Tuesday, September 29, 2009

Puasa n Pisang Goreng

Alhamdulillah, berjaya juga saya mengotakan janji tak nak makan banyak lagi selepas makan beraya tempohari. Semalam dan hari ini saya puasa sunat insyaalah kalau diizinkan Allah saya akan lakukan sampai 6 hari.Yang seronoknya saya berpuasa ditemankan oleh hubby dan si adik (anak bongsu).

Sebelum adik pergi sekolah (sesi petang)

Mama: adik nak mama masak kuih apa untuk berbuka?

Adik: pisang goreng (salam terus naik kereta)

Mama: pisang goreng , ishhh...

Kebetulan hubby tak kerja, hantar adik ke sekolah (selalu jalan kaki) saya suruh singgah kat kedai untuk membeli pisang. Petang tu saya masak ayam masak merah (kegemaran adik) sup sayur dan pisang goreng.

Waktu berbuka tiba kami pun ready di meja makan. Azan berkumandang kami dahulukan makan kurma dan minum air kosong, tapi si adik selepas dia makan sebiji kurma terus tangkap pisang goreng dan pandang saya

Adik: nak makan pisang goreng dengan apa?

Mama: opps! sorry, mama lupa

Adik: kan selalu adik makan pisang goreng kena cicah dengan sambal

Mama: cicah aje dengan ayam sos, kan sambal juga

Adik: tak sedap (muka masam)

Itulah anak2 saya kalau apa saja makanan yang bergoreng mesti nak dicicah dengan sambal.
Kadang2 kita sebagai ibu ada juga yang kurang alert kegemaran anak2.

Saturday, September 26, 2009

Beraya n Makan-Makan

Semalam rumah saya dikunjungi keluarga sebelah hubby ramai sangat 4 buah kereta semuanya, saya sempat menyediakan beberapa jenis juadah. Dah makan dah sembang2 2 buah kereta balik tinggal lagi 2 buah kereta bermalam di rumah saya. Walau pun yang tinggal tu tak ramai tapi bilik upstairs penuh terpaksalah tuan rumah tidur kat downstairs.( kasi chance sebab tak selalu bermalam) Penat juga mengendalikannya sebab dari siang dah mula projek masak2 dah tu dah lama tak ramai penghuni.tik..tok..tik..tok dekat pukul 2am baru tidur.

Pagi, bangun awal menyediakan sarapan, habis saja sarapan kawan hubby berbangsa cina pula datang. Dia ni suka sangat makan lemang dengan serunding, terpaksalah hubby mencari lemang nasib baik pagi2 dah ada orang menjual beli pula rendang kebetulan serunding yang saya beli kat Shah Alam masih ada berbaki so apa lagi lepaslah hajat dia untuk makan juadah favouritenya..

Bila kawan hubby dah balik pakat2 nak beraya kat rumah anak saudara di Puncak Alam, kami pun ramai2 ke sana, dirumah dia lain sikit juadahnya makan nasi berlaukkan ikan masak asam pedas, sambal sotong, sayur campur dan sambal belacan. Sedap juga makan sebab kalau pergi beraya rumah orang masih dijamu dengan makanan hariraya tambahan pula dah lama sangat tak makan sambal belacan. Berpeluh dibuatnya menahan kepedasan tambahan pula cuaca yang panas.

Dah kenyang makan, pakat lagi nak ke Keramat ke rumah adik hubby so apa lagi jalan....disana kami dijamu makan lemang dengan durian selain ada bihun goreng, nasi lemak dan puding. Hari ini memang hari makan2 sampai nak termuntah kekenyangannn. Dekat maghrib baru sampai rumah, dalam hati janji besok tak nak pergi beraya lagi, lepas tu isnin mulakan puasa 6.

Wednesday, September 23, 2009

Dua pemergian

Hari ni saya nak cerita dua pemergian, satu yang gembira dan satu lagi yang sedih. Saya cerita yang gembira dulu ya, malam ni lebih kurang pukul 11.00 malam kawan rapat anak saya akan berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Beliau akan berada disana selama 4 tahun. Anak saya mempunyai 3 orang sahabat karib semenjak di tingkatan satu lagi dan masing2 telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, mudah2an apa yang dicita2 akan tercapai insyaalah.


