Friday, April 30, 2010

Ayong

kakak (tudung purple)


Semalam dapat berita kakak (kami panggil ayong) jatuh kat bilik air, terus talipon alhamdulillah tak serious cuma dia sakit2 badan aje. Kakak tinggal berseorangan dah lama jadi ibu tunggal punya 2 orang anak, berkat kesabaran kedua2 anaknya berjaya dalam pelajaran dan menjawat jawatan yang boleh dibanggakan. Sekarang hidupnya boleh dikatakan mewah apa yang dia nak semua dia boleh dapat.

Satu ketika dulu rumah dia tempat kami berkumpul bila hari raya. Bila dah ramai macam2 berlaku berebut bilik, berebut bilik air dan berebut tengok tv dan macam2 lagi. Kalau masak mesti banyak macam orang nak kenduri. Sekarang suasana begitu tak ada lagi, semenjak kakak tidak lagi berapa sihat kami tinggal di Rest House. kami dah tak punya tempat untuk dituju cuma bila hari raya, dimana ayah tinggal disitulah kami pergi, itu pun tak lama maklumlah walau adik beradik sekali pun tak sama dengan rumah mak dan ayah sendiri.

Semasa membuat n3 ni saya dapat berita lagi anaknya bawa dia kerumah sepupu untuk berehat.Disini keadaannya lebih selesa dan penghuni dalam rumah pun tak ramai. Mungkin petang nanti saya akan kesana untuk menziarah. walau pun kakak saya ni agak cerewet tapi saya sayang sangat pada dia sebab kami agak rapat, boleh bergosip, bertekak dan bergurau dan dia juga adalah pengganti mak yang dah lama pergi....

Wednesday, April 28, 2010

Pulut Manis Atau Wajid


Pulut manis atau ada orang panggil wajid, saya C&P dari cikmanggis terima kasih dan minta halal ya.
Kebetulan mak mertua adik ada, dia pun rasa katanya sedap, cukup lemak dan manis tapi menurutnya kalau orang tua2 kalau kuih tu manis kena betul2 manis so kena tambah sedikit lagi gula. Tapi zaman sekarang orang lebih suka kurangkan gula,
Daun tu memang saya nampakkan sedikit sebab masa arwah mak saya buat wajid dia akan lapik bekas dengan daun pisang sebelum masukkan wajid, wangi katanya...

Monday, April 26, 2010

Hadiah Lagi



Hadiah dari anak (Mimi). Tq....Sayang akak.

Pelbagai topik dan isu mengenai pegangan masyarakat, pembangunan minda, ekonomi, hiburan dan seni, politik dan pentadbiran.

Friday, April 23, 2010

MENUNGGU

Semalam dari pukul satu tengahari sampai malam saya di PPUM sebab anak lelaki saya dari pagi muntah2 dan cirit birit. Mulanya kami sangka dia kena demam denggi sebab sebelum tu dah demam lepas tu anak jiran pula disahkan demam denggi. Menurut jiran lebih elok dibawa kehospital kerajaan dari swasta, kami pun setuju dengan cadangan itu. Sebelum pergi saya dah bagi dia minum teh pekat mungkin boleh mengurangkan ciritnya.

Sampai kat hospital my hubby terus park kereta depan pintu emergency dan seorang nurse datang membawa wheelchair apabila nampak anak saya susah nak keluar dari kereta. Bila saja masuk terus diperiksa dan diambil tempreture. Sementara nurse mencatitkan butir anak saya nurse seorang lagi mengarahkan saya mendaftar yang tempatnya tak jauh dari situ. Tak lama my hubby pun sampai dari tempat parking kereta terus bawa anak saya kedepan dewan consultancy, menunggu giliran untuk diperiksa doktor. Saya pun joint sekali bila dah siap mendaftar. Menurut nurse yang memeriksa anak saya tadi giliran anak saya akan didulukan sebab demamnya terlalu panas. Saya dan hubby duduk dikerusi menunggu manakala anak saya duduk di atas wheelchair. Setengah jam berlalu tak juga dipanggil, anak saya dah mula resah katanya dia nak baring, my hubby pun pergilah masuk kedalam, kata nurse mereka akan panggil sebentar lagi.

Kami tunggu lagi tapi tak juga dipanggil, anak saya dah mula memanggil mama berkali2 minta nak baring. Saya tak tahu nak cakap apa cuma saya suruh dia baring aje atas lantai kalau dah tak tahan sangat. Dari awalnya saya memang tak setuju bawa kehospital kerajaan tapi disebabkan anak saya ada rekord masa dia jatuh motor 4 tahun lalu jadi my hubby ikutkan aje. Melihatkan keadaan anak yang resah begitu my hubby pun menolak wheelchair kedalam dewan, masih tak ada tindakkan. My hubby sabar lagi, kalau ikutkan menurut nurse yang pertama tadi anak saya akan diberi keutamaan tapi apa yang saya tengok patient yang masuk boleh bersembang dan berjalan2, tapi mungkin mereka dah lama menunggu. My hubby pergi lagi berjumpa dengan nurse yang bertugas, katanya tak cukup kakitangan dan suruh tunggu lagi, mungkin my hubby dah hilang sabar dia terus masuk kebilik doktor yang baru lepas memeriksa pesakit.

