Wednesday, May 5, 2010

Lelaki Durjana

Dah lama saya nak buat cerita ni dalam n3 tapi saya takut ada yang terasa hati maklumlah ianya cerita peribadi orang. Pikir punya pikir tak salah rasanya kalau kita jadikan ia tauladan dan renungan buat masa hadapan.

Ceritanya begini, kenalan saya punya seorang anak perempuan dah bertunang, wajah gadis ni memang cantik, kulitnya putih gebu berpelajaran tinggi dan kalau dah punya sijil master dah tentunya menjawat jawatan yang tinggi. Mak ayahnya punya hati yang baik dan pemurah dan boleh dikatakan hidup senang.

Nasibnya agak baik baru saja mendaftar kat tabung haji tahun lepas dah dapat panggilan buat haji. Semasa di Mekah si ibu sentiasa berdoa yang terbaik untuk si anak maklumlah dia hanya punya seorang anak perempuan, di tatang bagai minyak yang penuh.

Sekembalinya si ibu dari Mekah anaknya selalu aje ada dirumah jarang keluar atau bersiar2 dengan tunangnya. Satu hari si ibu bertanya kalau anak gadisnya punya masaalah dengan tunangnya. Masa tulah terbongkar rahsia apa yang terjadi pada sianak selama dia menjadi tunangan orang. Sebelum ni ada juga si ibu perasan kadang2 muka, tangan si anak lebam tapi bila ditanya dijawabnya jatuh, terhantuk dan macam2 alasan, maklumlah nak jaga hati dan perasaan tunangnya. Tapi berapa lama boleh rahsiakan.

Apa yang disangka si ibu rupanya memang benar, si lelaki punya sifat cemburu yang melampau, sanggup sepak terajang hanya kerana si gadis bercakap dengan pekerja lelaki satu pejabat. Perkara ni rupa2nya bermula dari hari bertunang sampailah 1 bulan lagi untuk menjadi raja sehari.

Tanpa pengetahuan sianak, si ibu pergi kepejabat dan bertanya dengan kawan2, barulah si ibu tahu belang si lelaki, pernah sekali si lelaki menarik tudung sigadis didepan khalayak ramai maka terungkailah aurat si gadis. Tahap kesabaran ibu sudah hilang dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan keluarga si lelaki tapi dihalang dan dia mengugut kalau pergi jangan menyesal kalau apa yang akan berlaku. Akhirnya si ibu buat keputusan untuk memutuskan saja pertunangan anaknya. Si lelaki menyuruh si gadis berjumpa dia untuk memulangkan cincin tapi si ibu tidak membenarkan akhirnya abang si gadislah pergi berjumpa dengan lelaki durjana tu. (Patut ke gunakan perkataan tu).

Yang sedihnya segala persiapan telah pun dilakukan si ibu termasuk menempah baju pengantin dan pelamin.

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.

25 comments:

Tirana said...

Kerugian menempah baju pengantin tidak seberapa jika dibanding dengan masa depan anak gadisnya. Belum jadi isteri dah pandai sepak terajang, dah jadi isteri nanti takut disimbah dengan asid atau ditoreh kemaluan macam yang saya terbaca di suratkhabar semalam.. InsyaAllah jika kita berniat baik dan ikhlas selalu, tentu Allah akan pelihara kita dari sesuatu yang tidak baik kan?

Zaitun said...

Tirana

Zaman sekarang macam2 berlaku, kak Zai pun takut bila baca kisah2 macam ni tambahan pula kak zai pun punya 2 orang anak perempuan.

Mungkin doa ibunya makbul, nak yang terbaik untuk anaknya.

ibundo said...

Salam. Alhamdulillah keburukannya dapat diketahui sebelum berkahwin. Biarlah rugi harta...

FaAtip said...

Alhamdulillah sifat buruk tu dizahirkan sebelum kawin lagi, kalau tak meranalah bukan saja anak tapi ibunya sekali.

Zaitun said...

kakpah

W'salam hajah

Syukur, berkat doa ibu agaknya.







aintsuperwoman

Harap2 berubahlah sikap dia. Mungkin belum bertemu dengan ruas agaknya.

Nida n' Hanafi said...

Salam perkenalan..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

p/s: terima kasih sudi singgah ke teratak buruk saya :)

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Doa si ibu makbul, Allah tunjukkan sifat sebenar si lelaki itu. Selepas kejadian berlaku Allah beri peluang untuk kedua2 nya bermuhasabah diri dan buatlah keputusan terbaik. Semoga si lelaki itu akan berubah untuk masa depannya.

Anonymous said...

Tahniah kepada si ibu kerana berani bertindak. Biar tak jadi kahwin daripada menderita kemudian.

Jah

Zaitun said...

Nida

Salam kembali

Allah yang maha mengetahui.

sama2. Kak Zai linkkan blog ya.





Ibu sayang

W'salam

kak Zai rasa si ibu buat keputusan terbaik untuk anaknya. harap2 si lelaki berubah untuk masa depan dia.

Zaitun said...

Jah

Terima kasih sudi singgah.

Demi anak ibu sanggup lakukan apa saja, kebahagian anak, kebahagian ibu juga.

