHIRAT....
Ya ini adalah azam saya, harap2 terlaksana.



Last but not least saya nak ucapkan kepada semua bloggers, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...

Friday, December 25, 2009

ANNIVERSARY



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 26

Hari ini 25 Dec genap 26 tahun perkahwinan saya dan hubby.Tak ada apa yang special cuma kami anak beranak pergi menjamu selera. Mulanya dah semua setuju nak makan kat Restoren Nelayan Titiwangsa pada malam Sabtu, tapi siakak tetiba cal pada hari Rabu, dia suruh datang ke Melaka ambil dia pada petang khamis sebab examnya habis pukul 12.00 tengahari. Hubby cadangkan kami makan saja kat Pernu, Umbai Melaka.


Hari Khamis kami ke Melaka sampai lebih kurang pukul 3.00 petang , ambil kakak kat kampus terus pergi Tesco sebab nak makan nasi berlaukkan asam pedas daging tetel (cincang). Sebelum ni kami pernah makan kat sini sedap aje rasanya tapi kali ni tak menepati tekak saya pula. Hubby pula beli kat kios lain nasi dengan asam pedas ikan malang juga, nasinya banyak hitam2 sebab beras yang digunakan memang beras yang tak ada grade. Adik pula memesan mee goreng rasa bolehlah tapi hanya terdapat 2 ekor udang (sederhana aje besarnya ) dengan harga rm5.00.Manakala kakak pula dah makan dikampus dan saya hanya memesan ABC special untuknya, satu scoop icecream yang membuatkan dia special.




Lepas tu kami ke Dataran Pahlawan, tak beli apa2 pun cuma sikakak beli mask kat The Face Shop. Habis jalan2 jam pun dah menunjukkan pukul 6.30 ptg kami terus ke umbai tapi sebelum sampai kami singgah dimasjid yang terdapat dikampung tu, Lepas magrib kami pun sampai ke tempat makan yang selalu kami pergi kalau pergi Melaka. Nama gerainya Restoren Parameswara. Tempatnya lapang berdekatan dengan laut dan boleh tengok sampan2 kecik mungkin nelayan sedang mencari rezeki. (Sepatutnya kalau malam Jumaat pergi kat masjid baca Yassin berjermaah).




Bila sampai kat restoren tu saya dan hubby ketempat memilih menu yang nak diorder lepas tu kami diberi no meja. Tak lama menunggu makanan tiba dan apa lagi bermulalah upacara makan2, lauk yang dioder ikan siakap 3 rasa, sambal udang, kepah sweetsour, ikan pari bakar, sotong goreng tepung dan syur kangkung belacan. Sebelum tu dah tibai dulu otak2 dan buah2an. saya memilih air kelapa, adik apple jus, hubby dan kakak memilih air kosong saja. Gambar yang di snap semuanya hitam maka tak dapatlah nak dikongsi. Kami menghabiskan masa disitu sampai pukul 9.00 dan sebelum balik kami sempat menunaikan solat isyak disurau yang di sediakan.


Hadiah ?...my hubby tak bagi pamerkan takut macam menunjuk2 pula. Sorry ya....



Monday, December 21, 2009

Ikano,Curve,Ikea

Sunday afternoon tak tau nak buat apa ajak hubby go jalan2, boring duduk rumah. Siap lebih kurang fikir mana nak pergi, adik bagi cadangan pergi Ikano sebab kat situ ada pet shop boleh beli baju untuk Kim (rabbit). Hubby setuju kami pun ronda kat kedai tu berjam2 lamanya puas cari baju untuknya tak adalah pula kalau untuk kucing atau anjing macam2 fesyen ada tapi untuk rabbit tak ada. Saya bertanya kat salesman kat situ kalau ada jual pampers atau seluar kecik untuk rabbit sebab kadang2 saya biarkan kim jalan2 kat dalam rumah.Taiknya berterabur tapi nasib baiklah ketul2 kecik dan kering pula. Susah nak cari keperluan untuk rabbit menurut hubby kalau rajin cuba jahit sendiri. Orang macam saya kalau menjahit mesti tak jadi sebab pegang aje jarum dah menjerit tercucuk jari.Tangan dah keras untuk menjahit.



Lepas habis kat Ikano kami menyeberang jalan melalui jejantas ke Curve mall. Disini saya masuk ke kedai FOS, hubby try sehelai t.shirt dan adik tangkap satu cardigan tapi saya ambil satu untuk kakak sebab bila dia balik nanti mesti dia pun minat. Untuk saya tak beli apa2 sebab baru saja beli baju tapi saya pekenan satu handbag di kedai HOL. Memandangkan harganya mencecah 4 angka terfikir juga sebab hari raya tempohari saya dah pun membeli satu handbag berwarna putih. Menurut salesman kat kedai tu edisinya terhad sebab itu mahal, tapi memang cantik. Saya memang suka apabila melihat handbag, tapi selalunya bila saya dah pegang mesti harganya mahal, hubby kata tangan berhantu.



