Kaget memang kaget..... tak mungkin.....semalam kami anak beranak dapat berita yang tak sedap didengar luluh hati saya dibuatnya, cepat2 suruh hubby call anak yang tinggal di Uk, apa dah jadi....
Talipon tak dijawab......dah dekat maghrib hubby terus kemasjid, sempat saya berpesan jangan lupa.... doa yang terbaik buat anak.....rasa nak nangis....
Pukul 8.30 talipon berbunyi terus angkat...ya anak kami on line, tanya bertubi2, rumours...katanya kalau tak percaya dia ada kat sebelah, mana mungkin kalau berita tu benar masih tinggal serumah. Lepas tu saya dapat bercakap dengan menantu...lega dapat dengar suaranya yang manja walaupun badannya besar tapi suara dia membuatkan saya cair (kata orang sekarang). Bagai nak gila kita memikirkan perkara tu mereka sedap2 gelak. Apa2 pun saya bersyukur mereka masih bahagia. Hubby balik dari masjid terus cerita...lega.....
Setiap ibu bapa pasti inginkan kebahagian anak2 walau siapa pun pilihan mereka, kebahagian anak, kebahagian ibubapa juga.......
19 comments:
kak zai, drp mana pulak rumours tu datang? ishh...boleh tak lelap tidur nanti.
Rumors selalu membuatkan kita jadi tak menentu lebih2 lagi melibatkan orang yang kita sayang..
rumours memang menyebabkan kita tak tenang dibuatnya..
semoga anak akak bahagia sehingga kehujung nyawa..
rumors yang mendebarkan ye kak..minta dijauhkan semoga anak2 akak bahagia selamanya, kita ibubapa hanya mendoakan yang terbaik kan buat mereka
alhamdulillah syukur..sebagai ibu kita berkongsi perasaan keibuan yang sama.
Salam Kak Zai,
Alhamdulillah, semoga anak & menantu Kak Zai bahagia sampai bila-bila...
zai..alhamdulillah..kita ibu bapa ni..macamtulah..sakit anak..sakit la kita..derita ..bahagia anak..derita bahagia kita juga...
fa*atip
Angin dari keluarga juga,bertengkar biasalah asam garam suami isteri tapi taklah sampai macamtu sekali,memang risau dibuatnya.
Tirana
Memang kalut dibuatnya tambahan anak dan menantu kak zai jauh diperantauan.
azrina 03.07
Nama pun rumours,terima kasih atas doa.
ibuintan
Harap2 kekal sampai hujung dunia dan sebagai ibu itulah tugas kita mendoakan yang terbaik untuk anak2.
cikmanggis
Kalau dah bermenantu sayangnya sama macam sayang anak,tak ada beza.Jangan ada apa2 yang tak elok berlaku.
Ibu sayang
Salam,terima kasih atas doa ibu sayang.
Kak Erna
Memang pun apa aje yang berlaku pada anak kita,ibubapalah yang bersusah payah,sanggup buat apa aje asal anak2 bahagia.
khabar angin mmg cepat tersebar..... laju mcm angin kaaan..
alhamdulillah... semua dah ok skrg?? :D
ouhh.... naper kak? harapnya semuanya baik2 sahaja
Auntie, orang kita (sila baca orang melayu, auntie) memang bijak kalau bab-bab buat cerita. Orang kata apa, hiperbola!
So, kena jaga-jaga kadang.
Syukur !!! Segalanya selamat~~ terima kasih ziarah saya.
Ku Tak Sempurna
Macam tu lah dah adat,syukur dia orang ok aje.
Mak Su
Resam suami isteri sedangkan lidah lagi tergigit,tapi taklah menjejaskan,alhamdulillah ok.
Abdul Munir Sanusi
Biasalah orang kita memang suka tokok tambah,suka tengok orang tak bahagia.Alhamdulillah anak menantu auntie ok.
Cik Yang
Salam,karenah anak2 walau dah besar mana sekali pun ibubapa kena pantau.
Alhamdulillah semuanya tak de apa-apa.. harapnya rumours yg tak sedap didengar ni tak akan terjadilah hendaknya
Chik Na
Salam,terima kasih,harap2 begitulah.
Post a Comment