Friday, May 7, 2010

Tapai

Masa pergi kenduri kahwin tempoh ari sebelum balik kak Mon memberikan pada saya goodies selain bunga telor yang di cabut dari pahau depan pelamin dia menyerahkan satu lagi beg plastik, katanya balik nanti simpan dalam fridge bila dah sejuk sedap makan.

Dah sampai rumah saya suruh anak masukkan. Semalam bila saya mencari sesuatu dalam fridge saya terjumpa plastik ni, tanpa membuang masa saya buka, ya Allah kak Mon masih ingat makanan kegemaran saya, terima kasih banyak2. Siapa pernah makan tapai yang dibungkus dalam daun ( tak tahu daun apa) kecik2, comel bungkusannya. Sekarang tidak lagi berwarna putih tapi berwarna warni macam nasi hujan panas, ada merah dan hijau.

Orang Melaka memang terkenal dengan tapai, setipa kali kenduri pasti ada benda ni, rasanya sedap manis. Saya memang suka tapai tak kira tapai pulut atau pun tapai ubi.


p/s: sahabat yang akan diingat sampai bila2, sayang kak Mon........

10 comments:

cikmanggis said...

alamak zai..sukanya..cm suka sangat makan tapai ni..tp yang warna warni blom pernah jumpa..

Zaitun said...

cikmanggis

Memang sedap, manis tapi versi baru warna warni heheheh....

aintsuperwoman said...

kat sini, kak zai, tapainya dibalut dengan daun getah. Satu tangkai tu ada la dalam 3,4, biji tapai...sedappp...manisss...dibungkuspulak, kecik2 gitu, bukak2 terus ngap masuk mulut....

kak Erna said...

salam zai..makanan kegemaran kita sama..saya memang tak bolih jumpa tapai.sejokan dalam peti ais..baru makan..sedapnya..ni baru pesan kawan nak ragi yang kakak dia buat..kalau guna ragi dia tu..belum pernah lagi tapai tak menjadi..saya yang belum pernah buat tapai pun...kali pertama buat bolih jadi..manis pulak tu..
sedapnya tapai..

azieazah said...

Wahh... sedap dan enak tuuu dingin tapai. Saya suker..! saya suker!

BONDA saya dulu, buat tapai bungkus dalam daun keladi, pastu nyorok2 buat dlm bilik sbb dia kata buat tapai pantang ditegur, nanti tak jadi.

Masa tu saya percaya, tapi sekarang saya tak pasti...

Zaitun said...

aintsuperwoman

Kak Zai pernah juga jumpa tapai dibungkus dengan daun getah,lagi cantik,satu bungkus sekali ngap hihihik...





Kak Erna

W'salam

Makanan sama, citarasa buku sama, apa lagi agaknya kita ni sama. mungkin size tak sama kot, saya bersize xxxl hehehe....

Kalau gitu order aje ya bila teringin nak makan tapai....

Zaitun said...

azieazah

azie, ada satu lagi petua yang tertinggal, kalau datang red light tak boleh buat sebab nanti tapai jadi sama colour....

Kalau kak Zai tak silap daun keladinya lebar2kan.

Ibu n Abah said...

kak zai,
sejak saya berkahwin dengan orang melaka.. sejak itulah saya kenal tapai pulut yg dibalut dengan daun tapai. Daun tapai ni, diambil di dalam belukar kecil dan byk dikawasan2 tepi pantai. Memang wangi bila tapai di balut dengan daun ini.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Tapai ni peberet saya jugak. Tiap kali raya buat sendiri. Tak adalah nyorok2 mcm kata Aziezah.Kalau ragi sedap..sedap lah dia...

Zaitun said...

Ibu n Abah

Melaka memang trend dia bila kenduri mesti ada tapai, daun bungkusan dia tu tebal.

Sebelum kak Zai lupa; sya_ashley@yahoo.com





Ibu Sayang

W'salam

Orang dulu2 memang banyak petuanya,tapi sekarang dah moden tak pakai semua tu.

Kalau yang banyak keluarkan air tu tapainya lagi manis, sayang kak Zai tak pandai buat hehehe....