Thursday, July 15, 2010

Grrrr.........

Jiran rumah saya buat renovation rumah buat kali kedua, bagus... cantik dipandang. Saya suka.... sikit pun tak rasa jealous... tapi marah sebab tak ada sopan santun atau yang seangkatan dengannya. Marah sebab hari2 saya terpaksa menyapu banyak batu dan pasir jatuh, lepas tu yang membuatkan lagi marah dinding dekat tangga saya berlubang boleh masuk 3 jari, nasib baik kat tangga kalau kat bilik boleh mengintai. Hubby jumpa tuan rumah dan kontraktor, boleh buat tak tahu aje sampailah siap rumahnya.

Masa buat renovation pertama dulu, bumbung rumah saya bocor mungkin terpijak masa membuat atap rumahnya, saya bagitahu pada kontraktor dia pun betulkan tapi ala kadar kalau hujan lebat air tetap meleleh. Tak ada maaf dari tuan rumah.


Nak sabar berapa kali agaknya?


Sebelum ni rumah saya dikelilingi pagar dawai dari saya sewakan 10 tahun sebelum kami tinggal disini. Pagar ni digunakan untuk menjemur segala benda yang dia rasa sesuai sampai rebeh, tak apalah nak buat macamana jiran ...sabar. Keliling rumah saya (rumah tepi) penuh dengan pokok2 bunga termasuklah ditempat dia menjemur segala benda. Bila pagar dawai tadi dah dia ganti dengan batu, pokok bunga saya tetap disitu sebab saya tak ganggu kawasan dia. Satu hari macam biasa saya menyiram pokok2 yang berada sederet dengan pagar batunya maka melentinglah si suami sebab air yang saya siram ke pokok tadi terkena ke basikal anaknya yang disandarkan ke pagar. Saya tak kisah kalau dia menegur dengan hemah tapi saya sangat2 terkejut sebab dia memaki hamun, perkataan kesat tak sepatutnya di tujukan pada seorang perempuan, dan saya rasa tak sepatutnya seseorang yang pangkal namanya ada RAJA bertutur sedemikai rupa. Tak kiralah kalau RAJA tu raja dulu atau sekarang ATAU pun RAJA BERSIONG......

Menangis saya ketika mendengarnya, beritahu hubby 2 hari lepas tu kami buat benteng, ada pula jiran lain yang menyangka kami mahu bermusuh. Sekarang tempat tu kami jadikan pond. Ada hikmahnya.....Tapi pernah terjadi satu pagi bila melawat halaman tengok semua ikan terapung atas air dan air didalamnya macam ada minyak, takdelah nak tuduh sesiapa tapi mistri juga sebab bila malam kami kunci gate takkan orang boleh masuk tak tahulah kalau memanjat, cuma yang boleh lakukan macamtu hanya mencurahkanya dari atas.

Raya tahun lepas pula habis semua daun pandan yang saya tanam dibelakang rumah berwarna oren, ini gara2 dia mengecat rumah....... sabar lagi.....

Agaknya apalah tindakkan yang perlu dibuat kalau dapat jiran yang macam ni, beli rumah lain atau .........SABAR LAGI.........

32 comments:

cikmanggis said...

salam zai..cm bersimpati dengan Zai.jika berjiran dengan org seperti itu amatlah sukar.Cm pernah alami tapi last sekali jiran berubah hati jadi baik...setelah dia mendidap penyakit kronik.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam zai,

Allahuakbar!

jiran sepatutnya menjadi saudara kita...kalau ikutkan 40 buah rumah sekeliling kita tu...tapi, kalau dah dapat jiran yang camni...ni panggil jiran ke jin! kak nab harap zai bersabar & berdoa kepada Allah SWT...percayalah suatu hari nanti dia akan memerlukan pertolongan zai & famili...

Zaitun said...

Salam cm,

Rumah pertama kami dulu dapat kunci terus duduk, jiran memang baik2 belaka macam dah jadi adik beradik,manakala rumah kami duduk sekarang ni selepas 10 tahun disewakan,dekat sikit dengan tempat kerja hubby.
Jiran ada yang ok tapi biasalah kita dianggap macam orang baru walaupun dah lama juga tinggal,ramai orang kita penghuninya.

Zaitun said...

Salam kak Nab

Memang begitulah sepatutnya,kalau kita memerlukan pertolongan jiran yang sampai dulu.
Harap2 berubahlah tapi susah juga kalau orang dah anggap diri dia dah kaya.