Doktor import dari Burma tapi memang baik, layan dan berborak, my hubby ceritakan apa yang berlaku, kalau diperhatikan memang ganjil sikit sebab selalunya bila ada doktor bertugas mesti ada nurse yang berdekatan tapi tidak disini doktor buat kerja sorang2. Lama juga anak saya diperiksa, diambil darah lepas tu di x ray baru dibaringkan atas katil bersebelahan dengan bilik2 rawatan. 2 botol air dan 2 botol antibiotik dimasukkan. Tak lama lepas tu ambil 2 kali lagi darah dan air kencing. Sementara menunggu result, anak saya dipindahkan ke conservation room dan dapatlah dia tidur dengan selesa.

Sempat juga kami berborak dengan nurse2 yang bertugas dan dari pemerhatian saya selama kami di situ sampai ke tengah malam kebanyakkan doktor yang bertugas adalah import. Menurut nurse Kerajaan Malaysia ada MOU dengan negara luar, penuntut mereka buat degree dinegara kita. Persoalannya kemana doktor2 kita dan juga penuntut2 yang belajar doktor sampai begitu ramai sekali mereka disini. Yang saya nampak hanya seorang doktor perempuan melayu dan seorang doktor cina bertugas.

Setelah result anak saya di berikan oleh doktor dari Maldives kami pun diarah mengambil ubat dan pulang . Sampai rumah pukul 2 pagi. Sempat saya cakap dengan hubby kalau pergi hospital yang selalu kita pergi dah lama kita tidur lena. Itulah sebabnya kami tak kaya2 sebab bila ada keluarga yang sakit ribu riban akan mengalir, asal hati puas dan tak ada yang sakit hati.


P/s: anak saya cuma kena keracunan makanan dan alhamdulillah hari ini dah sihat.

Wednesday, April 21, 2010

Sale



Terpikat tak???.....

Monday, April 19, 2010

ALHAMDULILLAH

Adik beradik saya berkumpul lagi tapi hanya 3 orang saja sebab yang lain ada hal. kali ni kami berkumpul dirumah adik di section 13 Shah Alam. Tujuan kami berkumpul untuk berjumpa anak buah( Nazwan) yang baru balik dari mengerjakan umrah. Selain dari kakak, ayah dan seorang lagi anak buah(Nazuha) sekeluarga turut serta. Syukur Nazwan selamat pergi dan kembali dan yang seronoknya dapat ole-ole.....

Nazwan

Buah zuriat


kurma Nabi





Shawl


Sejadah

Kupiah


Erin...cicit pertama ayah dpt hadiah dr Bahrain sb dpt 6 A dlm Upkk

Wednesday, April 14, 2010

Suka & Duka

Jeep my hubby dah balik rumah setelah sekian lama masuk wad. Masa dekat workshop jumpa jiran lama tak sangka gelaran yang selalu disebut2 dah jadi kenyataan. Dulu bila berjumpa dua2 suka panggil dato' itulah kadang2 masin apa yang kita perkatakan.

Workshop yang saya pergi tadi terletak di Setapak berdekatan dengan rumah terrace yang agak unik bagi saya. Rumahnya hanya ada satu pintu, belakang rumah bertemu dengan belakang rumah orang lain pula. kebanyakkan rumahnya pula dah di renovate, ada yang dah jadi 3 tingkat nampak conjusted sangat. Apa yang saya perhatikan disini penduduknya kurang menjaga kebersihan, sampah berselerak terdapat juga tilam buruk tersadai ditepi jalan. Gerai yang terdapat disini memang banyak tapi entahlah susah saya nak bayangkan kalau makan ditempat yang sebegini rupa. Penduduk berbilang kaum sebab saya nampak ada tokong didepan rumah......Mengapa jadi begini......

Petang balik rumah Kikim (arnab) saya tak ada, puas saya cari keliling rumah sampai kerumah jiran masih tak jumpa. Tengahari tadi my hubby keluarkan dari sangkar bila kami nak keluar lupa nak masukkan semula, selalunya kalau kami lepaskan dia pandai balik tapi hari ini tak tahu apa yang berlaku. Sampai dekat maghrib saya dan hubby mencari tapi hampa, harap2 besok kikim balik. Dah 2 kali saya menangis risau tentang makan n minumnya, kalau kucing boleh juga makan makanan yang bersepah tapi Kikim hanya pandai makan pellet dan alfafa (sejenis rumput kering). Ya Allah selamatkan Kikim saya...

