Tuesday, July 20, 2010

Hukum Karma Atau Mistri

Ahad lepas jiran depan rumah saya buat kenduri kahwin buat kali ke3 tapi kali ke2 untuk anak yang sama, keliru agaknya....begini.... anak sulung perempuannya adalah seorang ibu tunggal berkahwin untuk kali kedua, kasihan sangat pada keluarga ni sebab benda yang sama berlaku pada mereka. Dengar dari jiran yang lain ( saya tak ada...ke Ipoh), hujan tersangatlah lebatnya masa hari kenduri berlangsung, tak ramai tetamu yang datang tapi memang dia tak jemput ramai orang macam pertama kali kenduri, kononnya kenduri kali ke2 untuk orang yang sama.

Pukul 2.30 baru dapat bersanding itu pun masih hujan tapi tak lebat sangat, lepas tu hujan boleh bersambung semula sampailah kepetang. Dengar cerita banyak makanan yang berlebih sama macam kenduri yang pertama cuma bezanya makanan kenduri dulu menjelang petang dah basi sebab ditimpa hujan, mereka menggunakan khidmat gotong royong maknanya masak sendiri.

Masa kenduri yang pertama dulu saya ada dan saya sendiri menyaksikan benda ni berlaku, hujan turun dengan lebat dari pukul 11 pagi sampai pukul 4 petang, pasang khemah sampai 13 buah, tetamu yang hadir boleh dikira dengan jari mungkin 3 khemah pun tak penuh, pelamin dan segala peralatan cantik tapi sayang tak ramai yang menyaksikannya. Yang lebih pelik cameraman professional dijemput tapi gambar tak ada satu pun menjadi, selepas tu kejadian ulat yang banyak masuk kedalam bilik pengantin(selepas beberapa bulan).Endingnya tak sampai setahun dah mula bermasaalah, sampai ketika melahirkan pun si ibu dan ayah yang menentukan. Si suami kadang2 ada tapi nak salahkan si suami tak boleh juga sebab si ibu perempuan tak berapa suka dengan menantu makanya menantu tak betah tinggal dengan mereka. Baru2 kahwin pernah tinggal dirumah sendiri tapi tak lama dan tak tahu kenapa, akhirnya kembali tinggal dengan mentua semula. Bila si suami tak ada si anak tadi hidup bersendirian tapi tak lama ada pula lelaki lain yang berdampingan dengan dia, si ibu suka katanya anak dia masih muda boleh buat kehidupan baru tapi masaalahnya anak dia masih isteri orang.

Bertahun tahun kehidupannya sebegitu dan akhirnya baru saja dia di ceraikan, baru habis edah dia pun melangsungkan perkahwinan minggu lepas.

Kadang2 kita tak baik ada pra sangka buruk pada orang lain sebab apa2 yang terjadi pada diri kita adalah diatas perbuatan kita sendiri. Percaya tak pada hukum karma...., ada orang percaya, ada yang tak percaya, masing2 buat andaian. Saya katakan begitu sebab jiran saya ni jenis yang suka sangat menggunakan khidmat bomoh. Apa2 saja yang terjadi walau demam sekali pun dia akan menuduh penyakit tu buatan orang. Untuk mengelak berlakunya benda2 yang aneh berlaku dia akan menggunakan khidmat bomoh, maka masa kenduri yang pertama dulu setiap malam akan ada bau kemeyan. Kenduri yang kedua pula dipasang tangkal, untuk apa semua ini bukankah lebih elok kalau buat sembahyang hajat supaya tidak ada apa2 yang berlaku dan serahkan pada Allah SWT, Dia lebih mengetahui dan kita sedia maklum Dia maha pemurah dan maha penyayang.Wallahualam.......

20 comments:

Ku Tak Sempurna said...

hujanlah yg selalunya digeruni klu org buat kenduri kahwin..

kalau buat kat dlm dewan , ok la kot...