Sempat juga ke MPH mencari kalau2 ada buku yang nak dibeli tapi mengenangkan masih ada buku yang dihadiahkan anak masih belum habis saya baca maka kami keluar tanpa membeli apa2. kami solat maghrib disini sebelum patah semula ke Ikano tapi terus menuju kemana lagi kalau bukan ikea (kedai kegemaran). Disini pun kami tak beli apa2 cuma round and tengok2 aje. Tapi kalau dah sampai kat Ikea tak sah kalau tak makan meat ball dia, tapi sebelum tu dah beli karipap, yang ni wajib beli tapi kali ni saya beli setengah dozen saja sebab nak makan meatball. Habis makan kami keparking area sebab dah tak lalu berjalan lagi sebab kekenyangan. Kami terus balik rumah.

Kalau pergi area ni untung dalam satu kawasan ada banyak shopping kompleks termasuk hypermarmarket. Bangunannya berdekatan antara satu sama lain. Boleh shopping atau window shopping.


pet shop kat Ikano

beli 2 sets meatball satu untuk saya dan satu untuk hubby



hotdog untuk adik

Friday, December 18, 2009

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO MIMI

Pada 19-12-1989 lebih kurang pukul 4.30 pagi lahirlah seorang bayi perempuan di hospital Pusat Rawatan Islam Jalan Ipoh (sekarang Jalan Tun Razak). Semasa lahir beratnya 3.6 kilo dan dia disambut oleh Dr.Suhaimi. Gembira tak terkata sebab sebelum kelahirannya saya telah mempunyai 2 orang anak lelaki. Tertunailah hajat saya untuk melengkapkan peralatannya berwarna pink. Seperti ibu2 lain yang kepingin anak perempuan saya dan hubby puas mencari nama yang sesuai untuk diberikan pada baby ini. Dengan panduan buku yang diberikan pihak hospital saya dan hubby mula mencantumkan nama seperti nama abang2nya. Maka dengan kata sepakat tertulislah nama baby ini sebagai SI...SY... AZ a.k.a MIMI...ertinya ciumanku, ya baby girl yang menjadi buah hati kami sekeluarga. Hari ni genaplah usianya 20 tahun.


Mama, baba, adik and your 2 brothers mendoakan semuga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah. Yang penting menjadi anak kebanggaan buat mama dan baba.



bulatnya mata



dah pandai berjalan tapi merangkak


cutenya pakai baju kurung

Konvokesyen di tadika Sri Ukay, Ukay Height.

P/S : Gambar latest ada di n3 Theatre Natrah

Thursday, December 17, 2009

Rindu Mak

Duduk sorang2, penat baca paper, baca pula majalah sambung baca cerpen lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Fikiran melayang terasa rindu dengan arwak mak, cuti sekolah jiran balik kampung lepas tu bawa mak tinggal sama alangkah seronok dan bahagianya. Mak dah tinggalkan kami selama 23 tahun tapi rindu tak pernah hilang dari ingatan, beruntungnya orang yang masih ada mak boleh manja2 minta masakkan makanan kegemaran kita masa kecil2, cerita hal keluarga bestnya tapi Allah lebih menyayangi dia.


Dulu masa kecil2 ayah dan mak bertungkus lumus memastikan anak mesti pergi sekolah belajar biar pandai lepas tu boleh bantu mak bila dah tua. Masa berlalu anak2 semakin dewasa sesetengahnya dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang boleh dibanggakan. Belum pun sempat mak mengecapi kesenangan apatah lagi kemewahan dia dah pergi buat selama2nya. Ayah lebih bernasib baik masih sihat dan boleh buat apa saja.


Anak2 bawa ayah melancung tapi mak tak merasa, anak2 bawa ayah naik kapal terbang tapi mak tak merasa, anak2 bawa ayah makan kat restoren tapi mak tak merasa, anak2 bawa ayah duduk hotel tapi mak tak merasa, beruntungnya ayah tapi mungkin disebabkan kasih sayang yang dicurahkanya pada anak2 dan cucu2, dia mendapat habuan yang sebegitu rupa.
Bukan saja anak2 yang bawa dia berjalan tapi cucu yang sudah bekerja juga tak terkecuali apalagi kalau hari raya kadang2 poketnya lebih berisi dari kita yang bekerja.

Syukur masih ada ayah. Syukur masih ada suami yang amat penyayang. Syukur masih ada anak2 dan syukur punya segala2nya. ALHAMDULILLAH


p/s;Rindu dengan dakapan mak ( saya adalah anak perempuan kesayangan mak).

