Thursday, May 20, 2010

Melancung

Seronoknya adik saya baru aje balik dari New York dan kemboja, minggu depan hari khamis dah nak ke New Zealand dan Australia pula tapi atas urusan bekerja. walaupun urusan bekerja masih ada waktu untuk jalan2 dan shopping. Rasanya sejak dia memegang jawatan ni banyak negara telah dilawati dan ada yang berulang 2 atau 3 kali. Dalam sebulan hanya beberapa hari saja dia bersama keluarga mengalahkan kerja pilot(bak kata lg).

Selalunya kalau dia keluar negara mesti ada membawa buah tangan untuk adik beradik, anak2 saudara dan saya yang paling untung sebab fridge magnet saya akan bertambah dari masa kesemasa. Kalaulah fridge saya dah penuh dengan fm tu mungkin terpaksa membeli sebuah fridge lagi tapi apa saya nak isikan. Penghuni dalam rumah ni pun yang tetap ada 3 orang itu pun kadang2 keoutstation, takkan nak beli fridge hanya untuk nak tampal fm.

Adik dengan mak mertuanya berlumba2 pergi keluar negara tapi mak mertuanya adalah warga emas yang suka melancung. Setiap kali balik dapat habuan juga, siapa lagi dia nak bagi anak cuma 2 orang, satu menetap di US berkahwin dengan matsaleh, dan yang bongsu isteri kepada adik saya. Kalau ke Mekah tak tahu dah berapa kali dia pergi seronok betul kehidupannya tapi kadang2 dia sunyi juga sebab hanya tinggal dengan pembantu, suami dah lama pergi.

Mungkinkah satu hari saya juga macam mereka melancung kesetiap pelusuk negara tapi kalau boleh biarlah bersama my hubby. Macam mat saleh dah tua2 melancung bersama2 romantik aje walau pun umur dah dihujung dunia.

16 comments:

cikmanggis said...

salam zai..cm pun terfikir cam zai jugak.Bila suami dah pencen tak lama lagi dapat jalan-jalan..masa muda sibuk bekerja dan anak-anak masih keci...tapi yang pentingnya kita sihat kan zai...semoga kita dapat menghabiskan sisa-sisa umur kita dengan badan yang sihat .Sama-sama lah kita berdoa.

azieazah said...

Samalah kita. Saya sendiri pun sangat berhasrat begitu..

Simpan duit banyak-banyak, nanti round satu Malaya dan satu dunia... Best, kan?

Abdul Munir Sanusi said...

Travel apa yang tak best nyeh!

p/s-Sori auntie. Nak final exam. Tu pasal agak busy.

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
Mak saya suka sgt2 melancung tapi Abah saya pulak yg tak suka. Kesian kat Mak saya tu sbb dia envious tengok adik beradik asik jalan2 pergi luar negeri tapi dia tak dapat ikut sama sbb tak kan nak tinggalkan Abah saya sorang2 kat kampung kan....
I pun memang wish nak ronda2 dunia bila dah tua nanti dgn hubby, hehehe...

FaAtip said...

kita plan nak travel naik motor besarrrr...pastu kena la selalu singgah R&R sebab nak sapu minyak panas...sakit pinggang, sakit lutut!!! hahaha...

ibundo said...

salam. seronoknya dapat melancong sana sini. kakpah dah tua-tua ni phobia plak naik kapalterbang.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,


Weii!! seronoknya dpt melancung sokmo...best tu!!!! saya tak lepas lagi buat masa ini, tunggu anak2 lepas dulu, bila dah tinggal berdua tu baru boleh jalan2.

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm

Harap2 begitulah sihat badan dan ada ongkosnya.kalau dah melancong mesti nak shopping, tak sah tanpa ole2 hehehe..





azieazah

Mudah2an tercapai,kita round the world tapi bukan in 80 days.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Ha'ah semua pun bestkan tak kira jauh ke dekat asal melancong.

Musim exam,anak auntie pun baru habis sekarang tengah cuti sem.






lemongrass

salam lg

Laa kasihannya,dia tak mahu abaikan tanggung jawab dia lagi pun kalau melancong sorang2 tak bestkan asyik teringat dengan suami dirumah.

Sama2 kita doa agar tercapai.

Zaitun said...

fa*atip

Jangan lupa isikan dalam handbag segala minyak panas dan koyok bila singgah kat R&R sama2 tolong gosok dan tampal menampal hehehe......






kakpah

Salam kakpah

Saya pun gitu juga tapi bila dah masuk dalam kapal terbang hilang segala phobia.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Melancong dengan anak2 seronok juga tapi kalau berdua2an lebih manisnya hehehe....

ckLah @xiiinam said...

Wah...jauh perjalanan tu...luas juga pengalamannya..

CikguZue said...

Sekarang ni alhamdulillah, tak perlu tunggu hari tua, dah diberi rezeki dan masa tuk melancong2. Dah dekat,kan. Tak jalan2 masa ni macam rugi je. Cuma ongkos je kena cari lebih sikit.

Zaitun said...

xiiinam

Rezeki adik,dulu masa kecik tak pernah pergi luar negara sekarang baru nak merasa itu pun atas urusan kerja.

Zaitun said...

Cikgu Zue

Kak Zai pun teringin nak ke UK lagi tambah anak pun ada kat sana. Tapi hubby kata nak ke Mekah dulu walaupun dah pernah buat umrah tapi kali ni nak buat haji pula.

Cikgu Yang said...

Salam!! Best ceritanyer tu!! Saya pun teringin nak melancong rata2 dunia, kalau dapatlah. Tak dapat nak kata apa!! Cari duit banyak2 nanti dah tua bolehlah melancong he he he!!
p/s Baguslah you nih.. behenti kerja kerana anak.. besar betul pengorbanan emak mereka.. tentu mereka seronok sekali. Dulu anak saya, bila orang tanya dia apa hadiah yang minta... jawabnya nak suruh mak berhenti kerja.. tapi saya terus kerja, sebab tak cukup pendapatan kalau tak kerja. Sekarang dia dah dapat anak.. disuruhnya isterinya berhenti kerja. Syukur!! itulah cita2nya.