Wednesday, July 28, 2010

Mewah Makan


Pagi semalam selepas makan nasi lemak (buat sendiri) makan pula buah2an yang hubby beli langsat, manggis, rambutan dan pisang. Selalu juga makan buah langsat tapi taklah sekali harung. Akhirnya menjelang tengahari perut mula memulas, tak lama saya pun jadi penghuni tandas tak tahu entah yang keberapa kali. Selalu kalau saya dapat penyakit ni ubat yang paling mujarab ialah teh pekat tanpa gula. Tak lama selepas minum teh dah kurang nak ketandas, disebabkan badan masih lemah saya bawa tidur.



Bila terjaga dari tidur rasa badan dah sihat sikit, masuk dapur ambil pisang dan bahan2 untuk membuat American Traditional Banana Bread, sebelum tu saya ada baca blog azrina, asal recepi watiermanlife.blogspot, terima kasih saya C&P ya. Senang sangat membuatnya tapi saya tak punya walnut jadinya bread saya tak ada kacang.




Malamnya kami terjah pula sate Haji Samuri tapi makan kat R&R Awan besar aje malas nak ke Kajang. Saya rasa sate dulu dan sekarang banyak sangat berbeza, kuahnya cair dan satenya semakin kecil. Bertahun2 kita jadi pelanggan tetap bukan semakin bertambah bagus tapi sebaliknya. Cuba tengok gambar kat atas tu nampak kecilkan. Saya ada terbaca tak ingat kat blog siapa, katanya orang Kajang dah ramai bertukar kedai kalau saya tak silap nama kedai tu sate Jamil bersebelahan dengan masjid Kajang. Lain kali kalau saya ke Kajang saya akan mencuba dikedai ni pula.

Petang tadi masih ada balance pisang saya pun mencuba pula Choch Chips Banana Muffin. Yang ni saya ambil dari blog lg tq..muffinnya tak berapa nak merekah.


Monday, July 26, 2010

Genap Setahun

Hari ni saya tukar cat rumah sempena genap setahun saya menjadi blogger. Kalau sebelum ni saya pilih pink tapi kali ni saya pilih biru. Cantik tak............?

Saturday, July 24, 2010

Operasi Kolam


Hari ni dari pagi sampai ke tengahari saya dan hubby mencuci kolam ikan, dah agak lama tak dicuci banyak lumut yang hidup nasib baiklah ikan2 kat dalam kolam tu masih hidup. Rupanya bila lumut dah sebati susah betul nak mencucinya, mula berus dengan berus plastik tak berapa bersih cuba pula berus dawai baru berkesan.

Bila dah siap nampak cantik pula macam baru beli, kayunya pun masih kuat, kena tunggu kering nasib baik petang tadi panas, kering semuanya dan besok boleh teruskan operasi mengecat pula.Tugas besok mengecat lepas tu pasangkan semula pagar dan dindingnya , baru ikan2 dimasukkan semula. Hubby pula bercadang untuk mengalih kolam ketempat lain, katanya jemu ditempat yang sama dan dia bercadang nak membina pagola ditempat kolam tempohari.

Seronok juga kalau ada tempat lepak2, kalau nak tunggu rumah besar entah bilalah nak merasa, syukurlah ada rumah teres nasib baik juga rumah tepi, adalah sedikit kawasan untuk rehat2.

Friday, July 23, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Semalam saya dapat notice ni, cuba clik beberapa kali tapi tak dapat2, biar ajelah bila dah ok nanti baru saya usahakan. Saya memang bercadang nak menukar wall paper tapi menunggu hari yang tertentu, tengok ramai blogger dah tukar. Kadang2 jemu juga tengok benda yang sama kalau terlalu sama.
.
.
.
.
.