Tuesday, December 15, 2009

Bertemu Kembali

Hari Ahad kelmarin pergi kenduri kahwin anak kepada sepupu hubby di Kajang. Kami sampai agak lewat dah terlepas majlis bersanding. Datang terus makan sambil bersembang2 dengan saudara mara yang datang terdahulu dari kami. Meriahlah juga majlisnya, makanan pun ada dua pilihan ada nasi minyak berlaukkan rendang daging, ayam goreng rempah dan ada nasi putih berlaukkan ikan bakar, gulai lemak nenas, pajeri terung dan salad. Selain dari itu ada buah2an dan kuih muih.


Agak lama sebenarnya hubby tak tahu khabar berita sepupu dia ni sebab dia pernah berpisah dengan suaminya selama 10 tahun. Kemudaian mereka bersatu semula dapat satu anak lagi. Saya tak pasti berapa orang anak mereka semuanya. Yang bagusnya selama mereka berpisah sepupu hubby tak pernah kahwin tapi suaminya berkahwin. Dia seorang yang berkerjaya, besarkan anak2 sampailah mereka bersatu semula. Semasa mereka punya 2 orang anak kami pernah kerumah mereka, masa tu mereka tinggal di Keramat dengan emak mertua dia. Masa tu dah nampak ada yang tak kena sebab emak mertuanya kurang menyenangi keluarga dia kalau datang maklumlah bukan tinggal dirumah sendiri. Sejak itu kami tak pernah lagi mengunjungi mereka, hanya berjumpa kalau ada kenduri kendara. Selepas itu kedua orang tuanya pula meninggal dunia kami pun bawa haluan masing2. Sampailah bulan november tempoh hari kami bersua dengan adik lelakinya di rumah kakak ipar saya.


Kami bertemu semasa kakak ipar saya mengadakan kenduri kahwin anaknya, disitulah kami dapat banyak cerita tentang mereka adik beradik. Seorang daripada adiknya telah meninggal dunia secara mengejut dan 2 orang lagi tinggal di Penang. Menurut hubby dulu mereka amat rapat sebab semua rumah berdekatan diantara satu sama lain, kalau ada yang sakit atau kenduri semua keluarganya akan berkumpul dirumah atok mereka dan disitulah juga rumah2 mak dan mak saudara didirikan, tanah atok yang luas menyebabkan semua anak2 tinggal disatu kawasan. Malangnya apabila kebanyakkan orang tua dah meninggal dunia rumah pun ditinggalkan oleh anak2 kerana merantau mencari rezeki. Sesekali kalau kami lalu dikawasan tu rumah2 dah mula reput dan kawasannya dipenuhi semak samun.

Saturday, December 12, 2009

Theatre Natrah


kakak dan adik berposing di poster Theatre Natrah


Semalam punyalah jemnya Kl, tujuan saya kesana untuk menghantar anak keIstana Budaya untuk menyaksikan theatre Natrah. Kami keluar rumah lebih kurang pukul 6 ptg kalau diikutkan memang banyak masa sebab theatre bermula pukul 8.30 malam. Sampai saja kat jalan sungai besi kereta dah mula berderet2 amat lambat walaupun bergerak, hati dah mula berdebar takut waktu yang dijangka tak boleh sampai. Hubby mengajak solat di Masjid Istana Negara dulu disebabkan waktu solat maghrib telah tiba. Selesai solat kami meneruskan perjalanan tapi masih jem, hubby cuba menukar haluan walaupun sesak tapi kereta bergerak. Saya tak berhenti berdoa agar kami sampai pada waktunya. Mungkin berkat doa dan kami telah pun bersolat dengan izin Allah akhirnya sampai juga ke Istana Budaya dalam pukul 8.05, alangkah leganya dan nampak sangat kegembiraan anak2 apabila kaki mereka berdiri didalam bangunan Istana Budaya.

si adik dengan Natrah semasa muda





Akak dengan Natrah semasa tua



Setelah memastikan kedua orang anak saya masuk, saya dan hubby menuju kecafe dan disana kawan hubby yang bekerja disitu ada menunggu. Dialah yang tolong bookkan tiket dan yang untungnya tiket dari rm70.00 dapat discount rm57.00. Mulanya dia dah booking awal tapi disebabkan sikakak perlu menghabiskan assignment jadi tak dapat balik ke kl. Nasib baik theatre tu di extend sampai hari ahad dapatlah anak2 saya menonton. Masa mula2 kawan hubby nak booking tiket dia book 4 tiket tapi disebabkan saya yang kurang sihat sejak ke belakang ni jadi saya dan hubby tak dapat pergi. Masa menghantar anak tu rasa rugi pula tak beli tiket sebab masa tu badan terasa sihat sikit.
Saya mula tak berapa sihat sejak hari raya korban, boleh katakan hari2 pening, badan rasa cepat letih. Mulanya saya ingatkan sebab saya makan daging korban, tapi takkan berlarutan begitu lama. 2 tahun berturut2 kami buat korban tapi tak pernah dapat tulang dan tahun ni saya merajuk tiba2 ada orang datang hantar kat rumah. Saya pun apalagi tulang tadi saya masak sup. Saya memang suka makan sup tulang apalagi kalau yang baru disembelih.


