Dah seminggu kak Yah pergi saya baru dapat tahu. Beliau adalah kawan sama2 belajar Fardu Ain, Tajwid dan Bahasa Arab kat masjid. Semasa hayatnya kami selalu berebut nak duduk depan dekat dengan ustazah sebab senang nak bertanya lagi pun kalau mengaji nampak mulut ustazah menyebut ayat2 yang kami kurang pandai.
Agak lama saya tak masuk kelas itulah sebabnya kawan2 yang lain menyangka saya dah dapat berita. Dengar ceritanya dia semput terus dihantar ke hospital meninggal hari yang sama, kemudian di bawa balik ke kampung nya Melaka untuk disemadikan.
Al-Fathihah buat arwah kak Yah dah takziah buat keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang solehah. Amin...
9 comments:
senang jer dia pergi..segala nya di permudah kan...Time kita nanti macam mana lah pulak ya...
Al fatihah buat kak Leha..
Masanya sudah tiba..
Takziah kepada seluruh ahli keluarganya..
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Al-Fatihah.
Amin
Kak Ezza@makcik Blogger,
azieazah,
Ibu sayang,
Terima kasih atas doa kalian.
Hari ni je dua berita kematian diterima. Al-Fatihah
kak zai,
Al-Fatihah buat arwah kak yah...
begitulah.. setiap yang hidup pasti akan mati....
al-fatihah..semoga rohnya ditampatkan dikalangan orang2 yang beriman..
aintsuperwoman
Setiap yang hidup pasti akan mati cuma waktu dan tempat saja tak diketahui.
Ibu n Abah
Dunia ni kan persinggahan buat kita, cepat atau lambat saja yang membezakan.
Erna
Harap2 begitulah, ditempatkan bersama orang2 yang soleh.
Post a Comment