Lari sikit dari cerita asal, masa saya pergi ke Perak hari tu sempat ke pasar nak cari ulam ni, sejak saya dah diperkenalkan dengan ulam ni saya akan cari. Ditempat saya tak jumpa walaupun kat pasar tani atau pasar malam, mungkin kalau ke pasar2 besar macam pasar Chow Kit mungkin ada. Nama dia temu, rasanya berangin macam rasa mangga muda pun ada, sedap kalau dibuat ulam makan dengan sambal belacan.


temu

dah dikupas

Dulu saya tak pandai makan ulam2 begitu juga sayur2 kampung, agak cerewet sikit bab makan. Saya mula makan sayur2 ni selepas berkahwin, peliknya saya berasal dari kampung manakala hubby orang bandar tapi arwah maknya selalu masak sayur kampung. Banyak makanan saya tak pernah makan tapi sekarang saya dah cuba. Kalaulah saya tahu rasanya sedap dah lama saya makan........

Tuesday, July 20, 2010

Hukum Karma Atau Mistri

Ahad lepas jiran depan rumah saya buat kenduri kahwin buat kali ke3 tapi kali ke2 untuk anak yang sama, keliru agaknya....begini.... anak sulung perempuannya adalah seorang ibu tunggal berkahwin untuk kali kedua, kasihan sangat pada keluarga ni sebab benda yang sama berlaku pada mereka. Dengar dari jiran yang lain ( saya tak ada...ke Ipoh), hujan tersangatlah lebatnya masa hari kenduri berlangsung, tak ramai tetamu yang datang tapi memang dia tak jemput ramai orang macam pertama kali kenduri, kononnya kenduri kali ke2 untuk orang yang sama.

Pukul 2.30 baru dapat bersanding itu pun masih hujan tapi tak lebat sangat, lepas tu hujan boleh bersambung semula sampailah kepetang. Dengar cerita banyak makanan yang berlebih sama macam kenduri yang pertama cuma bezanya makanan kenduri dulu menjelang petang dah basi sebab ditimpa hujan, mereka menggunakan khidmat gotong royong maknanya masak sendiri.

Masa kenduri yang pertama dulu saya ada dan saya sendiri menyaksikan benda ni berlaku, hujan turun dengan lebat dari pukul 11 pagi sampai pukul 4 petang, pasang khemah sampai 13 buah, tetamu yang hadir boleh dikira dengan jari mungkin 3 khemah pun tak penuh, pelamin dan segala peralatan cantik tapi sayang tak ramai yang menyaksikannya. Yang lebih pelik cameraman professional dijemput tapi gambar tak ada satu pun menjadi, selepas tu kejadian ulat yang banyak masuk kedalam bilik pengantin(selepas beberapa bulan).Endingnya tak sampai setahun dah mula bermasaalah, sampai ketika melahirkan pun si ibu dan ayah yang menentukan. Si suami kadang2 ada tapi nak salahkan si suami tak boleh juga sebab si ibu perempuan tak berapa suka dengan menantu makanya menantu tak betah tinggal dengan mereka. Baru2 kahwin pernah tinggal dirumah sendiri tapi tak lama dan tak tahu kenapa, akhirnya kembali tinggal dengan mentua semula. Bila si suami tak ada si anak tadi hidup bersendirian tapi tak lama ada pula lelaki lain yang berdampingan dengan dia, si ibu suka katanya anak dia masih muda boleh buat kehidupan baru tapi masaalahnya anak dia masih isteri orang.

Bertahun tahun kehidupannya sebegitu dan akhirnya baru saja dia di ceraikan, baru habis edah dia pun melangsungkan perkahwinan minggu lepas.