Berbalik pada cerita tadi saya dan hubby bersembang dengan 2 orang kawan hubby yang kebetulan datang nak jumpa hubby. Banyak cerita yang disembangkan termasuklah persembahan2 yang dah di schedule untuk tahun depan. Kalau ditengok dalam bangunannya memanglah canggih tapi saya tak pernah lagi menonton persembahan tapi kalau masuk kedalam bangunan tu agak selalu sebab hubby kadang2 buat temu janji dengan kawan2 dia disitu.

Pukul 10.30 malam orang dah mula berpusu-pusu keluar menuju ke lobi untuk sesi bergambar dan autograph. Terpaksalah saya dan hubby menunggu sampai selesai. Perut dah mula berkeroncong, hubby mengajak makan nasi lemak di Kampung Baru. Dekat pukul 1.00 pagi baru kami sampai ke rumah.




Remy Ishak dan Maya Karin


Pagi ni saya ke Shah Alam untuk menghantar si kakak ke station bas untuk balik ke Melaka. Sampai rumah makan nasi kerabu yang dibeli hubby lepas itu saya berehat. Tak lama kemudian saya tarik bantal terus tidur sampailah azan zohor baru saya tersedar. Sejak akhir2 ni tak banyak kerja2 rumah yang saya lakukan nasib baiklah ada si adik membantu.

Tuesday, December 1, 2009

Kabut n Kim

Ahad lepas saya ke pasar kabut lagi selepas hantar kakak ke station bas Shah Alam untuk balik ke Melaka. Pagi tu hujan, mulanya hubby tak nak pergi tapi saya pujuk akhirnya mengalah juga. Nasib baik dapat parking dekat dengan gerai2, hubby bawa payung walaupun hujan sudah mulai berhenti. Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai, mana barang yang saya minat terus beli macam tuala dapur, pencuci barang2 tembaga (tak banyak mana pun tembaganya) yang memang dah lama saya cari. Sampailah satu gerai ni saya tengok ramai sangat orang, saya dan hubby pun mencelahlah juga nak tengok apa barang yang dijual rupa2nya gerai tu menjual arnab tapi arnab ni tak besar macam arnab yang biasa kita tengok. Menurut tuan kedai tu arnab ni adalah arnab kacukkan hamster.







Sebenarnya saya ni taklah dikategorikan suka memelihara binatang tapi kerana comelnya arnab ni membuatkan saya terpikat. Saya dan hubby pun pilih yang mana satu nak beli akhirnya saya ambil arnab yang badannya berwarna putih dan kelabu, telinganya bewarna hitam dan coklat. Saya beli seekor aje sebab takut tak mampu nak jaga . Selepas habis urusan jual beli kami tinggalkan dulu arnab dikedai tu sebab masih banyak lagi gerai yang saya nak tengok.





Sambil jalan sembang2 dengan hubby, sempat juga my hubby singgah ditempat pameran kereta keluaran baru Alza, keretanya boleh masuk 7 orang penumpang tapi c.c nya cuma 1.5 saja. Saya tak berapa minat, cuma tengok2 ajelah. Lepas tu kami jalan lagi tujuan saya untuk mencari pokok orkid tapi minggu ni tak adalah pula mungkin sebab masih cuti hari raya. Dah habis pusing kami ke gerai arnab semula untuk mengambil arnab yang sudah ditempah. Sebelum balik rumah saya singgah dikedai minum kerana kehausan walaupun sebelum ke kabut tadi saya dah pun bersarapan diRestoren Teratai.





Sampai kat rumah adik dah ada kat depan gate tolong keluarkan barang2 dari boot, saya bawa kotak yang berisi arnab, bila masuk rumah keluarkan arnab alangkah terkejutnya adik gembira tak terkata. Arnab ni saya namakan dia KIM tapi saya suka memanggilnya KI..KIM. Manja sangat suka duduk atas pangku sambil dibelai dan dia suka makan buah sengkuang yang dipotong kecil2. Sampai hari ni kami semua amat suka melihat gelagatnya yang suka mencuci muka dan apabila berdiri lagaknya sama seperti kanggaru. Kim amat menghiburkan, satu2nya binatang yang dapat melembutkan hati saya untuk dijadikan pet.





.

Thursday, November 26, 2009

TV 1

Pagi pagi saya dah ready nak menonton tv1 bagus siarannya berkenaan dengan jantung nak dapat banyak info sebab hubby pernah kena serangan. Minggu lepas tak tengok sebab tak tahu.Wah, semangat betul ni tapi dah on ada nyanyi pula tak apalah sanggup tunggu kalau rancangan lain dah tutup dah.

