.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari Sabtu pula kami menghadiri kenduri kahwin anak jiran lama saya di Taman Keramat. Setelah makan kami minta diri sebab ada satu lagi kenduri di Damansara. Di sini kami agak lama sebab bapa kepada pengantin adalah kawan hubby masa sama2 menuntut di Uk dulu, makanya ramailah geng2 yang dah lama tak ditemui, macam reunion pula. Dapatlah jumpa dengan penyanyi Suhaimi Mior Hassan (lagu famous... Epilog cinta dari Bromley) tapi dia junior sikit dari hubby. Bila dah berkumpul keluarlah cerita2 mereka semasa belajar, ada yang in love dengan awek omputih dan macam2 lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari Ahad pula kami mengahadiri kenduri kahwin anak kawan hubby di Selangor Club Shah Alam. Ramai tetamunya dan yang best makanan sedap2 belaka. Habis makan kami terus Ke Melaka sebab nak menghantar anak balik ke kampus. Sempat singgah di Jusco sebab nak beli sedikit barang untuk buat bekalan anak. Dah dekat mangrib kami ke Mydin pula, selepas solat kami terjah pula Chicken Radix. Nak mencuba kfc ala2 islamik tapi bagi saya tak berapa sedap mungkin sebab dah biasa makan kfc. Selalu kalau lalu dekat dengan kedai kfc aromanya dah kita rasa dari jauh tapi tidak di chicken radix. Dah lah ayamnya kecil, rasa pun kurang. Mungkin selera masing2 berbeza..
19 comments:
oh zai dah sampai Saba ya?makanan sedap tapi ramai sangat pelanggan,terpaksa berdiri tunggu meja kosong.Laku betul.
Kalau hari-hari makan nasi arab, entah-entah badan jadi macam badan orang arab tak...hehehe..
Salam Kak Zai,
Sedap nampak makanan di Restoran Saba tu, kalau dpt pergi Cyberjaya naklah rasa nanti.huhuhu
erm.. yum, yum.
lepas ni kena menahan godaan la pula...
godaan berpuasa dan godaan masa nak berbuka.. hehehe
cikmanggis
Memang sedap,nasinya lembutkan ayam pula besar.
Orang luar pun ramai yang datang,sanggup tunggu.
Tirana
Kebanyakkan badan mereka besar2 mungkin dipengaruhi makanan yang diorang makan,quntity banyak.
Ibu Sayang
Salam...memang sedap datanglah cuba,ada juga tempat lain kak Zai dah cuba tapi yang ni lebih sedap.
fa10
Sebab tulah kak Zai terjah sebelum puasa,nanti takde teringat2 hehehe....
salam zai..restoren saba tu..melayu ke..arab ke...kat seremban ada satu kedai..nasi arab damsyik itu pun..saya dah rasa sedap..
kat tempat lain belum pernah cuba nasi arab nya..
kak Erna
Salam Erna...rasanya restoren arab walaupun pekerjanya ramai orang melayu.Memang sedap sebab dah cuba banyak tempat.
Auntie, macam denagn harga dia. Okeh ke? Saya paling minat nasi Mandi berlaukkan daging. Hoho!
p/s-Apa auntie pergi Majlis kahwin dekat Kelab Selangor. Macam kenduri kawan saya je. Nama dia Marwan Hadiid Nazaruddin kan? Pasanggannya Hanisa. Kan kan auntie?
Abdul Munir Sanusi
Harga makanannya belas2 Rm tapi kalau kabsah chicken rice cuma rm10 saja.Kat restoren ni tak ada nasi mandi.
Nama pengantin yang autie pergi tu Diana bt Mohd Yusoff dan pasangannya Saiza bin hj Sukis.
Salam Kak,
amboi...makan sesaje.
semua nampak sedap..
lama tak makan nasi arab di bangi.
lagi nak smpi bulan puasa, lg la teringin nak mkn macam2.. haaaiihh.. camane ni..
:D
tak pernah cuba RFC lagi... ada org kata sedap..
Azrina.03.07
Salam Reen...makan menyambut puasa hehehe...
Cubalah kat Restoren Saba,nasinya sedap.
Ku Tak Sempurna
Dugaan,belum puasa dah meriah nak makan macam2.
Selera masing2.
aduhai, bukak rumah sana, nasi arab, bukak rumah sini pun nasi arab...ya habibi ya maulaaaana....annna sudhah kemfunan laaa....heheee...
Salam Eton,
Wah!, nampaknya berpesta makan...sana sini, makan, makan dan makan.
Auntie belum le pernah sampai ke restoren Arab tu....tengokkan makanan nya tentulah mahal...
cuba mengawal makan .... tapi pantang ade yang sedap belasah
habis !
Post a Comment