Barangan elektrik ini kalau ada kat rumah senang dan cepat kerja kita dibuatnya tapi semuanya dah lama saya tak gunakan. Umurnya dah lebih 10 tahun masih elok tapi hanya untuk hiasan. Saya cerita bab barangan ni sebab ada kaitan dengan cerita yang nak saya sampaikan.
Petang Isnin anak dapat panggilan dari kawan, terus bagi tahu saya dan hubby' rumah Fajar terbakar' anak terus capai baju start kereta terus berlalu, hubby pula terus naik keatas tak lama turun semula terus naik kereta, saya yang dari tadi berdiri tak sempat nak bertanya. Dalam satu jam hubby pun balik cerita hanya dapur yang terbakar gara2 dapur meletup, tak lama anak pun balik cerita yang sama, tapi saya tak dapat cerita yang terperinci dengar aje mereka bercerita. Kata anak baba dia jadi hero melerai krew bomba bergaduh dengan penduduk. Haik sempat bergaduh sedangkan rumah yang terbakar, puncanya laluan bomba tersekat dek banyaknya kereta di parking dibahu jalan. Ambik ikhtibar jangan sesuka hati parking, kalau terjadi emergency memang kelam kabut dibuatnya.
Semalam Fajar cal kata nak tumpang gunakan washing machine, dia datang dengan 2 bakul kain baju, rupanya mak dia dah basuh dengan tangan cuma nak spin saja. Sementara dia menggunakan machine sempat saya buatkan cekodok ikan bilis untuk dijamu, habis satu pinggan, sedap katanya.
Sambil makan saya pun bertanyalah apa punca rumahnya terbakar, katanya mak dia masak kek dengan menggunakan microwave yang dah lama tak digunakan, tiba2 meletup dan api dengan pantas menangkap kabinet, fridge, washing machine dan segala yang ada dibapur hangus dengan sekelip mata. Nasib baik jiran dan bomba datang cepat dapat mengawal api tidak melarat ke tempat lain. Katanya lagi buat masa ini segala peralatan dapur belum diganti sebab kontrktor sedang membaik pulih. Alhamdulillah walaupun dapur terbakar tapi tak ada sesiapa yang tercedera.
p/s : Seharusnya kita mengambil ikhtibar supaya berhati2 apabila menggunakan barangan elektrik.
13 comments:
slamat tengah hari..
barangan letrik yg dah lama tak digunakan memang bahaya juga, mungkin ada masalah pada wayar atau fiusnya..
rumah jiran mak mertua pun gitu juga terbakar berpunca dari fius rice cooker, hangus sebahagian rumah
Salam Kak,
Alhamdulillah tak de melibatkan nyawa.
saya punya microwave pun terbakar jugak tapi nasib baik sempat padamkan..
Citer 4 tahun lepas.
Bahaya itu ada di mana-mana...kena berhati-hati sentiasa..
ibuintan
Kelalaian manusia,sangka masih elok terus gunakan.
azrina.03.07
Salam reen,syukur mereka sempat keluar dari dapur,kalau tak tak tahulah sebab api cepat menyambar.
Tirana
Memang betul bahaya ada dimana2 seharusnya kita sentiasa berhati2.
mmm..kalau barangan lama baik la check elok2... :(
fa*atip
Betul fa, kadang2 masa baru beli kita kemaruk pakai tapi bila dah lama bosan pula, tu yang jadi hiasan.
alhamdulillah semuanya selamat.terima kasih zai posting ni seperti bagi amaran kat cm tentang barang barang letrik "antik" kat rumah kita ni.Nak pakai benda lama ,nak buang sayang...nampak gaya kena buang & kitar semula mana yang patut.
huiisssh..
takut la plak nak guna alat elektrik yg lama tak guna ni... tak sangka tak leh guna pulak kan
Salam...
Barang2 elektrik lama ni biasanya dalamnya dah berkarat.. itu yg merbahaya..
Salam Kak Zai,
Bagus juga Kak Zai dapat mengingatkan pada semua. Di rumah pun ada jugak peralatan elektrik lama yg x guna. Kena check dulu sebelum guna.
bahaya kanns..
Salam Kak Zaitun..Alhamdulillah semuanya ok..
Post a Comment