Saturday, May 15, 2010

Tanaman Ku

Hari ini peluh yang dah berapa lama tersimpan habis keluar. Berkebun ...ya saya berkebun hari ini, lama betul saya tak merawat dan membaja pokok2 yang ada disekeliling rumah. Walaun pun begitu pokok2 tetap subur dan bunga orkid banyak yang berbunga.

Selalu setiap 2 minggu tugas yang wajib saya lakukan ialah membuang kiambang yang terlalu banyak hidup di dalam kolam, kalau dibiarkan takut ikan yang ada didalam tak cukup udara. Dulu masa mula2 saya membeli kiambang tokey nursery tu jual rm1 untuk satu , saya minta 2 tapi dia tetap dengan harga yang sama, padahal punyalah senang kiambang membiak. Kiambang ni ada 2 jenis satu macam kobis daunnya bulat berlapis2 dan satu lagi daunnya panjang2 sedikit.


Kalau ikutkan 2 atau 3 hari pun belum tentu siap untuk mengerjakan pokok2 yang saya ada, terlalu banyak mana nak dicantas, cabut rumput, membaja dan kadang2 mengalih pasu haaa...kalau buat kerja ni mesti minta bantuan, siapa lagi mangsanya kalau bukan hubby dan anak2. Dah habis kerja kena rasuah beb.... ada suara2 yang minta belanja makan kat sini, situ, sinun, nasibla kan... nak buat sorang2 tak larat, tulang dah mula reput.


Masa lampau ketika ada Kim(arnab saya) bila saya berkebun dialah yang paling sibuk lari sana lari sini masuk dalam pasu yang saya pegang tapi itu hanya tinggal kenangan. Kim dah pergi tak tahu sama ada hidup atau pun mati.





2 jenis kiambang


pucuk muda, yg tua lentok ke bawah


sebelah kiri pegaga jepun hidup subur




20 comments:

azieazah said...

Ohh cantiknyer orkid tu Kak ZAI... Seronok, mendamaikan. Saya minat bunga, tengok jer, tanam memang tak pandai.

Agaknya perlu dicari pengganti KIM tuh?

Abdul Munir Sanusi said...

Wo. macam besat taman bunga auntie!

Gardening is good for healthy. Bagus auntie amalkan kehidupan yang sihat

kak Erna said...

salam zai..banyaknya tanaman kak rumah..seronok kan..bila keluar peluh.dengan membuat kerja2 yang kita suka..

Zaitun said...

azieazah

Pokok orkid jenis tanaman manja sikit, nak selalu dirawat dan dibaja. Kadang2 pokok orkid kak Zai pun ada yang lambat berbunga ikut musim tuan dia rajin.

Rasa malas dah nak jaga pet sebab setiap kali kak Zai pelihara mesti tak lama.

Zaitun said...

ABdul Munir Sanusi

Salam Munir.

Lama auntie tak dengar berita busy agaknya.
Takde lah cuma tanam kat keliling rumah.Kalau orang rajin memang bagus tapi auntie ikut mood hehehe...

Zaitun said...

Kak Erna

Salam Erna,

Tak banyak mana pun tapi kalau dikerjakaqn hari2 memang berpeluh dibuatnya.
Bukannya pakar sangat saja suka2 sebab kat rumah takde buat apa.

Kak Nora said...

Pokok-pokok bunga kertas akak subur menghijau dengan daun...akak tersalah bubuh baja...bukan bunga tapi daun yang membiak. Geram nya!

Ku Tak Sempurna said...

ha'ah.. kiambang mmg senang membiak.. tapi jgn bg kucing minum air dr pasunya, nanti habis mati semua pokok kiambang tu.. mcm kat umah sy..

Zaitun said...

Kak Nora

Salam kak hajah Nora

Bukan pokok bunga kertas aje, pokok lain pun kalau salah baja memang takkan menjadi.

Saya tak tahu nama pokok bunga yang batangnya berduri ada juga yang gila daun, tapi kalau dia berbunga cantik.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Oh iyake tapi kiambang kak Zai elok pula,kucing memang suka minum sebab airnya sejuk.

Ajzie said...

cantiknya dan rajin nya..Saya suka tgk kiambang..

Zaitun said...

Ajzie

Nak kata rajin tak ada juga, kak Zai surirumah sepenuh masa buatlah kerja2 yang boleh mengeluarkan peluh.

Kak Zai pun suka kiambang sejuk aje tengok.

cikmanggis said...

salam zai..cantiknya orked tu...cm punya orked banyak yang dah kering...bersemangat balik bila nampak pokok2 Zai ni:)

sonata anak kancil said...

zaitun : cantiknya pokok2 tu....sejuk mata memandang...laa anak akak belajar kat MMu....dekat benar tu....kalau selalu lalu ikut trafik light hospital pantai depan tu sekolah saya la! kak zai bolehlah singgah kat sekolah...he3x

Nida said...

Rajinnya Kak Zai... Nida ni suka tanam pokok sayur.. tapi hubby pula suka tanam pokok bunga..

Dulu masa kat Malaysia, penuh rumah kami dengan pokok bunga.. tapi yg bestnya semua ingat Nida yg tanam..hehe

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm

Pulihkanlah semula, pokok bunga orkid
kalau berbunga cantik dan tahan lama.




Sonata anak kancil

Kadang2 bila rajin pokok2 Kak Zai subur ada masa kering juga.
insyaallah.






Nida

Tanam pokok sayur lagi bagus boleh dimakan.

Untungnya, lembu punya susu sapi dapat nama heheheh.....

fa*atip said...

pegaga tu blend ye...minum jusnya...nampak fresh sangat tu..boleh buat kerabuuuu!

Cik Yang said...

Salam!!! Wou, Bestnyer.. bagus sekali kebunnya. Seronok melihat keindahannya...kalau dapat melihat sebenarnya.. lagi bestkan. Selamat 2+1 ..sambil berkebun sambil bersenam.. Tahniah.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Rajin bertanam..mesti cantik kws rumah akak di penuhi bunga2...

Zaitun said...

fa*atip

Pegega tu geli nak makan sebab kucing selalu kencing. Kalau kak Zai teringin nak makan beli aje kat pasar.





Cik Yang

Salam kak,

Biasa2 aje tamannya, taman keliling rumah.Saya duduk rumah takde buat apa.






Ibu Sayang

Kadang2 bunga dengan rumput naik sekali, ikut mood bila kak Zai rasa rajin nampaklah kemas tamannya.