Kadang2 kita tak baik ada pra sangka buruk pada orang lain sebab apa2 yang terjadi pada diri kita adalah diatas perbuatan kita sendiri. Percaya tak pada hukum karma...., ada orang percaya, ada yang tak percaya, masing2 buat andaian. Saya katakan begitu sebab jiran saya ni jenis yang suka sangat menggunakan khidmat bomoh. Apa2 saja yang terjadi walau demam sekali pun dia akan menuduh penyakit tu buatan orang. Untuk mengelak berlakunya benda2 yang aneh berlaku dia akan menggunakan khidmat bomoh, maka masa kenduri yang pertama dulu setiap malam akan ada bau kemeyan. Kenduri yang kedua pula dipasang tangkal, untuk apa semua ini bukankah lebih elok kalau buat sembahyang hajat supaya tidak ada apa2 yang berlaku dan serahkan pada Allah SWT, Dia lebih mengetahui dan kita sedia maklum Dia maha pemurah dan maha penyayang.Wallahualam.......

Monday, July 19, 2010

Terkilan

Barang kemas Kepunyaan arwah mak turut dikebas pencuri. Sangat2 terkilan sebab ada barang pemberian arwah opah dan arwah atuk.

Semoga Allah melaknati si pencuri.

Saturday, July 17, 2010

Lalai

Malam tadi dapat sms dari anak buat kat Ipoh....rumah mak masuk pencuri......
Cuba call kakak tak ada jawapan, call pula anak buah tadi busy line. Mundar mandir tak tahu nak buat apa, tengok tv pun mata aje yang pandang hati gundah gulana tak tahu apa cerita sebenar....

Cuba call sekali lagi, alhamdulillah dapat bercakap dengan anak buah, rupanya dia busy bercakap dengan polis yang mengendalikan kes maknya.

Ceritanya lepas asar mak dia kerumah kawan mungkin lupa nak kunci pintu, balik dekat waktu magrib bila masuk tengok rumah bersepah, almari terbuka, tengok handbag semuanya berterabur,bila diperiksa duit rm700.00, ic, barang kemas turut hilang dan yang paling bahaya 2 buah buku simpanannya turut hilang. Pencuri dah tahu dia punya banyak duit dalam simpanan....kakak dalam bahaya.

Menurut anak buah polis dah datang kerumah dan dia juga dah buat report. Malam tadi juga anak buah bawa maknya ke Ipoh, buat sementara tinggal dengan dia. Sekejap lagi saya akan kesana untuk mengetahui lebih lanjut........

Thursday, July 15, 2010

Grrrr.........

Jiran rumah saya buat renovation rumah buat kali kedua, bagus... cantik dipandang. Saya suka.... sikit pun tak rasa jealous... tapi marah sebab tak ada sopan santun atau yang seangkatan dengannya. Marah sebab hari2 saya terpaksa menyapu banyak batu dan pasir jatuh, lepas tu yang membuatkan lagi marah dinding dekat tangga saya berlubang boleh masuk 3 jari, nasib baik kat tangga kalau kat bilik boleh mengintai. Hubby jumpa tuan rumah dan kontraktor, boleh buat tak tahu aje sampailah siap rumahnya.

Masa buat renovation pertama dulu, bumbung rumah saya bocor mungkin terpijak masa membuat atap rumahnya, saya bagitahu pada kontraktor dia pun betulkan tapi ala kadar kalau hujan lebat air tetap meleleh. Tak ada maaf dari tuan rumah.


Nak sabar berapa kali agaknya?


Sebelum ni rumah saya dikelilingi pagar dawai dari saya sewakan 10 tahun sebelum kami tinggal disini. Pagar ni digunakan untuk menjemur segala benda yang dia rasa sesuai sampai rebeh, tak apalah nak buat macamana jiran ...sabar. Keliling rumah saya (rumah tepi) penuh dengan pokok2 bunga termasuklah ditempat dia menjemur segala benda. Bila pagar dawai tadi dah dia ganti dengan batu, pokok bunga saya tetap disitu sebab saya tak ganggu kawasan dia. Satu hari macam biasa saya menyiram pokok2 yang berada sederet dengan pagar batunya maka melentinglah si suami sebab air yang saya siram ke pokok tadi terkena ke basikal anaknya yang disandarkan ke pagar. Saya tak kisah kalau dia menegur dengan hemah tapi saya sangat2 terkejut sebab dia memaki hamun, perkataan kesat tak sepatutnya di tujukan pada seorang perempuan, dan saya rasa tak sepatutnya seseorang yang pangkal namanya ada RAJA bertutur sedemikai rupa. Tak kiralah kalau RAJA tu raja dulu atau sekarang ATAU pun RAJA BERSIONG......