Cerita yang ini pula benda yang tak disangka berlaku, jiran saya semasa tinggal dirumah lama balik kekampung untuk meyambut hari raya bersama keluarga tercinta tapi apa yang terjadi sebaliknya. Hari kedua hari raya, sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari ulang tahun anak [hari lahir jatuh 1st hari raya] tetiba rebah diatas sofa dan menghembuskan nafas yang terakhir. Ayah pergi tanpa pesan di hari umat islam sedang menyambut aidilfitri. Itulah perjanjian kalau dah tiba masanya tak cepat dan lambat walau seminit. Alfatihah buat beliau dan takziah buah keluarga. Kami sempat menziarahi jenazahnya yang dibawa balik dari Sungai Siput [rumah keluarga isteri] ke Kg Gajah [Perak] untuk disemadikan.

Cadangan tak pergi mana2 pada hari raya disebabkan anak akan menghadapi exam tapi itulah kuasa Allah dia lebih mengetahui. Hari ketiga ke Melaka hantar anak balik kampus.

Sunday, September 20, 2009

Pagi Raya

Pagi-pagi lagi dah bangun terus masuk ke dapur. Nak tau kenapa?? Ahaa nak masak kuah lontong. Senang aje, hiris sana sini, tumis, campak-campak bahan dah masak. And then set meja untuk mengatur hidangan menu hari raya tahun ni. Tak banyak cuma masak nasi impit, kuah lontong, ketupat pulut, rendang daging pastu serunding daging yang beli kat Shah Alam.

Selepas beres semua kerja, bersihkan diri pakai baju lawa then duduk meja makan sambil sembang-sembang. Aktiviti hari ini makan-makan, petang masuk bilik pasang aircond konon nak rehat tapi terus terlena. Penat malam sebelum raya belum hilang lagi.. Tambah lagi kalau raya pertama makan non-stop, so makin mengantuklah mata ni.


p/s: Mencelah cerita lain sikit birthday hari tu anak belikan kek dan dua buah buku yang memang idaman kalbu.
Alhamdulillah.


kek dari secret recipes

hadiah dari si adik. Best gilerr..

ni dari si kakak.

Tuesday, September 15, 2009

Jangan Marah-Marah

Pagi tadi call jiran yang jahit baju tanya baju dah siap ke, jawapannya mengecewakan hish... geramnya kain dah lama hantar tapi dulukan orang lain, mentang2lah dia orang nak balik kampung.Walaupun kita belum tentu balik tapi siapkanlah dulu, ni tak hari2 dok tanya dah siap ke? tak kuasalah nak menjengok rumah orang hari2. Tension sesangat tambahan pula baju siadik yang nak dijahit manik2. Kalau dulu lainlah mata masih terang boleh jahit dengan cepat tapi sekarang nak masukkan benang dalam jarum pun ambil masa. Sabar ajelah nak buat macamana. Bulan puasa tak baik marah2 bawa bertenang, relax, pujuk hati dan perasaan sendiri.


Dalam pada marah2 tu hati berbunga2 juga tahun ini pecah rekod, saya buat kuih sendiri langsung tak ada yang dioder dari orang.Taklah banyak tapi separuh daripadanya nak diberikan kepada keluarga sebagai gift.Tahun sebelumnya saya bekalkan muffin untuk dibawa pulang. Saya lakukan sebagai menghargai keluarga yang tak pernah jemu mengunjungi kami apalagi kami jarang dapat menziarahi mereka.


Itu bab baju dan kuih yang lain2 macamana, tingkap, kipas ya... bab membersih. Haa ini tugas my hubby, suka sangat buat last minit, mulut dah mula bising member buat dek aje sambil berlalu sempat cakap" nanti abang buatlah".Hai suami, tolonglah fahami perasaan isteri mu ini, pujuk lagi hati ni.. Nak harap siapa pujuk lagi.. tapi tak pe insyaalah hari ini anak saya akan balik kami akan buat gotong royong, gerenti beres huhuhu...

