Friday, July 23, 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Semalam saya dapat notice ni, cuba clik beberapa kali tapi tak dapat2, biar ajelah bila dah ok nanti baru saya usahakan. Saya memang bercadang nak menukar wall paper tapi menunggu hari yang tertentu, tengok ramai blogger dah tukar. Kadang2 jemu juga tengok benda yang sama kalau terlalu sama.
.
.
.
.
.

Lari sikit dari cerita asal, masa saya pergi ke Perak hari tu sempat ke pasar nak cari ulam ni, sejak saya dah diperkenalkan dengan ulam ni saya akan cari. Ditempat saya tak jumpa walaupun kat pasar tani atau pasar malam, mungkin kalau ke pasar2 besar macam pasar Chow Kit mungkin ada. Nama dia temu, rasanya berangin macam rasa mangga muda pun ada, sedap kalau dibuat ulam makan dengan sambal belacan.


temu

dah dikupas

Dulu saya tak pandai makan ulam2 begitu juga sayur2 kampung, agak cerewet sikit bab makan. Saya mula makan sayur2 ni selepas berkahwin, peliknya saya berasal dari kampung manakala hubby orang bandar tapi arwah maknya selalu masak sayur kampung. Banyak makanan saya tak pernah makan tapi sekarang saya dah cuba. Kalaulah saya tahu rasanya sedap dah lama saya makan........

10 comments:

cikmanggis said...

sedap zai..btol jika tak cuba tak tahu betapa sedapnya ulam-ulam seperti tu..cekur,daun pudina,bunga kunyit...sedap:)

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, ziarah sini jap.

kak Erna said...

salam zai..saya sampai sekarang tak makan ulam ulam tu..kecuali timun ...

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Betullah Kak ulam-ulaman ni sedap, nak2 kena dengan lauknya. Tapi
ulam temu x pernah ku temui lagi.

Ibu suka selasih siam & pucuk gajus buat cicah budu...best!!

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

ulam yang saya makan hanya jantung pisang aje ... itu pun mesti kena dengan sambal belacan.

lain tak boleh masuk.

Zaitun said...

cikmanggis

Ya... memang sedap rupanya,dulu takut nak makan konon pahitlah,lagi pun arwah mak tak pernah suruh mencuba.





LIPISLADY

Salam...terima kasih sudi singgah,nanti kak Zai kesana....

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...Cuba makan,sedap dan orang kata berkhasiat.





Ibu Sayang

Salam...Ha'ah sedap rasanya,Cuba cari kat pasar orang melayu jual sayur kampung mungkin ada.
kak Zai pun suka ulam pucuk gajus.







azrina .03.07

Salam Reen...cuba dulu,kak Zai pun dulu macam tu tapi sekarang dah suka.

ibuintan said...

bagus makan ulam ni, sedap tak semua pahit..
saya semua ulam suka, peria katak, daun kaduk, daum selom, pucuk pegaga dan macam-macam daun lagi..suka makan fresh, tak payah celur dulu

Zaitun said...

ibuintan

Elok kalau dibuat amalan, banyak khasiatnya.

fa*atip said...

fa panggil temu lawak. pernah makan masa lepas bersalin dulu.