Wednesday, June 30, 2010

Mangga Vs Ciku


setelah dihiris

Manis sesangat mangga yang ditanam dihadapan rumah, kebanyakkan jiran yang saya sedekahkah buah mangga ni mesti memuji kehalusan dan kemanisan buahnya. Pernah tumbang dek kerana terlalu lebat berbuah, mungkin masa tu akar tunjangnya belum berapa kuat tapi hubby and the geng sepakat menegakkan semula. Mereka memakukan kayu sebagai tongkat untuk ia hidup semula, akhirnya pokok mangga hidup dengan subur dan berbuah. Setiap kali berbuah sesiapa saja yang lalu akan menegur dan setiap orang yang lalu juga akan kami berikan selain kenalan2 yang lain.


TAPI

Saya juga pernah menanam pokok ciku tapi ada jiran yang kurang senang dengan pokoknya kononnya ciku tak elok ditanam dikawasan rumah. Menurut mereka syaitan atau pun lebih sedap dipanggil langsuir akan bergayot pada pokoknya, dan ada pula mengatakan kurang mendapat rezeki pada yang menanam...Mungkinkah....

Disebabkan mengikut kemahuan jiran pokok tersebut diberikan kepada seorang kawan yang tidak mempercayai semua benda karut, ternyata pokoknya berbuah lebat walaupun hanya ditanam didalam pasu. Kami pernah diberi rasa buahnya manis dan halus.

Sekali lagi kami menanam pokok ciku dikawasan rumah dan menampakkan hasil, ia berbuah dengan lebat, dan sekarang kami biarkan saja apa orang nak cakap pasal hantu. Sepanjang yang saya tahu belum sesiapa yang terjumpa hantu dikawasan rumah saya walaupun ada orang2 yang balik jauh malam.

Kesimpulannya semua pokok atau apa saja yang dijadikan Allah dimuka bumi ini tidak ada yang tak elok cuma manusia saja yang mereka cerita yang bukan2. Allahhualam..........

12 comments:

ibuintan said...

salam ..
terliur nengok mangga tu, mesti manis tu sebab masak di pokok..
nasib baik duk jauh kalau dekat mau rajin nyinggah...
takde mananya pantang larang tu tapi orang tua2 memang tak beri tanam pokok ciku dalam kawasan rumah, keluarga tak berkembang katanya..
wallahhualam

Ku Tak Sempurna said...

gulp... telan air liur


dua2 buah tu sy suka..

jiran kat lorong sebelah ada gak tnm pokok ciku depan rumah... ada gak dgr2 pasal pokok ciku ngan hantu ni.. tp tak tau betul ke tak

.
.

yg penting klu org bg, kita makan :D

Tirana said...

Dua jenis buah tu kegemaran saya..buah mempelam dan ciku. Dah lama tak makan buah ciku.

cikmanggis said...

salam zai..terliurnya nampak mangga ni....tu kepercayaan karut zai..jika tak ada dalah hadis & quraan jangan percaya...kenapa pulak hantu & syaitan nak bergayut kat pokok ciku ya...kenapa tak kat pokok durian hehe

zureen @ mama said...

Rumah zureen pun ada tanam ciku..Agak manis rasanya..

Baru firstime dengar pasal pantang larang tu..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,


emmm....kedua2 buah tu sedap & menyelerakan. Dulu di rumahpun ada pokok ciku, buah lebat gak tp dah tebang krn pembesaran rumah.

Nak jugak rasa buah mangga yg manis tu tp apakan daya..kita jauh di Trg...

Zaitun said...

Ibuintan

Salam,ha'ah memang sedap rasa buahnya.
Kalau orang dulu2 banyak pantang larangnya sebab mereka kurang ada pelajaran.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Pernah sesiapa jumpa tak?

Zaitun said...

Tirana

Kak Zai pun suka kedua2 buah tu sebab tu tanam.Kalau bukan musim dia harga mahal.

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm,Itulah kalau nak percaya pun tak logik lebih baik hantu tu bergayut dekat pokok yang lebih besar boleh ramai2 mengilai hehehe....

Zaitun said...

zureen @ mama

Zureen pernah jumpa hantu ke atau apa2 yang seangkatan dengannya tak?

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam,ada pernah jumpa hantu atau pernah tak rasa rezeki tak masuk?
Kalau musim berbuah datanglah.