Friday, April 9, 2010

Park kereta.

Selalu tak dengar orang bersungut atau bergaduh pasal parking kereta. Satu hari tu anak saya bertekak dengan jiran yang selalu buat masaalah. Tempat tu biasanya parking kereta anak saya tapi hari tu tiba2 anak tuan rumah yang betul2 mengadap dengan gate saya buat hal. Sesedap rasa aje dia parking ditengah2 langsung tak bagi chance orang lain mencelah, apa salahnya kalau kedepankan atau kebelakangkan sikit kereta tu bolehlah orang lain park sama, ini tidak sesuka hati dia aje.

Mulanya anak saya dah hon beberapa kali tapi tak seorang pun yang keluar, Saya masa tu bersembang dengan siadik ingatkan orang hon memanggil sesiapa ke, lepas tu saya dengar suara anak saya bercakap kuat saya pun buka pintu nampaklah anak perempuannya menceceh. Saya suruh aje anak saya parking tempat lain tapi dia tetap nak tempat tu juga mulalah jawab menjawab. Pada masa yang sama bapa si perempuan pun balik lalu keluar dari kereta tiba2 punyalah ramai keluar dari dalam rumah tu tapi masa anak saya hon kereta tadi langsung tak ada yang keluar.

Biasalah kan lelaki dewasa (dah tua pun) lebih gentle terus suruh anak lelakinya alihkan kereta tadi. Sebelum ni pun pernah terjadi anak lelakinya blok laluan kami tercetus juga pertengkaran. Macammana tak bertengkar semua anak yang dah kawin pun masih tinggal dengan ibu bapa dah tu semua kereta mesti nak ada kat depan rumah. Kalau setakat rumah terrace banyak manalah kawasannya setakat 2 buah kereta pun dah sempit.


Saya tak kisah kalau dia orang nak duduk berapa ramai dalam satu rumah tapi kena fahamlah jangan sampai menyusahkan orang. Mentang2 makbapak duduk Kl anak yang dah kawin pun masih serumah. Entahlah tak faham dengan cara hidup yang sebegini rupa.



p/s : anak2 saya awal2 dah bagi tahu tak nak tinggal dengan mama .... cerewettt........

6 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak zai,
sure penghuni yg tinggal anak beranak satu rumah tu bangsa cha ya nun alif... kan.? sebab depan umah saya pun ada cha ya nun alif yang duduk serumah dgn anak-anak yang dah kawin. sampai ada 7 kereta...

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam

Penghuninya melayu itu yang membuatkan kak Zai sekeluarga susah hati.Kak Zai rasa mother dia ni ada phd tak boleh tengok orang lebih sikit.Kata orang Perak bior pape ase bergaye(betul ke).

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Susahlah kalau kita berjiran dengan orang yang ada phd, ibu alhamdulillah jiran2 so far baik-baik belake. Harap sampai bila-bila lah gitu.

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam

Tulah masaalahnya tapi dia sorang aje yang macamtu lain ok belaka.Nak lagi gempak kalau menantu kak Zai balik heboh dia buat cerita macam2 mentang2lah menantu kak Zai omputih,semua nak disiasat.Entah dari ulu mana agaknya he3...

zureen @ mama said...

memang susah kalau dapat jiran yg tidak bertimbang rasa dan tidak mahu bertolak ansur..

Apa ubat parut yg bagus?? :)

Zaitun said...

zureen @ mama


Nasib baiklah sorang aje macam tu yang lain ok belaka.

Kak Zai tak tahu nama dia tapi anak buah kak Zai ada guna sebab dia kuat bersukan selalu ada luka dan macam2.