Pengacara pun umumkan doktor yang dijemput lagi bertambah excited sebab isteri kepada doktor ni kenalan dialam maya selalu bagi2 komen. Doktor pun ceritalah pasal jantung, ada sesi soal jawab, adalah 4 ke 5 orang yang sempat bertanya. Kita pun cuba2lah untuk bertanya dial punya dial, belum dapat talian dah habis rancangan.Terlooopooog, itulah tv1 yang membuatkan penghuni dirumah ni tidak berminat langsung untuk menonton (maaf pada pihak yang tertentu).Tajuk bagus sesuai untuk semua rakyak MALAYSIA tapi .....sesiapa yang bertanggung jawab silalah jawab...

ps; tersasul pula doktor kita, silap mention nama isteri...

Monday, November 23, 2009

Dobi n Pancake

Cairkan butter, kacau jangan tak kacau

bancuhan tepungnya dah siap


satu senduk dah cukup


taraaa dah jadi




yum yummm pancake.....




hot choclat sedap sejuk2 ni




Sibuk sikit sehari dua ni cuti sekolah adalah sedara mara yang berkunjung. Lepas tu pc pula buat hal cuaca pun tak seronok sentiasa lembab rumah dah jadi kedai dobi. Kalau dulu musim hujan boleh dapat duit lebih, ramai yang hantar kain kat dobi tapi sekarang saya pula yang menghantar kain baju kedobi. Zaman dah berubah.
Cuti2 sekolah ni anak dapat tolong buat kerja rumah, tak terlepas anak gadis saya tapi hanya beberapa hari saja sudah complaint tangannya sudah kasar disebabkan sunlinght sabun pencuci pinggan. Kita yang berpuluh2 tahun membuat kerja2 tu tak pula dia bising tangan mama dia kasar ke apa ke itulah anak2 zaman sekarang manja sebab semua kemudahan sudah tersedia.
Dalam merajuk tu cair juga bila dipujuk lepastu ajak kedapur untuk menyediakan breakfast. Tengoklah jarinya yang memegang periuk macam takut2 aje tapi akhirnya berjaya juga dia melaksanakan satu tugasan yang boleh dipuji. Breakfast kami pancake dimakan bersama jem dan minumannya hot choclat.100% buat sendiri mama dia pantau aje. Thanks sayang atleast for the first time you did it. Next time menu lain pula ya .....

Tuesday, November 17, 2009

Petai

besarnya mata dia

Sebut pasal petai...keluarga saya memang tak dapat dipisahkan dengan petai. Semua adik beradik, anak2 saudara memang HANTU petai kecuali anak2 saya. Dulu masa kecik2 ada juga diaorang mencuba tapi my hubby tak bagi makan kononya budak2 tak elok makan benda yang berbau. Bila dah besar dah tak tahu nak makan.
Pernah satu ketika adik saya dari Taiping bawa satu bundle petai kerumah adik diseksyen 13 Shah Alam. Lauk kami pada hari itu selain ayam dan ikan ialah sambal petai ikan bilis . 45 papan petai jadi korban untuk dibuat sambal, dan jangan terkejut ikan bilisnya amat sedikit kalau dibandingkan dengan petainya.
Yang paling kuat makan petai ialah Naqib anak buah saya yang berumur 15 tahun. Kalau ikut selera dia hari2 pun boleh makan sambal petai tanpa lauk lain. Dan kalau boleh tak payah dicampur dengan ikan bilis atau udang hanya petai sahaja. Rasanya kalau buat pertandingan makan petai boleh jadi juara.
Semalam anak buah saya balik dari Perak bawa lagi petai dan hari ini lauk makan tengahari saya sambal petai ikan bilis. Nampak tak ikan bilisnya dalam photo dibawah tu. My hubby complain banyak sangat petai dari ikan bilis, bagaimana dengan anda kat luar sana kalau buat sambal petai, yang mana lebih banyak ikan bilis atau petai?
lauk tengahari

nampak tak ikan bilisnya?

Monday, November 16, 2009

Kain Batik

dari cikgu Nazuha


dari Fazli
dari adik ipar(Nena)
Kain batik ni buah tangan dari anak buah (Fazli) yang balik dari Sabah (kursus 3 bulan), cikgu Nazuha balik dari rumah emak mertua diKelantan dan adik ipar (yang ni tak tahu beli kat mana). Terima kasih daun keladi boleh la bagi selalu. Saya jarang2 beli kain batik selalunya pemberian ahli keluarga, nak tahu kenapa? tak pandai pakai mesti terburai, kalau pakai tak mahu lekat kat pinggang kahkahkah...