Menangis saya ketika mendengarnya, beritahu hubby 2 hari lepas tu kami buat benteng, ada pula jiran lain yang menyangka kami mahu bermusuh. Sekarang tempat tu kami jadikan pond. Ada hikmahnya.....Tapi pernah terjadi satu pagi bila melawat halaman tengok semua ikan terapung atas air dan air didalamnya macam ada minyak, takdelah nak tuduh sesiapa tapi mistri juga sebab bila malam kami kunci gate takkan orang boleh masuk tak tahulah kalau memanjat, cuma yang boleh lakukan macamtu hanya mencurahkanya dari atas.

Raya tahun lepas pula habis semua daun pandan yang saya tanam dibelakang rumah berwarna oren, ini gara2 dia mengecat rumah....... sabar lagi.....

Agaknya apalah tindakkan yang perlu dibuat kalau dapat jiran yang macam ni, beli rumah lain atau .........SABAR LAGI.........

Monday, July 12, 2010

kaget

Kaget memang kaget..... tak mungkin.....semalam kami anak beranak dapat berita yang tak sedap didengar luluh hati saya dibuatnya, cepat2 suruh hubby call anak yang tinggal di Uk, apa dah jadi....
Talipon tak dijawab......dah dekat maghrib hubby terus kemasjid, sempat saya berpesan jangan lupa.... doa yang terbaik buat anak.....rasa nak nangis....

Pukul 8.30 talipon berbunyi terus angkat...ya anak kami on line, tanya bertubi2, rumours...katanya kalau tak percaya dia ada kat sebelah, mana mungkin kalau berita tu benar masih tinggal serumah. Lepas tu saya dapat bercakap dengan menantu...lega dapat dengar suaranya yang manja walaupun badannya besar tapi suara dia membuatkan saya cair (kata orang sekarang). Bagai nak gila kita memikirkan perkara tu mereka sedap2 gelak. Apa2 pun saya bersyukur mereka masih bahagia. Hubby balik dari masjid terus cerita...lega.....

Setiap ibu bapa pasti inginkan kebahagian anak2 walau siapa pun pilihan mereka, kebahagian anak, kebahagian ibubapa juga.......

Thursday, July 8, 2010

Senang Membawa Padah.

micro wave

deep fat fryer

steamer

Barangan elektrik ini kalau ada kat rumah senang dan cepat kerja kita dibuatnya tapi semuanya dah lama saya tak gunakan. Umurnya dah lebih 10 tahun masih elok tapi hanya untuk hiasan. Saya cerita bab barangan ni sebab ada kaitan dengan cerita yang nak saya sampaikan.

Petang Isnin anak dapat panggilan dari kawan, terus bagi tahu saya dan hubby' rumah Fajar terbakar' anak terus capai baju start kereta terus berlalu, hubby pula terus naik keatas tak lama turun semula terus naik kereta, saya yang dari tadi berdiri tak sempat nak bertanya. Dalam satu jam hubby pun balik cerita hanya dapur yang terbakar gara2 dapur meletup, tak lama anak pun balik cerita yang sama, tapi saya tak dapat cerita yang terperinci dengar aje mereka bercerita. Kata anak baba dia jadi hero melerai krew bomba bergaduh dengan penduduk. Haik sempat bergaduh sedangkan rumah yang terbakar, puncanya laluan bomba tersekat dek banyaknya kereta di parking dibahu jalan. Ambik ikhtibar jangan sesuka hati parking, kalau terjadi emergency memang kelam kabut dibuatnya.