Ibu n Abah said...

salam kak zai,
(sebleum terlupa..nanti berikan email address kak zai...sebab saya dah privatekan..)
Kak zai,dengan berbagai-bagai cerita mengenai kekejaman yg tergamak dilakukan oleh kaum lelaki yg dah bergelar suami terpapar di akhbar.. Syukur Alhamdulillah lah pertunangan anak gadis terputus terputus. Jika dah dijadikan isteri, tentunya lagi teruk gadis itu dikerjakannya... tambahan pula kuasa menjatuhkan talak/cerai ditangan suami.. memang akan ada masalah yang tak akan habis-habisnya kecuali mati.
Jodoh yang baik akan menyusul juga kemudian nanti. Insya'Allah.

azieazah said...

Risau kiterrr.... saya pun ada anak pompuan ramai.

silversarina said...

Alhamdulillah, Allah membuka mata si ibu dan selamatlah anak gadis beliau .... dalam dunia sekarang ni macam2 boleh jadi , apa punya lelaki entah, memang sah durjana , biar Allah saja yang membalasnya .

Cikgu Yang said...

Salam!!! Hebat kesahnya.. diharap kisah ini tak berulang pada orang lain. Anak2 gadis patut diberi kekuatan menghadapi perkara peribadi dengan bantuan keluarga.

Anonymous said...

rugi duit tu tak pe.. boleh dicari. hilang maruah dan keyakinan diri lagi susah ..
Baju tu jual atau sedekah ke sesapa. nasib baik budak tu takjadi kawin. tapi kesian la sapa budak ppuan yng kawing dengan mamat tu.

atleast ok...jodoh boleh dicari tapi diri tu yang penting.
ada mamat tu dia kuat benda tu pastu miang, pukul bini bila bini taklarat atau sakit dia pukul, cemburu pukul basically naik tgn segala.. tangan naik toksah cakap..
bila ditanya affair dia dipejabat dgn sisaripah ni tangan naik pukul bantai.

jantannya pandai.. kja menjadi, cakap pandai segala.. nampak pijak semut tak mati...

baru ni dia kena posting- ke negara seberang selat. diam diam dia pinikah siap bersanding lagi anak 4 berderet..
bila kena keja jauh dia bawa bini baru.. si saripah yg dok layan laki org ni. so dia balik bila dia nak ..
so kita tengok la.. bila roda saripah ni berhenti dan dia kena apa yang mamatni buat kat bini dia..be it pasal seks atau cemburu

Anonymous said...

rugi duit tu tak pe.. boleh dicari. hilang maruah dan keyakinan diri lagi susah ..
Baju tu jual atau sedekah ke sesapa. nasib baik budak tu takjadi kawin. tapi kesian la sapa budak ppuan yng kawing dengan mamat tu.

atleast ok...jodoh boleh dicari tapi diri tu yang penting.
ada mamat tu dia kuat benda tu pastu miang, pukul bini bila bini taklarat atau sakit dia pukul, cemburu pukul basically naik tgn segala.. tangan naik toksah cakap..
bila ditanya affair dia dipejabat dgn sisaripah ni tangan naik pukul bantai.

jantannya pandai.. kja menjadi, cakap pandai segala.. nampak pijak semut tak mati...

baru ni dia kena posting- ke negara seberang selat. diam diam dia pinikah siap bersanding lagi anak 4 berderet..
bila kena keja jauh dia bawa bini baru.. si saripah yg dok layan laki org ni. so dia balik bila dia nak ..
so kita tengok la.. bila roda saripah ni berhenti dan dia kena apa yang mamatni buat kat bini dia..be it pasal seks atau cemburu

ckLah @xiiinam said...

Subhanallah....

Allah bagi ingatan tu.....
Leih baik batalkan saja...





Sesungguhnya pernah terjadi kepada ckLah. Membatalkan semuanya setelah segala persiapan dibuat.....kerana 'ingatan-ingatan' yang Allah beri...dan alamat-alamat selepas solat istikharah berkali-kali...
Lega setelah keputusan diambil,meski mengundang 'cakap-cakap' orang.

Alhamdulillah......jodoh yang memang telah ditentukan, memang ada di belakang...

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam

kak zai pun baca dalam akhbar macam2 berlaku takut dibuatnya. Kita pun ada anak2 susah juga nak tahu perangai orang sebab kadang2 depan kita pijak semut tak mati.





Azieazah

Kita sebagai ibu kena kenal orang yang berkawan dengan anak kita lebih mendalam.





silversarina

Takkan terlepas dari siksaan Allah. Sebaiknya biar dia bertemu dengan ruas.

Zaitun said...

cik yang

W'salam

Itu yang kita takut,dia berpura2 baik bila dah kahwin baru tahu belangnya.





anonymous

Betul tu biarlah rugi duit asal hidup tak menderita. Zaman moden ni banyak sangat berlaku kekasaran rumah tangga, isteri dipukul, diancam dan ada yang sanggup membunuh, memang menakutkan.

Zaitun said...

xiiinam

W'salam

Mulut orang mana boleh kita tutup, yang menderita siempunya diri.

Insyaallah pasti Allah janjikan yang lebih baik.

Ajzie said...

salam ziarah kembali...
Setiap yg berlaku tentu ada hikmahnya.

Zaitun said...

Ajzie

Dah ketentuan, Allah maha mengetahui.

KTS said...

mujur ibunya tahu lebih awal...
.
.


.
.


Allah maha mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Doa di Tanah Haram lebih mujarab mungkin.

roslaini saad said...

Biar rugi pakaian pengantin...dari merugikan masa depan anak sendiri..

apalaa jenis lelaki yang suka pukul orang ni...isyk....belum lagi kahwin, baru bertunang dah buat macam tu..kalau dah kahwin entah macam mana...