Wednesday, July 28, 2010

Mewah Makan


Pagi semalam selepas makan nasi lemak (buat sendiri) makan pula buah2an yang hubby beli langsat, manggis, rambutan dan pisang. Selalu juga makan buah langsat tapi taklah sekali harung. Akhirnya menjelang tengahari perut mula memulas, tak lama saya pun jadi penghuni tandas tak tahu entah yang keberapa kali. Selalu kalau saya dapat penyakit ni ubat yang paling mujarab ialah teh pekat tanpa gula. Tak lama selepas minum teh dah kurang nak ketandas, disebabkan badan masih lemah saya bawa tidur.



Bila terjaga dari tidur rasa badan dah sihat sikit, masuk dapur ambil pisang dan bahan2 untuk membuat American Traditional Banana Bread, sebelum tu saya ada baca blog azrina, asal recepi watiermanlife.blogspot, terima kasih saya C&P ya. Senang sangat membuatnya tapi saya tak punya walnut jadinya bread saya tak ada kacang.




Malamnya kami terjah pula sate Haji Samuri tapi makan kat R&R Awan besar aje malas nak ke Kajang. Saya rasa sate dulu dan sekarang banyak sangat berbeza, kuahnya cair dan satenya semakin kecil. Bertahun2 kita jadi pelanggan tetap bukan semakin bertambah bagus tapi sebaliknya. Cuba tengok gambar kat atas tu nampak kecilkan. Saya ada terbaca tak ingat kat blog siapa, katanya orang Kajang dah ramai bertukar kedai kalau saya tak silap nama kedai tu sate Jamil bersebelahan dengan masjid Kajang. Lain kali kalau saya ke Kajang saya akan mencuba dikedai ni pula.

Petang tadi masih ada balance pisang saya pun mencuba pula Choch Chips Banana Muffin. Yang ni saya ambil dari blog lg tq..muffinnya tak berapa nak merekah.


17 comments:

Acik Erna said...

salam zaitun..hari rajin sedunia..rajin betul zai ari ni..masak2 ye...seronok baca..
macam saya hari sabtu dan ahad..kalau datang rajinnya cam tu la juga..janji ada yang makan.
terima kasih pada dunia blog kan..senang kita nak mencari resepi..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zaitun,

senang je kan kak buat kek pisang tu..


Boleh cuba kedai sate baru tu bila balik rumah mak nanti.

Abdul Munir Sanusi said...

Part sate saya agak menggigil. Saya ni agak hantu dikit dengan sate ni. keh3

ibundo said...

amboi... rajinnya ko main masak2 zai..
kakpah ni zai kalau makan macam2..gerenti perut jadi tak sedap dan terkejar2 ketandas. Sebab tu makan main cuit2 je.

sate sekarang secucuk je dah limaploh sen. memang kecik. kalau rajin buat sendiri je...

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Kalau ke Kejang nak jugaklah rasa sate Jamil tu, pernah dah tengok org ramai kat situ! Kita dtg dr jauh nak rasa sate HS x kalau dah x ada ommpp kita terus ke kedai Jamil lah nanti. (insyaAllah)

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...Kadang2 mood rajin datang berantu,ada masa malas makan kat kedai aje hehe..
Ha'ah semua ada kat internet.





azrina.03.07

Salam Reen...senang bangat...
Meh kita tukar selera mana tahu entah2 satenya lebeh ummph...

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Nanti kalau dr Munir balik Malaysia auntie belanja makan sate.

cikmanggis said...

salam zai..makan sakan nampak hehe.Selamat menyambut bulan puasa zai:)

Zaitun said...

kakpah

Tiba2 mood rajin datang...
kakpah...Saya memang suka buah2 kampung,orang tak ada dusun sesekali ada kat rumah lupa diri dibuatnya hehehe...
Sate sekarang dah 60 sen dah lama naik harga.





Ibu Sayang

Salam..Ooh...dah pernah nampak orang ramai kat kedai tu,lain kali kita cuba mana tahu kalau satenya lebih ummph.

AuntieYan said...

Salam Eton,

Meriah dengan makanan. Kalau rajin ke dapur macam tulah. Anak-anak tentu suka. Suami apa lagi kan??

Auntie ni, masa dulu pun rajin memasak, la ni, sejak usia meningkat dah malas....tukang makan pun dah tak ada, tinggal berdua saja....

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm..Pasal puasa dah dekatlah tu masak dan makan selagi boleh,lupa diri sekejap nasib baik tak teruk sakit perutnya hehehe...

Zaitun said...

Auntie Yan

Salam kak Yan..Kadang2 aje bila mood datang.
Memang kalau orang tak ada nak makan malas nak masak apa lagi kalau tinggal berdua tak berapa nak lalu dan tak meriah.

zureen @ mama said...

Salam Kak Zaitun..

Sedapnya manggis tu..dah lama tak makan..

Tirana said...

Wow...terliur tengok gambo makanan tu... Tiba2 perut rasa lapar...hehehe

FaAtip said...

mmmm...tengok satay, teringat satay Hj Samsuri ke apa ke, satay kajang tu, kak Zai....baru2 ni Silversarina bawak fa makan kat situ....**terliur la pulak!**

Chik Na said...

memang sate haji samuri skang dah x sesedap macam dulu.. ari tu sister in law cakap sate kat jln peel kajang pun sedap..

Anonymous said...

Sedapnya buah-buahan tu...
kek pisang dah pandai buat sendiri...
muffin buat memang x pernah merekah...
hehehe