Kak Ezza@makcik blogger said...

jiran macam ni nak sabar pun kita yang sakit hati..so buat reverse saikoloji laa..

Kalau dia marah kan you..you jawap biar tepat kat muka dia..jangan nangis...kena kuat kan hati...jangan jerit jerit..dia cakap kuat kita balas lembut2...mati akal dia nanti...

or

Doa kan lh dia agar dia berubah...nak buat macam mana..tak kan kita nak pindah pulak...
macam macam perangai jiran akan kita hadapi...hadapi je laa...

zureen @ mama said...

Salam Kak Zai..susah juga bila dapat jiran begini..

kakpah said...

alahai siannya..
kakpah juga ada pengalaman begini. sebelum ini kakpah duduk rumah teres berjiran dengan seorang komposer lagu terkenal. bininya orang singapura. cukup berlagak. anak2 kakpah masa tu kecik2 dan memanglah nakal. dorang gunakan bahasa kesat menyindir2. maid kakpah dilarikannya dan dengan maid tu sendiri yang mengutuk2 kami dgan bahasa yang tak sedap didengar. Bila anak ramai, tentulah kain pun banyak. buat penyidai kat belakang rumah tak cukup. buat penyidai tambahan kat depan. satu tali rentang kat pagar depan. satu tali lagi ikat kat pagar yang dikongsi bersama. bila balik dari kerja tengok kain melambak kat atas simin sebab tali yang tersangkut kat pagar yang dikongsi tu dipotong. banyak lagi kalau nak cerita...
tapi nak jadikan cerita best, abah kakpah datang ke rumah dan terdengar dorang gunakan bahasa kesat untuk kami anak beranak. Abah cakap, jom... cari rumah lain.
dengahn pertolongan abah, kakpah beli rumah sekarang dan rumah itu kami sewakan. akhirnya dorang satu famili dihalau keluar sebab tak bayar sewa bulanan. (masa tu skim sewa beli). Padan muka..

ibuintan said...

salam zai,
itu satu lagi cubaan, dapat jiran yang amat menjengkelkan....betullah sabar juga ada batasnya, hanya dia saja yang nak menang dan kita pula jadi arang,.

fa*atip said...

Boringnya dapat jiran gini. Kita kalau boleh nak berbaik2 dgn jiran. Kadang2 boleh mendatangkan kebimbangan la kak Zai, sebab hati orang tak siapa yang tahu, bukan nak tuduh, tapi macam2 boleh jadi. Kalau pikir2 apalah faedahnya dok haruk neighbours dengan kata yang kasar2, hai, kalau Fa kan, mau naik hangin jugak! Tapi sabarlah kak zai, kita tolong doakan untuk dia, jangan tension sudah, nanti kita yang rugi......

JHaZKiTaRo said...

salam.. blog hopping.. kalau mau baca ttg Malta & other countries, jemput lompat ke blog hamba.. :)

Zaitun said...

Kak Ezza @ makchik blogger

Terus terang cakap saya tak pandai nak jawab kalau orang marah2 atau cakap kasar even dengan anak2 kalau dah letih bercakap akhirnya saya yang menangis dulu.Jalan terbaik buat dek ajelah, kalau Ezza nak tahu suaminya yang lebih sombong berbanding isterinya.

Zaitun said...

zureen @ mama

Salam, memang susah berjiran dengan orang macam ni,berlagak maklumlah keturunan raja.

Zaitun said...

kakpah

Dulu rumah ni kami sewakan, mulanya orang berkeluarga kemudian budak bujang.Masa nilah jiran saya ambik kesempatan gunakan laman sesuka hati mereka.Bila kami berpindah kesini mereka tak sebebas dulu mulalah cari pasal untuk menyakitkan hati orang.
Kami tak bercadang tinggal lama kat sini sebab hubby dah beli rumah ke 3(lebih selesa)di Lembah Beringin tapi dah nasib tak baik terbengkalai sampai kehari ini.Itulah sebabnya kami masih tinggal disini, kalau nak pindah semula kerumah lama,agak jauh dari tempat kerja hubby.

Zaitun said...

ibuintan

Nak sabar pun kadang2 dah tak tahan,tapi nak buat macamana.Jauh bezanya kalau dibandingkan dengan jiran rumah lama,kami macam adik beradik sampai sekarang masih ziarah menziarahi.

Zaitun said...

fa*atip

Serah pada Allah ajelah fa nak buat macamana tapi kak Zai tetap seronok sebab ada juga jiran2 yang lain suka berkawan dan ambil berat dengan kami.

