Saturday, July 24, 2010
Operasi Kolam
Hari ni dari pagi sampai ke tengahari saya dan hubby mencuci kolam ikan, dah agak lama tak dicuci banyak lumut yang hidup nasib baiklah ikan2 kat dalam kolam tu masih hidup. Rupanya bila lumut dah sebati susah betul nak mencucinya, mula berus dengan berus plastik tak berapa bersih cuba pula berus dawai baru berkesan.
Bila dah siap nampak cantik pula macam baru beli, kayunya pun masih kuat, kena tunggu kering nasib baik petang tadi panas, kering semuanya dan besok boleh teruskan operasi mengecat pula.Tugas besok mengecat lepas tu pasangkan semula pagar dan dindingnya , baru ikan2 dimasukkan semula. Hubby pula bercadang untuk mengalih kolam ketempat lain, katanya jemu ditempat yang sama dan dia bercadang nak membina pagola ditempat kolam tempohari.
Seronok juga kalau ada tempat lepak2, kalau nak tunggu rumah besar entah bilalah nak merasa, syukurlah ada rumah teres nasib baik juga rumah tepi, adalah sedikit kawasan untuk rehat2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Kak Zai bela ikan apa dalam kolam tu?
Salam kak Zai,
Bila ada pegola nanti tentu cantik kolam Kak Zai
Teringin juga nak bela kolam ,tentu seronok..
salam..
saya pun suka bela ikan..tengah tunggu rumah siap..tahun depan kot..ada tanah tepi bolehlah membela.best kan tgk ikan2 tu merewang..
salam zai..operasi awal nak sambut raya ni..mulakan bersih kolam ikan dulu ye..
Tirana
Kak Zai pun tak tahu nama ikan2 tu tapi warnanya ada oren, putih, hitam tapi bukan ikan emas.Ekor dan siripnya panjang memang cantik.
Ibu Sayang
Salam...insyaallah tapi tak tahu bila nak buatnya.
zureen @ mama
Kalau ada kolam ikan fikiran kita boleh jadi tenang bila tengok ikan2 berenang2.
ieda
Salam...Kalau pindah rumah baru macam2 boleh buat,selain kolam ikan,pagola,boleh juga buat gazebo.
Kak Erna
Salam...Ha'ah dulukan operasi kolam ikan sebab kolam tu kat luar,kerja2 yang dalam rumah bila2 boleh buat.
nanti dah siap ambik gambar kolam tu, nak tengok! hehe
amboi pembersihan sempena raya ke nih..hehe
fa*atip
Insyaallah,boleh aje.
anymz
Begitulah,puasa dah dekat.
Saya bab-bab ikan memang fail. Sedih. Semua abang saya kaki pancing, tapi apakan daya saya tercampak di Jordan. Tak dapat nak ikut hobi diorang.
Abdul Munir Sanusi
Salam Munir....kalau bab2 ikan fail takpe,tapi bila balik dari Jordan nanti masa merawat pesakit jangan fail....
rajin zai bela ikan,kata orang bagus bela ikan ni sb dapat tenangkan fikiran.... bila pandang ikan berenang-renang tu rasa satu kepuasan tambahan jika ikan yang cantik-cantik..tak puas pandang:)
cantik kak. saya dok idamkan dpt rumah teres supaya paksu chot ada xtvt perkayuan, mmg minat dia ke arah itu. buat masa ni kitorang dok lepak kat umah flat, huhuhu
cikmanggis
Selalu hubby yang jaga ikan2 ni kadang2 aje saya bagi makan.Saya suka laman yang ada unsur air kalau ikut adat orang cina feng shui(betul ke).
Mak Su
Beruntung paksu chot ada kemahiran perkayuan,boleh buat macam2.Insyaallah nanti adalah rezeki.
Pergh, pedas gila ayat. Kena rajin lebih ni untuk tahun akhir. Heh.
kak zai, nanti tunjuk ye kolam ikan tu, tak tergambar macam mana la, cadang juga nak buat kolam untuk ikan kaloi yang dah besar tu
Post a Comment