Menu

nasi ayam yang saya order

kek hari jadi

puding dangdut

kuih bakar bijan
sizzling beef
roasted chicken
Inilah menu2 selain buah2an dan kuih-muih yang dibawa adik beradik semasa jamuan hari itu. Nasi ayam saya order dari kawan, (lupa nak ambil gambar nasi), kek saya baked manakala toppingnya sikakak yang buat, kuih bakar bijan dan puding dangdut dari resepi ummizaihadi.Terima kasih ummi halal ya saya cp .
Malam sebelum mereka balik kami makan di chop n steak house yang terletak diKampung Baru, areanya berdekatan dengan Masjid Jamek.Tempatnya damai ada pokok getah dalam restoran tu(tak tahulah macam mana diaorang buat) ada tempat makan bersila, ada ruang makan dalam bot, tempat masak dan counter dia pun dalam bot, lepastu sambil makan dialunkan dengan lagu2 dari pemuzik jalanan macam kat luar negara pula. Makanan sedap harga pun berpatutan.
ps: tak sempat nak ambil gambar yang lain2 dah kena bedal...

Friday, November 13, 2009

Sweet Memories

Seronok sesangat bila dapat kumpulkan anak2, makan sesama shopping sesama jalan2 pun sesama. (banyaknya sesama) n3 ni nak cerita pasal anak dan menantu saya yang balik dari Uk. Pagi tu kami hanya bersarapan dirumah, saya hanya sempat buat toasted bread dan scramble eggs aje sambil makan sambil berborak. Lepas makan mereka minta diri untuk tidur sekejap, saya sempat warning tidur jangan lama2 sebab banyak perkara yang nak dibincangkan. Malamnya mereka ke Sunway Piramid jalan2 sambil cuci mata saya tak ikut sebab banyak benda yang saya nak buat.

makan McD di sunway pyramid

topping si kakak yang decorate

make a wish

sedap sehingga menjilat jari

Dalam pada tu sempat juga saya dan hubby buat cadangan untuk buat surprise, disebabkan hari jadinya jatuh pada 14 nov, kami nak adakan makan2 untuk keluarga terdekat. Mereka hanya berada di Malaysia hanya seminggu oleh itu kami adakan jamuan tu pada hari sabtu hari kedua mereka disini. Kami menempah nasi ayam dari seorang kawan dan yang lain2 makanan semuanya saya masak sendiri termasuklah saya sediakan sebiji kek (American choc) resipe dari ummizaihadi untuk hari jadinya, terima kasih ummi saya cp ya. Ramai juga yang datang sebab semasa mereka balik 3 tahun lepas ramai keluarga tak dapat berjumpa sebab masa tu mereka menyambut anniversary dan banyak masa tinggal dihotel. Lepas tu balik sekali lagi semasa my hubby masuk hospital tapi masa tu hanya anak balik seorang tanpa menantu.


pengantin dah basi hehe

beg je besar tapi isinya kosong

Hari ketiga kami bersarapan nasi goreng, toasted bread and sosej lepas tu kami ke Ikea saja nak jalan2, sempat juga menjamu selera di food court Ikea.Tak banyak barang yang saya beli sebab sebelum tu saya dah pun merembat pinggan mangkuk untuk digunakan pada hari raya tempoh hari. Malamnya kami ke Kajang nak makan satay tapi sebelum tu kami ke kedai kawan untuk photoshoot buat kenangan. Dulu semasa mereka kahwin hanya memakai pakaian moden dan kali ni nak pakaikan mereka pakaian songket.

di Masjid Putrajaya

two brothers

Hari keempat anak kedua saya bawa mereka berjalan2 ke Putrajaya sampai kepetang, saya pula sibuk memasak untuk makan malam. Saya masak ayam panggang yogurt resepi dari Cm, terima kasih Cm saya cp lagi ya, sedap ayamnya. Selain dari tu saya masak sambal udang, goreng ikan dan goreng kobis. Malam tu habis licin semua makanan, saya tak payah nak menyimpan lebihan makanan macam selalu mungkin sebab mereka rindu dengan masakan melayu, happy sesangat sampai menjilat jari dan entah berapa kali "tq for dinner". Sejak mereka disini tidur kami sekeluarga pun hanya beberapa jam sahaja tak habis2 berborak sambil makan2, penat tu tak boleh cakaplah tapi disebabkan jarang dapat bersama semuanya jadi seronok.

si kakak dengan big bronya

Malamnya 4 beranak sempat ke Petaling Street manakala saya, kakak, dan adik packing barang2 untuk pergi holiday ke Bukit Merah, my hubby booking untuk 2 malam. Pagi selasa kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi, macam2 peristiwa berlaku didalam kereta gurau senda, usik mengusik dan macam2 lagi, terasa bahagianya hidup syukur kepada Allah diberi kesempatan yang sangat berharga.

penginapan kami

Kami sampai ke Bukit Merah lebih kurang pukul 3pm terus masuk ke bilik, rehat sebentar anak2 terus ke swimming pool, saya dan hubby hanya berehat sambil menoton tv bila semua dah puas mandi manda, lepas maghrib kami ke pekan Taiping untuk ke zoo safari tapi sebelum sampai kesana kami makan malam dulu dipekan Taiping. Malangnya setiba kami ke zoo hujan mencurah2 tapi terpaksa juga masuk sebab hubby dah beli tiket.Tak dapat tengok binatang dengan jelas sebab kebanyakanya menyorok dibawah teduhan mereka dan kami pula tak dapat turun dari tram yang disediakan. Walau apa pun kami tetap enjoy dapat bersama2 melawat safari dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Dalam hujan2 perut pun terasa berkeroncong kami pun mencari tempat makan kebetulan ditepi jalan terjumpa pizza apalagi masuk dan makan2 lagi.