Zaitun said...

JHaZKiTaRo

Salam...terima kasih sudi singgah.
Pernah jadi silent reader melalui link silversarina.

anie,Nagoya said...

salam kenal...
issh...geram pulak kita baca kes ni.kalo blh tk mau beli umah berteres..tapi itu jelah yg mmapu dibeli.betul tak??..takkan nak buat tembok cam cina tu lak..itu dah kes teruk..tapi jiran tu tk ada otk kot...?dah berjiran smpi bila nk sabar..?tapi kalo org yg bersabar..insyallah akan diblas..percayalah...

kak Erna said...

salam zai..saya baru 4 tahun tinggal dirumah sendiri..selama ni..lansong tak pernah merasa susah tinggal berjiran..sebabnya asek tinggal di kuaters..dari mula kawin dok kuaters..pindah ke mana pun kuaters juga..jadi tak de masalah..semua kenal ..kawan2 kerja dan jiran orang yang sama..
sekarng ni rumah sendiri..jiran pulak.."i...a"..cuma bising bila dia orang bergaduh suami isteri anak beranak je..tapi dengan kita baik..
sebelum pindah saya pun buat ubah suai sikit suami pergi kedua2 buah rumah jiran sebelah tu..minta maaf..kata nak ubah suai rumah..nanti bunyi bising,,berhabuk rumah dan sebagainya..dan kalau ada masalah ketika pengubahsuaian..minta jiran talipon kami...sampai macam tu suami buat..takut jiran tak selesa...ketika kerja2 dijalankan...

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Sbg jiran kita hanya boleh sembahyang hajat & doa mintak Allah lembutkan hati jiran2 kita. Kita x boleh bermusuh dgn jiran. Biar dia nak buat apa pd kita, lama2 Allah tunjuk jalan yg benar pd dia.Selagi kita bersabar...selagi itulah Allah kurniakan pahala kpd kita. InsyaAllah

Ku Tak Sempurna said...

mujur tak ada jiran mcm tu kat sini...

paling teruk pun, yg ber'angin' sikit.. sesuka hati nak senyum, sesuka hati nak masam.. time elok, kemain senyum melebar.. time tak elok, nak tgk muka dia pun kita takut. Tapi kira ok sgt2 berbanding jiran kak zai tu

takut sy dgn org macam tu.. hati2 ya kak zai

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam...terima kasih sudi singgah.
Buat masa ini rumah teres aje yang mampu,tinggal kat Kl tau ajelah harga rumah melambung tinggi,itu pun rumah ni dah lama beli.
Harap2 satu hari nanti dia akan berubah.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...Kalaulah dapat berjiran macam suami Erna seronok sangat,berbudi bahasa.Sebelum pindah kerumah ni saya buat renovation jadi bila dia tambah dapur pula dia gunakan dinding yang sedia ada,tak adalah nak ucap terima kasih ke apa ke,memang tak ada adat kot....

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...Itulah yang diharapkan semoga Allah lembutkan hatinya.Kak Zai dah malas nak layan buat tak tahu aje.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Kalau jiran macam tu boleh berkompromi,time dia elok kita layan bila dia moody kita buat tak nampak aje.
Insyaalah Allah berada bersama kita.

anymz said...

salam kenal jugak dari saya..terima kasih datang bertandang..mak oooii senput dada saya baca n3 chenggini pepagi nih....jiran kan..apalah daya kita,,huhu

AuntieYan said...

Salam Zai,

Selamat berkenal-kenal.

Jiran ni memang macam-macam. Alhamdulillah, kedua-dua jiran Auntie boleh dibawak berunding....setakat ni belum lah ada kes-kes besar...hak kecik-kecik tu tutup mata sajalah.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak.


Sampainye hati jiran akak tu.
Saya simpati pada akak.

Sabar ye kak.

Zaitun said...

anymz

Salam...Berserah ajelah nak buat macamana,semoga Allah lembutkan hatinya.

pB said...

salam Kak Zai



susah gak kan kalau dpt jiran macam nie....

Zaitun said...

Auntie Yan

Salam...Beruntung dapat jiran yang bertimbang rasa.kalau benda2 kecil kita pun tak ambil hal.

Zaitun said...

azrina.03.07

Salam...dah banyak sabarlah ni kalau ikutkan hati rasa nak jual aje rumah ni.

Zaitun said...

pB

Salam..ha'ah masaalah jugalah nak buat macamana.