Saturday, July 17, 2010

Lalai

Malam tadi dapat sms dari anak buat kat Ipoh....rumah mak masuk pencuri......
Cuba call kakak tak ada jawapan, call pula anak buah tadi busy line. Mundar mandir tak tahu nak buat apa, tengok tv pun mata aje yang pandang hati gundah gulana tak tahu apa cerita sebenar....

Cuba call sekali lagi, alhamdulillah dapat bercakap dengan anak buah, rupanya dia busy bercakap dengan polis yang mengendalikan kes maknya.

Ceritanya lepas asar mak dia kerumah kawan mungkin lupa nak kunci pintu, balik dekat waktu magrib bila masuk tengok rumah bersepah, almari terbuka, tengok handbag semuanya berterabur,bila diperiksa duit rm700.00, ic, barang kemas turut hilang dan yang paling bahaya 2 buah buku simpanannya turut hilang. Pencuri dah tahu dia punya banyak duit dalam simpanan....kakak dalam bahaya.

Menurut anak buah polis dah datang kerumah dan dia juga dah buat report. Malam tadi juga anak buah bawa maknya ke Ipoh, buat sementara tinggal dengan dia. Sekejap lagi saya akan kesana untuk mengetahui lebih lanjut........

15 comments:

kak Erna said...

salam zaitun....betul tindakan anaknya..semoga dia dapat bertenang dulu..baru boleh balik kerumah sendiri..
dan harap polis dapat selesaikan kes..
kat opis 2 kali masuk pencuri..beribu nilai barang yang hilang..heran tak de pun yang kena tangkap sampai sekarang.
zai..pasal buku simpanan..kena cepat2 pi bank..asb ke apa//kita kena batalkan cepat dan buat buku lain..risau juga tu..bila pencuri dah tau..kena ada yang teman nanti..tak boleh tinggal sorang..

Ku Tak Sempurna said...

ic pun diambilnya??

selalunya klu ic pun diambil, pencurinya dari seberang.. bukan org mesia.. wallahualam..

kena hati2 skrg ni.. takut plak

cikmanggis said...

salam zai..kena hati hati sekarang ni.Masa balik kampung hari tu mak dok bercerita rumah jiran dah dimasuki pencuri.Jika tak masuk tak sah jawabnya so adik lelaki cm pasangkan alarm untuk rumah mak.Hehe rasa lucu juga rumah kayu yang dah tua tu ada alarm...ada kalanya bila tikus melintas pun alarm berbunyi:)

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
Ish...takutnya dengar. Semoga Kakak Kak Zai dilindungi Allah dan takde apa2 bahaya berlanjutan dar kes ni ye.

ckLah said...

Syukur mak kak Zai tak diapa-apakan..

kakpah said...

alahai.. macam-macam. mesti lama tu dalam keadaan fobia..

Cik Yang said...

Salam! Zaitun, takut juga dengar cerita tu.. mereka nampak saja rumah kita tak berkunci .. itulah ada orang kalau tertangkap mereka dikerjanya sampai lembek baru hantar kat polis. Semoga semuanya dalam keadaan baik.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Kecurian berlaku di sana sini. Skrg ni rumah kunci lagu mana pun depa boleh pecah masuk jugak. Kita ni bimbang kalau nak tinggal rumah lama2. Rumah kakak pun baru 3 hari masuk pencuri. Tak dpt apa2 sebab duit, barang kemas mmg tak simpan di rumah, tp pintu rumah rosak setelah di kopak.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai,


sana sini kes mencuri.

Bahaya betul. Nasib baik kakak Kak Zai tak de di rumah..

Zaitun said...

kak Erna

Salam...sekarang memang banyak kes orang masuk rumah,kalau kunci pun mereka akan kopak pintu.
Monday anak buah akan uruskan pasal buku simpanan.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Nak cepat agaknya itu yang angkut apa yang ada dalam beg tu termasuk pasport pun hilang.
Memang kebanyakkan kes macam ni pelakunya orang seberang.

Zaitun said...

Cikmanggis

Salam cm...dah jadi trend kat negara kita kot,ramai sangat pendatang.
Elok juga ada alarm bila ada orang masuk rumah,alarm akan berbunyi tapi sekarang pencuri tahu macamana nak matikan sebelum mereka masuk.

Zaitun said...

lemongrass

Salam..mudah2an begitulah,buat masa ni kakak kak Zai tinggal dirumah anaknya.




ckLah

Alhamdulillah..bukan mak kak Zai tapi kakak.

Zaitun said...

kakpah

Salam kakpah...sekarang pun dia banyak termenung dan tak lalu makan.




Cik Yang

Salam...Kalau jumpa elok juga dikerjakan biar puas hati lepas tu baru bawa kebalai.
Harap2 begitulah.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...pencuri sekarang dah expert,macam2 cara dia orang boleh buat.
Syukur,nasib baik takde barang yang hilang.




azrina.03.07

Salam...syukur kakak tak ada kat rumah kalau tidak macam2 boleh berlaku.