Semalam Fajar cal kata nak tumpang gunakan washing machine, dia datang dengan 2 bakul kain baju, rupanya mak dia dah basuh dengan tangan cuma nak spin saja. Sementara dia menggunakan machine sempat saya buatkan cekodok ikan bilis untuk dijamu, habis satu pinggan, sedap katanya.

Sambil makan saya pun bertanyalah apa punca rumahnya terbakar, katanya mak dia masak kek dengan menggunakan microwave yang dah lama tak digunakan, tiba2 meletup dan api dengan pantas menangkap kabinet, fridge, washing machine dan segala yang ada dibapur hangus dengan sekelip mata. Nasib baik jiran dan bomba datang cepat dapat mengawal api tidak melarat ke tempat lain. Katanya lagi buat masa ini segala peralatan dapur belum diganti sebab kontrktor sedang membaik pulih. Alhamdulillah walaupun dapur terbakar tapi tak ada sesiapa yang tercedera.

p/s : Seharusnya kita mengambil ikhtibar supaya berhati2 apabila menggunakan barangan elektrik.

Monday, July 5, 2010

Kahwin Dan Ziarah


Hari Sabtu pergi Simpang Pulai, Ipoh ada kenduri kahwin saudara sebelah ayah, seronok sangat sebab dapat bersua dengan ramai keluarga yang dah lama tak jumpa. Ada saudara yang dulu masih kecil tapi bila jumpa dah punya anak besar2. Dekat pukul 3 petang baru pergi rumah anak buat di Bandar Ipoh. Sebelum pergi kenduri saya sempat buat 2 biji kek untuk dibawa kerumah anak buah. Terima kasih ummi saya C/P ya.


American coklat kek



kek kukus Hawflakes


Saya dan adik beradik yang lain berkumpul disini sebab nak ziarah anak buah yang sakit. Baru buat treatment kimoterapi, badan yang dulu berisi dah jadi kurus, tak bermaya hanya baring diatas katil sesekali dipapah untuk menikmati udara luar. Anak buah saya dah disahkan doktor mengidap kanser saraf. Kadang2 datang soalan yang tak patut dilontarkan,... 'kenapa dia'...., sebelum ni di n3 yang lepas saya dah ceritakan pengorbanan dan kebaikkan yang telah dia lakukan terhadap keluarga tapi mengapalah dia yang terpilih.

Pada malam tu boleh dikatakan saya dan yang lain2 tak berapa lena tidurnya sebab kejap2 dengar mengerang, muntah dan terisak2, mungkin dia dah tak tahan dengan derita yang ditanggung, sampailah kepagi dia masih lagi begitu.

Petangnya saya terpaksa balik semula keKl dan dengan hati yang amat2 berat meninggalkan dia bersama ibu dan kakaknya. Banyak air mata kami sekeluarga tumpah bila melihatkan keadaannya sebegitu rupa. Bagi sesiapa yang ada keluarga atau saudara mara yang menghidapi kanser memang tak dinafikan amat menyiksakan. Cuma satu yang saya pinta agar Allah ringankan kesakitan yang dialaminya dan berikan dia kekuatan untuk melawan penyakitnya.

Friday, July 2, 2010

Dah 24 Tahun Rupanya

2-7-1986 tarikh yang tak mungkin saya lupakan sebab hari ini mak yang tersayang kembali menemui penciptanya.... Al-Fatihah...

Mak sakit sebab angin ahmar, 6 bulan terbaring segalanya diuruskan anak2. Selepas tu dia boleh berjalan tapi masih menggunakan tongkat. Masa ni banyak masa mak dirumah anak2 yang setia menjaganya dan sebulan lagi dia nak meninggal dia tinggal bersama saya. Alhamdulillah walaupun mak pergi tak lama lepas tu tapi saya puas kerana dapat menjaga keperluannya dengan sempurna.

Seminggu dia dimasukkan ke hospital setelah kali ke2 diserang angin ahmar dan dia pergi dengan aman......