Tuesday, April 13, 2010

House Platter n Deco & Gift

My hubby ada urusan di Amcorp Mall, katanya kalau nak ikut boleh tapi sampai sana kena jalan sendiri2. Tempat tu memang saya suka boleh cuci mata, yeay... window shopping. Selepas dapat parking saya pun masuk dalam mall, masuk kedai keluar kedai, masuk lagi kali ni masuk kedai pakaian belek2 aje sebab baru semalam beli sehelai. Lepas tu masuk kedai yang menjual barangan cenderahati English Style. Angkat satu letak balik dalam hati kalau hari raya boleh juga beli, pikir punya pikir ambil juga 2 biji piring dan hanger hiasan dinding. Kalau sesiapa nak cari barang2 gift English Stlye berkunjunglah ke kedai Romantika yang berada di ground floor, Amcorp Mall harganya memang murah2.

Romantika (t'tinggal huruf ika nya)


Lepas tu jalan lagi tuju pula kedai yang jual pinggan mangkuk, kedai ni ada ditingkat 2. Dulu kalau saya nak tengok pinggan mangkuk yang ada brand kena pergi Sogo, seronok sangat kalau dapat beli walaupun yang kecil. Saya tengok satu casserole rectangle memang dah lama teringin , dulu tengok kat Ikea harganya mahal sangat, tanya kat salesgirl katanya harga kebanyakkan pinggan 50% sebab kedai nak pindah ke Damasara. Dengar harga murah apa lagi satu demi satu saya letak kat kaunter. Masa ni my Hubby dah habis urusan terus datang selepas saya bagi tau saya ada kat mana. Selepas urusan pembelian selesai saya dan hubby pun balik rumah.







Monday, April 12, 2010

Aktivity Sunday.



Buat spek mata kat menara optometry sebab spek yang ada sekarang macam tak berapa jelas. Bila diperiksa memang sah power agak tinggi, pilih bingkai dan cerminnya wow... agak mahal harganya sekarang, dulu masa buat taklah mahal2 sangat. Saya sekeluarga dah biasa kat sini dah ada rekord tapi my hubby dan anak dah berubah kedai sebab kalau dibandingkan dengan kedai lain memang berbeza, lagi banyak offer price. Saya aje yang degil susah sangat nak tukar tempat lain, konon dah kenal dengan pekerja2nya. Dah settle semuanya minggu depan baru datang ambil.

On the way nak balik tersinggahlah pula kedai yang memang makanannya punya kalori yang tinggi tapi dah tergoda singgah jugalah. Ambil sepotong copiccino cheese cake n cofee ngruup... masuk dalam perut. Then balik rumah.




Sambil duduk2 terfikir nak makan cake yang simple dan tak berapa berat, lalu lalanglah kat rumah orang tiba2 nampak kat rumah ummi ada cake senang membuatnya,terima kasih ummi copy n paste, halalya, buka fridge ada semua bahan teruskan misi, haa... inilah hasilnya topingnya pula sikakak yang hias, dia memang suka bab menghias ni. Ingatkan topping tu ada bunga ke ialah kan perempuan tapi macam muka lelaki aje ini mesti sebab dot...dot...dot, faham dah meningkat dewasa.

coklat mocca kukus


Malamnya pula kami terjah kedai yang menjual makanan yang toppingnya bila dimasak cair apalagi bertali2lah bila memakannya. Semua orang biasa makan pizza ni kan memang menyelerakan, dah kenyang balik rumah, rehat sekejap lepas tu panjat katil zzzzzz.....




Saturday, April 10, 2010

Muzium Negara

Hari ini tak ada program, adik pun tak ada program sekolah so hubby tanya nak kemana, tanpa berfikir saya pun bagi cadangan pergi Muzium Negara. Sampai di muzium ramai sangat orang bas rombongan pun banyak termasuk budak2 sekolah, rupa2nya ada pameran KERANDA....Inilah sebahagian dari artifak yang dapat saya tangkap gambarnya.



baju berantai

bunga emas


erong (keranda) lembu

Erong kerbau

keranda Filipina

Garuda

Indian coffin

Kecapi

keranda buluh


keranda kayu balak (gambar terbalik)


keranda kayu kelabit

keranda cina


kereta tarik jenazah

keris jawa n bali (gambar terbalik)

kerusi mayat (gambar terbalik)


kepala perahu diraja kurun ke-19

kapal Portugis

keranda kanak2


moyang harimau berantai

manusia perak


mural Hang Tuah


pengkebumian Dongson


tulang mawas


pengkebumian Dongson













keranda India

keranda Siam





keris yang membunuh J.W.W Birch




p/s : Gambar kurang jelas, nak tahu lebih lanjut silalah ke Muzium Negara.