Disebabkan hujan yang berpanjangan hubby membuat cadangan pagi besoknya kami akan ke Pulau Pinang. Melompat keriangan dan hubby nak semuanya tidur awal supaya besok awal2 lagi boleh bertolak tapi tak tidur juga, inilah seronoknya bila dapat berkumpul terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama.

di penang

Awal pagi sebagai mana yang dijanjikan setelah bersarapan di hotel kami bertolak ke Pulau Pinang, kami menaiki feri untuk menyeberang dan tempat pertama kami lawati ialah Cable Car. Setelah itu sempat juga kami merembat nasi kandar yang memang terkenal disana, kami juga ke Komtar, menyusuri bangunan2 bersejarah, waterfront dan tak ketinggalan ke Batu Feringgi. Disini kami membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan hadiah. Tidak menginap di Pulau Pinang, kami menaiki jambatan Pulau Pinang untuk balik semula ke Bukit Merah. Makan malam kami hanya singgah di R&R Juru, agak lewat juga kami sampai, sangat meletihkan sepanjang hari berjalan.

menaiki bot ke pulau orang Utan

kalau ke Bukit Merah tidak sah kalau tak melawat si comel ini

si adik dengan big bronya

Hari ketiga kami di Bukit Merah, kami melawat orang Utan di dalam pulau dan kalau nak kesana terpaksa menaiki bot yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai. Selepas tu kami ke Eko park. Disini terdapat beberapa jenis binatang, animal show dan yang paling menakutkan saya untuk menaiki skylift yang hanya menyusuri tali berpasang-pasangan. Hanya waterpark saja yang kami tak pergi disebabkan masa yang tak mengizinkan. Petangnya kami tinggalkan Bukit Merah dengan seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Kami singgah sebentar ditol Simpang Pulai sebab nak berjumpa dengan sahabat lama untuk menemukan anak dan menantu yang dah agak lama tak bersua. Selepas tu kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke rumah.

ecopark

Sampai di rumah mandi dan keluar semula untuk makan malam di Kampung Baru. Kali ni kami makan western food dikedai yang memang selalu kami kunjungi sebab situasi yang mendamaikan dengan iringan pemuzik jalanan. Ini adalah makan malam terakhir bersama semua anak2 untuk cuti tahun ini. Dan yang paling menyedihkan apabila saat perpisahan berulang lagi dan saat ini membuatkan masa yang amat lama untuk saya lupakan, ya goodbye untuk mama, goodbye untuk baba dan goodbye untuk adik2.

Pagi Jumaat sekali lagi airmata bercucuran disaksikan KLIA....Abang Long berjanji umur panjang tahun depan pasti balik Malaysia....Insyaallah

Monday, November 9, 2009

Anak Dan Menantu Balik Malaysia

Jumaat subuh hubby terkejut bila tengok kereta tak ada depan rumah, tengok bilik si abang kosong ini bermakna dia yang pakai kereta tapi kenapa? dia selalu gunakan kereta saya, hubby cuba call.

Baba: mana kereta baba?

Abang: nak ambil kawan kat airport

Baba: jangan lama2

Tunggu sampai pukul 9.00 tak balik lagi hubby dah bersiap nak pergi office, call lagi

Baba: kenapa lambat, baba nak gi office

Abang: tunggu luggage

Baba: cepat sikit

Abang: baba jangan guna kereta mama tunggu sampai abang balik

Boring menunggu hubby pasang tv, phone saya berbunyi, angkat

Saya: hello

Abang: mama tolong buat breakfast lebih

Saya: kenapa?

Abang: kalau boleh roti2 jangan nasi atau mee ya

Saya: hissh budak ni

Saya pun ke dapur buatlah apa yang diminta, dalam hati berkata2 mungkin dia ajak kawannya singgah kat rumah dulu.

10.3o sampai, dia buka pintu cari hubby dan saya suruh tolong ambil barang, nak tak nak ikut ajelah, dia buka pintu belakang ........Ya ALLAH

Anak dan menantu kami balik, air mata bercucuran, berpelukkan dan entah apa2 lagi

Masuk rumah tanya adik, saya kata adik sambung tidur, terus masuk bilik, kejutkan, adik buka mata sekali lagi air mata bercucuran terus dakap abang long dan isteri.
Sangat2 terharu...patutlah 2 hari sebelumnya si kakak bagi tahu nak balik rupa2nya mereka merahsiakan dari kami.

