Tuesday, April 13, 2010

House Platter n Deco & Gift

My hubby ada urusan di Amcorp Mall, katanya kalau nak ikut boleh tapi sampai sana kena jalan sendiri2. Tempat tu memang saya suka boleh cuci mata, yeay... window shopping. Selepas dapat parking saya pun masuk dalam mall, masuk kedai keluar kedai, masuk lagi kali ni masuk kedai pakaian belek2 aje sebab baru semalam beli sehelai. Lepas tu masuk kedai yang menjual barangan cenderahati English Style. Angkat satu letak balik dalam hati kalau hari raya boleh juga beli, pikir punya pikir ambil juga 2 biji piring dan hanger hiasan dinding. Kalau sesiapa nak cari barang2 gift English Stlye berkunjunglah ke kedai Romantika yang berada di ground floor, Amcorp Mall harganya memang murah2.

Romantika (t'tinggal huruf ika nya)


Lepas tu jalan lagi tuju pula kedai yang jual pinggan mangkuk, kedai ni ada ditingkat 2. Dulu kalau saya nak tengok pinggan mangkuk yang ada brand kena pergi Sogo, seronok sangat kalau dapat beli walaupun yang kecil. Saya tengok satu casserole rectangle memang dah lama teringin , dulu tengok kat Ikea harganya mahal sangat, tanya kat salesgirl katanya harga kebanyakkan pinggan 50% sebab kedai nak pindah ke Damasara. Dengar harga murah apa lagi satu demi satu saya letak kat kaunter. Masa ni my Hubby dah habis urusan terus datang selepas saya bagi tau saya ada kat mana. Selepas urusan pembelian selesai saya dan hubby pun balik rumah.







10 comments:

lemongrass said...

Kak Zai,
salam. I kan paling suka bila hubby kata, 'you pergilah shopping while I buat kerja ye', hehehehe

Zaitun said...

lemongrass

W'salam,

Seronokkan pergi sorang2 tambah lagi kalau bagi permission guna duit plastik he3...

syamimi azmira said...

hari-hari pergi shopping.ini tidak adil.....!!!

orang kat melaka kepanasan.uwaaaa :( ada beli apa2 untuk akak tal?

azieazah said...

Ya, minggu lepas saya baca kat blog sorang kawan ACIK @ MY LIFE My WORLD.. dia pun beli pinggan yang murah2 kat kedai tu...


tingin nak melawat gak...

Ibu Sayang said...

Kak Zai,

Wah cantik rumah kak zai nanti dengan perhiasan baru. Mangkuk tu boleh bubuh sayur lemak telur tebu ya!!! hehehe

Ibu n Abah said...

kak zai,
saya belum pernah jejak kaki kesini... nantilah rajin2 saya cuba reeky...

Zaitun said...

syamimi azmira,

Hee... Ganti masa baba tak ada kat rumah.
Akak balik boleh ulang shopping,bocorlah poket...

Zaitun said...

azieazah,

Memang pinggan mangkuknya murah sebab nak habiskan stock bulan Mei kedainya nak berpindah ke Damansara.

Azie kena cepat, beli untuk raya.




Ibu Sayang ,

Mangkuk tu serba guna boleh masuk dalam oven dan sebagainya.Masakkan yang jarang jumpa macam gulai telur tebu bubuh pula dalam mangkuk cantik tentu bertambah sedap nyum-nyum.

Zaitun said...

Ibu n Abah

Pergilah sekali jalan2 kalau Rahmah suka hiasan dan bunga harganya lebih murah kalau dibandingkan tempat lain.

Kalau pergi weekend ada jual barang antik tapi crowd sikit ramai orang.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zai...bestnyaaaa kalaulah cik hubby saya pun kata cam gitu bila bawa ke shopping mall....

Apa-apa pun saya sangat teruja nak menjenguk ke kedai platter tu..macam bestttt jeeeee..he he he