Friday, April 23, 2010

MENUNGGU

Semalam dari pukul satu tengahari sampai malam saya di PPUM sebab anak lelaki saya dari pagi muntah2 dan cirit birit. Mulanya kami sangka dia kena demam denggi sebab sebelum tu dah demam lepas tu anak jiran pula disahkan demam denggi. Menurut jiran lebih elok dibawa kehospital kerajaan dari swasta, kami pun setuju dengan cadangan itu. Sebelum pergi saya dah bagi dia minum teh pekat mungkin boleh mengurangkan ciritnya.

Sampai kat hospital my hubby terus park kereta depan pintu emergency dan seorang nurse datang membawa wheelchair apabila nampak anak saya susah nak keluar dari kereta. Bila saja masuk terus diperiksa dan diambil tempreture. Sementara nurse mencatitkan butir anak saya nurse seorang lagi mengarahkan saya mendaftar yang tempatnya tak jauh dari situ. Tak lama my hubby pun sampai dari tempat parking kereta terus bawa anak saya kedepan dewan consultancy, menunggu giliran untuk diperiksa doktor. Saya pun joint sekali bila dah siap mendaftar. Menurut nurse yang memeriksa anak saya tadi giliran anak saya akan didulukan sebab demamnya terlalu panas. Saya dan hubby duduk dikerusi menunggu manakala anak saya duduk di atas wheelchair. Setengah jam berlalu tak juga dipanggil, anak saya dah mula resah katanya dia nak baring, my hubby pun pergilah masuk kedalam, kata nurse mereka akan panggil sebentar lagi.

Kami tunggu lagi tapi tak juga dipanggil, anak saya dah mula memanggil mama berkali2 minta nak baring. Saya tak tahu nak cakap apa cuma saya suruh dia baring aje atas lantai kalau dah tak tahan sangat. Dari awalnya saya memang tak setuju bawa kehospital kerajaan tapi disebabkan anak saya ada rekord masa dia jatuh motor 4 tahun lalu jadi my hubby ikutkan aje. Melihatkan keadaan anak yang resah begitu my hubby pun menolak wheelchair kedalam dewan, masih tak ada tindakkan. My hubby sabar lagi, kalau ikutkan menurut nurse yang pertama tadi anak saya akan diberi keutamaan tapi apa yang saya tengok patient yang masuk boleh bersembang dan berjalan2, tapi mungkin mereka dah lama menunggu. My hubby pergi lagi berjumpa dengan nurse yang bertugas, katanya tak cukup kakitangan dan suruh tunggu lagi, mungkin my hubby dah hilang sabar dia terus masuk kebilik doktor yang baru lepas memeriksa pesakit.

Doktor import dari Burma tapi memang baik, layan dan berborak, my hubby ceritakan apa yang berlaku, kalau diperhatikan memang ganjil sikit sebab selalunya bila ada doktor bertugas mesti ada nurse yang berdekatan tapi tidak disini doktor buat kerja sorang2. Lama juga anak saya diperiksa, diambil darah lepas tu di x ray baru dibaringkan atas katil bersebelahan dengan bilik2 rawatan. 2 botol air dan 2 botol antibiotik dimasukkan. Tak lama lepas tu ambil 2 kali lagi darah dan air kencing. Sementara menunggu result, anak saya dipindahkan ke conservation room dan dapatlah dia tidur dengan selesa.

Sempat juga kami berborak dengan nurse2 yang bertugas dan dari pemerhatian saya selama kami di situ sampai ke tengah malam kebanyakkan doktor yang bertugas adalah import. Menurut nurse Kerajaan Malaysia ada MOU dengan negara luar, penuntut mereka buat degree dinegara kita. Persoalannya kemana doktor2 kita dan juga penuntut2 yang belajar doktor sampai begitu ramai sekali mereka disini. Yang saya nampak hanya seorang doktor perempuan melayu dan seorang doktor cina bertugas.

Setelah result anak saya di berikan oleh doktor dari Maldives kami pun diarah mengambil ubat dan pulang . Sampai rumah pukul 2 pagi. Sempat saya cakap dengan hubby kalau pergi hospital yang selalu kita pergi dah lama kita tidur lena. Itulah sebabnya kami tak kaya2 sebab bila ada keluarga yang sakit ribu riban akan mengalir, asal hati puas dan tak ada yang sakit hati.


P/s: anak saya cuma kena keracunan makanan dan alhamdulillah hari ini dah sihat.

9 comments:

aintsuperwoman said...

kak zai,
kalau pegi hospital kerajaan kena sabar. Sabar dengan ramainya pesakit, sabar dengan kerenah petugas.

Kalau pegi hospital bayar, lain sikit. Cepat. Siapkan duit je! :D

Zaitun said...

aintsuperwoman

Kalau ramai pesakit kita faham, masaalahnya kekurangan kakitangan mana pergi doktor2 kita. Kak Zai pernah dengar seorang menteri tu kata sekarang masa menunggu buat rawatan tak lebih dari setengah jam,cubalah turun padang saksikan sendiri.

azieazah said...

Sian anak Kak ZAI.. syukur tidak serius dan semoga terus sembuh...

Kalu Kak ZAI kata tak kaya-kaya sbb kuar duit ribu2 bila anak2 sakit...

saya pula tak kaya sbb tu tiap kali sakit, kena pegi juga spital kerajaan jerr..

xiiinam said...

Mujur anakanda bukan diserang penyakit lain.....Alhamdulillah. Itu yang paling penting di saat cemas begitu.





Semoga segera sembuh!

E-na Zarina said...

Salam...
alhamdulillah dah sihat ye..

tq kak sudi singgah Lovely Kitchen...jemput datang lagi..:-)

Zaitun said...

azieazah

Kalau Azie nak tahu kak Zai guna duit plastik aje, cukup bulan nah engkau... bayar jangan tak bayar he3.....




xiiinam

Nasiblah bukan denggi,alhamdulillah.




E- na Zarina

W'salam

Alhamdulillah dah sihat.

InsyaAllah.

kakpah said...

salam.
sebab tu malas nak pergi sepital kerajaan. tindakan lambat.

alhamdulillah anak tu tak de apa2 yang serius.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Syukur tak ada apa yang serius pada anak Kak Zai. Cuma kekurangan doktor di spital kerajaan di tahap kritikal.

Saya alhamdulillah ada klinik panel, tak pernah gi spital kerajaan so tak tau macamana service diaorang.

anyss said...

Salam,
Pengalaman kak zai memang antara pengalaman yang akan dilalui oleh ramai orang bila ke hospital kerajaan.
Kemana doktor kita? Jawapannya sangat mudah. Gaji doktor hospital kerajaan sangat murah berbanding hospital swasta. doktor-doktor pelatih sahaja yang ada di hospital kerajaan. Bila dah habis tempoh latihan berkenaan, sebahagian besar daripada mereka akan berpindah ke hospital swasta atau klinik berbayar dengan gaji yang lebih lumayan. Sekiranya terjumpa doktor kita di hospital kerajaan yang bersifat "pakar", mereka itu bukan calang-calang doktor kerana mereka sanggup menolak gaji yang lumayan hanya kerana niat untuk "berbakti" yang lebih besar. Itu realiti pada hari ini.
Walaupun hospital kerajaan bayar RM10 ribu sebulan untuk doktor pakar, namun perlu diakui mereka ini akan ditarik untuk ke hospital swasta dengan bayaran gaji mencecah hingga RM30 ribu sebulan. Kalau tak ada rasa ikhlas untuk berbakti kepada orang ramai dan sanggup bergaji ciput, tak akan kita jumpa doktor kita di hospital kerajaan.