Last but not least saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan2 bloggers dan semua yang mengenali saya. Mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata.

Sunday, September 6, 2009

Jatuh Kuda

Masa sahur bagitau hubby pagi nanti saya nak pergi ke kedai baking sebab nak beli bahan2 buat biskut. Hubby tak ikut so saya ajak adik [anak bongsu] temankan saya. Tengah list down barang2 yang nak dibeli tetiba ucu [adik bongsu] call. Katanya Azalea, 11 tahun [anak adik] jatuh kuda ambulance dah bawa ke Hospital Serdang. Dantu kejutkan hubby, kami terus ke hospital sampai kat emergency tengok ada ambulance Hospital Sunway pula rupanya dia nak dipindahkan keHopital Sunway sebab di Serdang belum tentu boleh buat dengan cepat biasalahkan...... Sempat jugalah tengok dia masa petugas mengangkat ke dalam ambulance. Masa tu tengkok dia dipakaikan alat supaya tak boleh bergerak. Kami mengikut ambulance sampailah ke Hospital Sunway. Di sana dia terus dibawa kebilik x-ray, scan dan entah apa2 lagi. Selesai semuanya barulah di masukkan kedalam wad. Alhamdullilah menurut doktor yang merawat keadaannya tak serius sangat tapi besok masih ada lagi yang perlu dilakukan.

p/s; pernah jadi juara (tahun lepas) bawah umur 15 tahun.

Friday, September 4, 2009

Beraya Dikampung

Semalam selepas berbuka puasa masih dimeja makan sempat berborak dengan anak yang bongsu kami panggil dia adik, katanya kawan2 dia dah mula bercerita tentang balik kampung ''seronok ada kampung ya ma'' terdiam saya seketika tak tahu nak jawab apa dalam hati memang seronok, suasana hari raya dikampung lebih meriah.Tapi itulah hakikatnya semenjak ayah tinggal dengan anak2 kami adik beradik akan berhari raya mengikut giliran.

Peristiwa 2 kali ayah kemalangan jalan raya [accident motor] membuatkan kami mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dia keseorangan lagi. Umurnya pun dah 80th lebih walaupun dia memang kelihatan sihat. Sayang juga bila tengok rumah ditinggalkan begitu saja terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Semua kami adik beradik dilahir dan dibesarkan dirumah itu. Sesekali kalau melalui jalan tu rasa macam nak nangis tengok pokok buah2an yang ditanam arwah mak masih ada. Abang pesan pada jiran2 kalau ada buah2an yang masak mereka boleh ambil atau disedekahkan pada sesiapa yang teringin.


Tahun lepas kami berhari raya dirumah kakak dan tahun ini pula kami akan berkumpul di rumah adik nun diutara. Suasana berkumpul dimana pun seronok tapi masaalahnya rumah yang agak kurang selesa tambahan pula anak2 yang dah meningkat remaja. Itulah yang membuatkan kami terpaksa mencari chalet atau rest house untuk menginap. Kalau dikampung walaupun rumahnya tak secantik mana tapi memang cukup untuk anak dan cucu2.

Anda semua macamana masih ada kampung...

Tuesday, September 1, 2009

Terkilan

Malam tadi call anak tanya, puas tak makan makanan yang dibekalkan. Alangkah terkejutnya dapat respon ''kuah tomyam tak dapat nak hirup kuah tak banyak'' ya Allah kenapalah tak cek betul2 masa masukkan dalam plastik tapi masa senduk untuk kami berbuka puasa dah perasan tengok level kuah dalam periuk, rasa terkilan sesangat walaupun ada lauk lain dahlah menu kegemaran dia.Semalam selain dari lauk sempat saya buatkan kek kukus velvet hawflakes dan popia goreng untuk dibawa balik. Hope kalau balik sekali lagi pasti ulang masak benda yang sama ok.

~kek haw flakes buat juadah berbuka~
buat untuk anak bawa balik ke kampus
:D Tiada decoration sbb sudah dipotong-potong utk masuk ke tupperware