Friday, July 2, 2010

Dah 24 Tahun Rupanya

2-7-1986 tarikh yang tak mungkin saya lupakan sebab hari ini mak yang tersayang kembali menemui penciptanya.... Al-Fatihah...

Mak sakit sebab angin ahmar, 6 bulan terbaring segalanya diuruskan anak2. Selepas tu dia boleh berjalan tapi masih menggunakan tongkat. Masa ni banyak masa mak dirumah anak2 yang setia menjaganya dan sebulan lagi dia nak meninggal dia tinggal bersama saya. Alhamdulillah walaupun mak pergi tak lama lepas tu tapi saya puas kerana dapat menjaga keperluannya dengan sempurna.

Seminggu dia dimasukkan ke hospital setelah kali ke2 diserang angin ahmar dan dia pergi dengan aman......

12 comments:

FaAtip said...

Al Fatihah...dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali....

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Al Fatihah buat aruwah mak Kak Zai,
Semoga roh aruwah bersama-sama org yang soleh. Amin

cikmanggis said...

salam zai..alfatehah buat arwah mak zai..pastinya rasa kehilangan...teringat kat mak kat kampung...rasa nak terbang balik...

rohaizahabas said...

doa kan mak kita selalu...terang kubur nya....

Mak saya pun dah tak da,kalau dia hidup pasti dia gembira lihat keadaan anak cucu nya brkembang..
Al fatihah buat yang dah pergi

ibuintan said...

alfatihah..hanya itu yang dapat kita kirimkan selalu..
ibuintan pun dah kehilangan ibu dan abah

Zaitun said...

fa*atip
Ibu Sayang
cikmanggis
Kak Ezza@makcik blogger
ibuintan

Salam semua,terima kasih atas doa kalian semoga semua yang telah pergi kita doakan diampunkan dosa2 mereka dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Tirana said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah

Acik Erna said...

salam zai..alfatihah untuk arwah..
mak saya baru 4 bulan meninggal..masih terasa lagi..

ibundo said...

salam tun,
alfatihah untuk arwah..

Maiyah said...

al fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat..

KTS said...

al-fatihah utk arwah mak kak zai

semoga ditempatkan di klgn org2 yg beriman

Zaitun said...

Tirana
kak Erna
kakpah
maiyah
Ku Tak Sempurna

Terima kasih atas semua doa.