Monday, May 3, 2010

Kahwin, Makan. Baca buku. Tidur



Wahida & Hairoisyam


Sunday pagi selepas breakfast terus bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan anak jiran lama. Sebelum sampai kerumah pengantin saya pergi kekampus dulu ambil akak sebab nak bawa dia sekali. Dari kampus takdelah jauh sangat tempatnya di kg.Pulai, Merlimau. Sampai pukul 1.30 pengantin dah ada dimeja makan, rupanya mereka bersanding awal saya jangkakan time saya datang tu sempatlah nak tengok bersanding tapi hampa aje takpelah janji dapat tengok pengantin.

Dulu masa Wahida (pengantin) dan kakaknya Munira cukup rapat dengan saya dan hubby selalu ikut kami kalau pergi kemana2. Masa Munira kahwin kami tak dapat datang, begitu juga dengan 3 orang abang2nya. Ayahnya kami panggil Tok Perak sebab dia berasal dari Perak, maknya kak Mon berasal dari Singapore. Setelah bersara mereka buat rumah di Melaka sebab neneknya berasal dari sini. Kami pernah putus hubungan beberapa waktu dan selepas kami tahu mereka berpindah ke Melaka kami cuba jejaki, akhirnya jumpa semula.

Kak Mon pernah mengajar saya mengait dan saya pernah buat satu set chairback hasil dari kerjatangan sendiri. Bab masak pun kak Mon ajar tambahan pula kak Mon memang pakar dalam masakkan. Seingat saya kebanyakkan kawan2 dari Singapore memang pandai masak dan satu lagi mereka cukup fasih berbahasa Inggeris. Anak jiran saya dikampung belajar di sekolah agama berkahwin dengan abang S. Sahlan(pelakon) pandai memasak dan pandai bahasa Inggeris.

Berbalik pada kenduri tadi sampai saja kami terus makan lepas tu sembang2 sekejap dan tak lama kami pun minta diri. Kami terpaksa balik awal sebab nak hantar akak cepat sebab hari ni dia ada exam. Sebelum balik saya diperkenalkan Tok Perak dengan orang kampong saya yang dah berpuluh tahun tak jumpa berkahwin dengan sepupunya. Walau pun agak awal kami keluar dari Melaka tapi kami lama di R&R Seremban sebab my hubby nak berehat. Selepas solat asar saya dan adik makan yong tow foo, my hubby pula tidur dalam kereta. Dah puas tidur my hubby pergi minum lepas tu kami meneruskan perjalanan. Sampai rumah sebelum maghrib.

Malamnya saya baca buku, adik tengok anugerah puaslah dia mengajak saya tapi saya tak berapa minat sebab saya tak suka tengok segelintir artis kita yang ter over dari segi macam2. Tapi part artis Zee-Avi dari awal sampai habis dia nyanyi saya tengok, best memang berbakat dan menghiburkan. Jangan pula ada yang marah saya tegur artis kita, itu pandangan saya....



Zee Avi


Malamnya tidur lena sebab penat sangat...

13 comments:

Ibu n Abah said...

kak zai,
sekarang ni kita memang dah sampai peringkat.." dulu budak tu kecik lagi.. tau-tau mak dia dah mengajak kenduri kawin...".
Kg Pulai Merlimau tu dah dekat dengan rumah bapa mertua saya di umbai...

azieazah said...

Walimatulurus ni kalu kita pergi memang best, sbb itu masa yg paling ramai saudara dan kawan2 lama berkumpul..

Saya langsung tak tengok AIM tu, sbb layan bola. Berbaloi sebab Chelsea menang.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Seronok dpt jumpa semula jiran lama. Harap kak Zai teruskan menjejaki lain2 jiran.Mana tau kot2boleh dijadikan menantu..hehehe

Satu lagi, kalau mengantuk dan penat eloklah berhenti dan berehat.

silversarina said...

Cantik pasaangan pengantin , sama padan dan warnanya amat ceria ,saya suka .

Kenduri kawin memang best sebab masa tulah dapat bertemu ramai orang dan sedikit sebanyak dapat bertegur sapa, bertanya khabar .

aintsuperwoman said...

cantik pulak baju pengantin pompuan tu, merah dan hitam, naik warnanya... anak pompuan kita lambatttttt lagi! hmmm....

Zaitun said...

Ibu n Abah

Iya lah dulu mereka kecik2 sekarang ni dah beranak pinak baru tersedar kita ni dah berumur.





azieazah

Masa kenduri ramai saudara dan kenalan dijemput masa tu lah berkumpul kalau tak masing2 sibuk dengan urusan.






Ibu Sayang

W'salam

Jiran lama dah jadi macam keluarga, ada perasaan sayang dan rindu kalau dah lama tak jumpa.

Menantu? zaman sekarang anak2 mencari sendiri teman hidup, tak kena citarasa mereka kalu kita yang cari.

Zaitun said...

silversarina


Haaa....kalau begitu boleh jadikan panduan.Rina kan ada 2 orang anak perempuan yang dah boleh ehem2...dan tak lama lagi habis belajar,so jangan tunggu lama2...





aintsuperwoman

Fa pun pekenan juga,takpe anak lelaki pun boleh juga tak payah tunggu anak perempuan...

Ku Tak Sempurna said...

pasangan pengantin yg sama cantik sama padan, sesuai dgn warna tema, merah


.
.

oooo... akak minat zee avi rupanya... :D

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

memang cantik pengantinnya putih melepak.

Haah...ZeeAvi nyanyi selamba aje.

kakpah said...

salam. Makan2.. pastu tidur. Tu satu aktiviti yang menyehatkan hehe..

Kalau pegi kenduri kawin ni lepas makan, tak boleh tunggu lama2. nak berbual dengan tuan rumah pun, tuan rumah sibuk.

fa10 said...

dah lama x menghadiri kenduri kahwin, rindu nak tengok wajah2 pengantin yang disolek cantik

Zaitun said...

kakpah

W'salam hajah,

Badan pun naik macam kuih apom hihihik...

Tetamu haruslah faham, masa tu tuan rumah nak layan tetamu dia yang datang silih berganti.





f10

Mungkin dah lama tak balik Malaysia ya, Takpelah bila ada masa nanti boleh tengok.

Anonymous said...

Nak tanya, anak jiran u yg tu sape ye yg kawen dgn pakcik i s.sahlan? Saya anak saudara dia. Father i dgn uncle saya s.sahlan adik beradik...