Ibu pernah cerita mcm2 pasal tolak hujan masa kenduri laa.. guna bomoh nak elakkan malapetaka la... mcm2 yg org sggp lakukan.. tp sbnrnya berdoa pada-Nya adalah yg terbaik...

Mak Su said...

dalam dunia ni banyak perkara yang membuatkan kita berfikir dan terfikir.... untuk pelajaran kita. tq sudi berkongsi crita ni, peringatan :)

anymz said...

saya percaya pada hukum karma...tapi semua itu adalah dari kekurangan dan kealpaan diri kita sendiri..
hujan juga satu rahmat.
waktu adik saya kawin hujan turun dgn lebat...tapi sedikit pun tidak menjejaskan tetamu untuk hadir..
kehadiran tetamu juga dtg dari gerak hati..gerak hati yang baik datang dari Allah..
mekaseh atas peringatan ini..

kak Erna said...

zai..hukum karma seperti kata zai..tapi..zaman sekarang ni..kita boleh lihat..balasan atas apa yang kita lakukan..didunia lagi..

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Hujan memang rahmat tapi hujan juga boleh membuatkan suasana terjejas.
Kak zai juga ada dengar orang guna khidmat bomoh untuk tolak hujan ketempat lain.

Zaitun said...

Mak Su

Apa2 yang berlaku disekeliling,kita jadikan pelajaran dan pengajaran.

Zaitun said...

anymz

Rezeki masing2,kalau kita banyak lakukan yang baik2 Allah akan balas yang baik juga insyaallah.
Sama2...peringatan untuk kita bersama.

Zaitun said...

kak Erna

Dulu kalau orang buat salah selalunya orang akan cakap tunggu diakhirat nanti dapat balasan tapi dunia sekarang dah dekat kepenghujung,di dunia lagi dah diberi balasan.

Cik Yang said...

Salam!! Sedih juga ceritenya. Nasib masing2 tak dapat kita menolongnya kalau dah takdirnya begitu. Doakan semoga tak berlaku lagi perkara2 demikian, baik pada kita atau orang lain. Bye.

Zaitun said...

Cik Yang

Salam...Memang kasihan terutama ibu bapa dia nampak sangat sedihnya,,mudah2an dijauhkan segala2nya.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Peringatan untuk kita semua. Mudah-mudahan Allah lebih menyayangi kita.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...Insyaallah itulah yang kita harapkan.

zureen @ mama said...

Salam Kak Zaitun..kesian juga mendengarnya..Semoga baik-baik sahaja family tersebut..

Mungkin boleh dijadikan peringatan..thanks berkongsi cerita ini.

pB said...

lebih baik berdoa

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,

hujan itu rahmat tapi bila dah kena masa kenduri kahwin, jadi membazir pulak ..

Zaitun said...

zureen @ mama

Salam...kesian sebab terjadi 2 kali,harap2 begitulah.




pB

Ya,berdoa pada yang Satu.




azrina.03.07

Salam...terpulang pada nasib juga agaknya sebab kadang2 buat kenduri musim hujan tapi elok aje cuaca.

cikmanggis said...

Masa nak kenduri anak awal tahun hari tu risau macam-macam.maklumlah anak pertama kahwin tapi alhamdulillah.semuanya berjalan lancar.

kakpah said...

nak tolak hujan ni, buat sembahyang hajat. insyaAllah DIA tolong.

Zaitun said...

cikmanggis

Kalau buat kenduri cuacalah yang paling kita risaukan takut menjejaskan kedatangan tetamu.




kakpah

Betul kakpah,kita berserah pada yang Esa,insyaallah dia tolong.

AuntieYan said...

Salam Zai,

Kesian pulak dengan kisah ni. Semua ini jadi satu iktibar pada kita semua.Memang benar, ada orang sangat taksub dengan bomoh, sakit sikit je, jumpa bomoh.
Apa-apa yang berlaku adalah satu ketentuan Allah. Yang baik hanya dari DIA.