Busy melayan menantu sampai tak sempat memblog. Mungkin bercuti beberapa hari lagi dan insyaallah esok kami akan membawa mereka ke Bukit Merah dan Penang.

Jumpa selepas balik nanti. Bubye.....

Tuesday, November 3, 2009

Jalan - Jalan N Barang Antik

Lama tak memblog sebab hubby hangkuutt PC ke Penang tak nak bawa PC office.Weekend pergi rumah adik sesekali overnight ok juga ( jarang tidur) tak jauh pun kat Shah Alam aje. Kami sampai dah dekat maghrib selesai solat kami dijamu dengan nasi ayam, bubur chacha yang dimasak adik ipar manakala kuih bakar bijan dan muffin coklat adalah buah tangan dari saya (maaf lupa nak ambil gambar). Lepas tu kami kerumah emak mertuanya di Kelana Jaya disana kami dijamu air teh dan kuih kering dan sebelum balik saya dihulurkan duit sebab hari raya tempohari saya tak kerumahnya. Memang tiap2 tahun saya akan mendapat duit hari raya dari mak mertua adik. Kami balik agak lewat, anak2 adik pun dah mengantuk. Balik rumah saya dan adik sambung lagi berborak, seronok juga cerita kisah dolu2 masa kecik2 tinggal kat kampung. Happy sangat2 maklumlah dah lama tak dapat bercerita tentang kisah lampau. Lewat malam baru kami tidur.



Pagi besoknya adik bawa sarapan di kawasan Masjid Negeri, walaupun cuma gerai tapi makanannya boleh tahan, sedap dan macam2 ada. Selepas tu kami pergi kepasar kabut berdekatan dengan stadium (tak tau dari mana datang perkataan kabut). Dari pemerhatian saya dalam banyak2 gerai yang ada disitu saya tertarik dengan barang2 antik tapi dalam merayau2 tu saya terjumpa pokok orkid, yang ini mesti beli dapat 3 pasu harganya pun jauh lebih murah dari orkid yang selalu saya beli. Setelah kepenatan dan kepanasan kami pun balik tapi adik nak bawa saya ke satu tempat lagi.


Dah mandi manda kami keluar lagi, adik nak bawa saya ke Amcorp Mall, mulanya saya tak berapa minat sebab setahu saya mall tu tak meriah sangat (maaf Tan Sri, owner). Menurut adik memang mall tu dulu kurang pelanggan tapi tidak sekarang. Parking pun agak penuh dan kami naik ketinggkat lima kalau saya bawa kereta tak lepas parking setinggi ini. Masuk saja kedalam mall ramai orang, rupa2nya barang2 yang ada dijual disini sama dengan barang2 yang ada dikabut tadi cuma disini barangannya lebih banyak dan tempatnya didalam mall.


mangkuk kepunyaan arwah opah


kepunyaan arwah atuk lebih 50 tahun

piring macam ni masih banyak dalam simpanan ada merah, hijau dan putih.

Banyak barang2 antik yang sama dalam simpanan saya, baru saya tahu betapa berharganya barang2 tu. Ada juga barang2 antik dan pinggan mangkuk kepunyaan arwah opah dan arwah atok saya yang ada kat rumah kakak jual disitu. Dalam hati satu hari nanti bila pergi rumah kakak nak minta pada dia barang yang saya minat. Dulu pun masa pindahkan barang2 tu dari rumah kampung tak ada yang minat itulah sebabnya di letakkan dirumah kakak.




usianya mungkin hampir 100 tahun

arwah opah gunakan untuk masak gulai


masa kecil pernah gunakan


batu giling saya gunakan untuk hiasan landskap
Habis round satu mall (dalam hati nak datang lagi ) kami ke ANW yang pertama dibuka tak jauh dari mall tadi. Saya cuma makan waffle dan air root bir sebab pagi tadi saya dah makan nasi lemak berlauk. Disini saya perhatikan kebanyakkan meja dipenuhi oleh orang2 veteran yang berbangsa cina mungkin disebabkan kedai ni mengimbau kisah lama mereka yang satu ketika dulu tempat mereka menjamu selere bersama kawan2. Bila dah berumur dapat berjumpa tentu banyak cerita yang nak dikongsi. Dah habis makan masing2 kekenyangan kami pun balik dan melepak kat rumah. Petangnya adik ipar saya masak tomyam mee, amat menyelerakan.
Pukul 9.00 malam adik hantar saya dan siadik pulang. Weekend yang penuh aktiviti dan amat menyeronokkan. Harap2 dilain waktu saya dapat lagi berjalan sambil makan beramai2 (jarang dapat keluar bersama).
Itulah aktiviti saya semasa hubby pergi outstation, beriadah bersama2 adik dan keluarganya. Jangan jeleess dan jangan maaaraahhh....