Monday, July 5, 2010

Kahwin Dan Ziarah


Hari Sabtu pergi Simpang Pulai, Ipoh ada kenduri kahwin saudara sebelah ayah, seronok sangat sebab dapat bersua dengan ramai keluarga yang dah lama tak jumpa. Ada saudara yang dulu masih kecil tapi bila jumpa dah punya anak besar2. Dekat pukul 3 petang baru pergi rumah anak buat di Bandar Ipoh. Sebelum pergi kenduri saya sempat buat 2 biji kek untuk dibawa kerumah anak buah. Terima kasih ummi saya C/P ya.


American coklat kek



kek kukus Hawflakes


Saya dan adik beradik yang lain berkumpul disini sebab nak ziarah anak buah yang sakit. Baru buat treatment kimoterapi, badan yang dulu berisi dah jadi kurus, tak bermaya hanya baring diatas katil sesekali dipapah untuk menikmati udara luar. Anak buah saya dah disahkan doktor mengidap kanser saraf. Kadang2 datang soalan yang tak patut dilontarkan,... 'kenapa dia'...., sebelum ni di n3 yang lepas saya dah ceritakan pengorbanan dan kebaikkan yang telah dia lakukan terhadap keluarga tapi mengapalah dia yang terpilih.

Pada malam tu boleh dikatakan saya dan yang lain2 tak berapa lena tidurnya sebab kejap2 dengar mengerang, muntah dan terisak2, mungkin dia dah tak tahan dengan derita yang ditanggung, sampailah kepagi dia masih lagi begitu.

Petangnya saya terpaksa balik semula keKl dan dengan hati yang amat2 berat meninggalkan dia bersama ibu dan kakaknya. Banyak air mata kami sekeluarga tumpah bila melihatkan keadaannya sebegitu rupa. Bagi sesiapa yang ada keluarga atau saudara mara yang menghidapi kanser memang tak dinafikan amat menyiksakan. Cuma satu yang saya pinta agar Allah ringankan kesakitan yang dialaminya dan berikan dia kekuatan untuk melawan penyakitnya.

18 comments:

cikmanggis said...

sedih sangat bila baca n3 Zai ni..tak tertulis perasaan cm kat sini.......

fa*atip said...

kak zai, ada kawan fa yang anak sedaranya juga dpt penyakit kanser kalenjar tahap 4. Baru je 21 tahun umurnya. Dah melarat ke paru2. Besar sungguh dugaan. Pasti disebalik itu, tersembunyi hikmah yang tersangat besar, diharap insan yang diuji Allah kurniakan hati yang tabah dan sentiasa redha. Allah jualah yang Maha Pengasih terhadap hambaNya.

ibuintan said...

semoga anak buah kak zai tabah menghadapi dugaan ini, memang besar dugaannya dan pasti ada Hikmah yang tertulis disebalik segala kasakitan dan dugaan itu..

azieazah said...

Sangat faham KAK ZAI..

saya pernah menjaga arwah abang saya yang kena prostat kanser. Berulang alik saya naik bas dari ofis ke Hospital Selayang bergilir jaga sampai ke akhir hayat dia...

sangat faham kerana saya tengok sendiri derita dia depan mata...

kakpah said...

zai, mata yang memandang dan hati yang berkata-kata tak sama dengan bahu yang memikul. Semuga Allah bagi dia kekuatan.

kak Erna said...

salam zai..memang..bila ada yang menderita sakit kanser..kita juga akan tersa sakit sama..sedih..melihatnya..anak seara yang luikemia tu..masih di hukm..belu keluar..badan dah melidi..tapi..mulutnya..tak pernah kata sakit..bila ditanya..boy o.k..sehat..tak ape2 katanya..membuatkan hati kita lagi pilu...
zai..kat mana nak dapat resepi..kek amercan coklat tu..

zureen @ mama said...

Semoga Allah meringankan beban buatnya..

Sedih membacanya..semoga tabah.

Ku Tak Sempurna said...

alahai... sedapnya american coklat cake tu

.
.
baru tgk dah tau sedap ke tak... hebat sungguh... hihihi

Ku Tak Sempurna said...

Allah maha mengetahui... semoga anak buah kak zai mendapat kekuatan menanggung semua dugaan itu

amin

Zaitun said...

cikmanggis

Terima kasih kerana turut simpati.




fa*atip

Kami redha tapi tak sanggup bila melihatkan keadaannya,hanya Allah yang tahu.




ibuintan,

Ya mungkin ada hikmah disebaliknya,Dia maha pengasih lagi penyayang.

Zaitun said...

azieazah

Dulu ada juga kenalan yang derita kerana penyakit ni,datang melawat dan turut simpati tapi sekarang hanya Allah yang tahu,tak terkata cuma air mata yang mengalir.




kakpah

Memang betul kakpah hanya yang merasai yang dapat gambarkan.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna, Kita sama2 merasai kesakitan anak buah,rasa nak tolong bila dia mengerang tapi apakan daya cuma doa itu aje yang dapat kita berikan.

Kek recepi tu Erna pergi dekat link saya Home Sweet Home.




zureen @ mama

Terima kasih zureen,semoga doa di makbulkan tuhan.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Harap2 begitulah dia dapat melawan penyakitnya dengan izin Allah.

kak Zai suka bawa buah tangan buat sendiri kalau pergi rumah saudara mara.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Sedih baca n3 kak Zai ni, ibupun ada kakak yg sedang menderita kanser tulang di rumah mak di Dungun. Kering dah air mata mengenangkan bebanan yg dialami.

Semoga Allah dapat meringankan kesakitan yg dialami.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Sedih baca n3 Kak Zai ni, ibupun ada kakak yg menderita kanser tulang di rumah mak di Dungun. Kering dah air mata mengenangkan bebanan yg di tanggung.

Semoga Allah dapat meringankan kesakitan yg dialami oleh mereka2 ini.

Anonymous said...

Salam kak zai,

Sedihbila baca kisah tu, ibu sya pun mengidap kanser, kanser buah dada.. saya lah ygmenjaga nya sepanjang di hospital. Setiapkali selepas rawatan kemo mesti kami rasa nak menangis tapi kena tabah dankuatkan hati sb x mau dia rasa putus asa.Melihat keadaan dia sungguh menyiksakan.makan x lalu.hanya bergantung dgn air saja.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam,dah lama sakitnya?
kita sama2 mendoakan mereka agar tabah untuk melawan penyakit yang di tanggung.

Zaitun said...

Anonymous

Salam,kak Zai turut simpati pada ibu yang menderita,hanya doa dan semangat yang dapat kita berikan, mudah2an Allah ringankan beban mereka.