Tuesday, May 11, 2010

Bengang

Bengang memang bengang kita bagi salam tulis elok2 tapi dah lah tak jawab salam, cakap pun berlagak. Pagi2 buat saya marah, saya sms orang yang sewa rumah sebab dah berpuluh kali masih tak berubah. Saya minta dia kalau boleh percepatkan bayar duit sewa , sesedap rasa aje dia jawab "saya tahu saya sewa rumah orang". Lawan tokey nampak siapa yang patut marah, apa salahnya kalau dia jawab " maaf akan saya usahakan" kan sedap sikit bunyinya kita pun ada hati perut.

Dulu masa nak menyewa dah berjanji tak jadi masalah, saya bagi tempoh paling lewat seminggu dari awal bulan. Kalau sekali2 saya tak kisah tapi setiap bulan kita pun bukan orang berduit kadang2 kita juga memerlukan walaupun tak sebanyak mana.

Nak kata susah anak cuma seorang, suami isteri bekerja orang lain pun ada masaalah juga tapi taklah setiap bulan. Kalau hari raya dan awal tahun dah sure bertangguh tapi saya pun faham nak pakai duit buat belanja raya, awal tahun nak buat perbelanjaan sekolah. Yang saya pelik ada2 saja alasan motor hilang, nak balik kampong, sedara sakit dan macam2 alasan tapi logik ke kalau SELALU sangat.

Kadang2 rasa tak nak bagi orang sewa rumah biar aje kosong, hati tak sakit tapi bila pikirkan rumah terbiar sekurang2nya dapat juga duit buat belanja sekolah anak. Susahnya ada rumah....... kalau takde rumah........ lagi susah.........


Penyewa sebelum ni pula 3 bulan tak bayar saya pun pergilah tengok rumah, ketuk pintu seorang lelaki tak dikenali keluar, tanya pasal sewa dia kata dia dah bayar, pelik pula last2 dapat tahu orang yang menyewa rumah saya sewakan bilik pada lelaki tu dan yang bestnya dia sentiasa bayar sewa bilik, penyewa untung kita melopong.....

Kenapalah ada manusia yang macam ni ada dalam dunia ini.......

20 comments:

rohaizahabas said...

macam tu lah ragam orang menyewa....macam macam alasan...ada yang ok..ada yang ko...

yang susah nya kita ni laa..kena deal dengan bank yang sering buat kita sakit hati kalau lambat bayar or ada tunggakan..asik cakap nak lelong jer....

pB said...

salam


syukur sangat sangat sebab org yang sewa umah pB tu , ok.

Biasa dia akan sms pB.

"Dtg ambik duit".

Umah pun dia jaga elok. Siap tolong cat lagi.

Syukur sgt sgt.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Macam tulah peel penyewa yg kadang2fikir lebih baik tak nak bagi sewa, buat menyakitkan hati je.

Time hendak menyewa pandai bercakap..time bayor buat2 liat.Tu belum tengok lagi mana kerosakan yg dah dibuat.

Kalau begitulah kita kena deal betul2 sebelum bagi sewa @ buat agrement + stamping boleh masuk court....

FaAtip said...

rezeki masing2 kak Zai, ada penyewa sayang dgn rumah yg disewanya, siap buat macam rumah sendiri. Dijaga dgn baik. Ada pulak yg tak kisah langsung. Susah jugak dgn kes ni. Tapi kadang2 tuan rumah kena certain jugak, sebab penyewa ni eksyen bukan main, tu yang boring tu. Kalau dia berhalus sikit, taklah kita jadi serabut, kan? Habis tu, kak zai nak buat macam mana tu? :(

Zaitun said...

Kak Ezza@makcik blogger

Zah,

Banyak yang ko dari ok...

Kalau bank lambat sikit naik interest.Lepas tu antar surat merah warning pertama,kedua then court...
Kita tuan rumah tak pernah nak minta lebih.





pB

W'salam

Beruntung pB dapat penyewa yang bertanggung jawab..Jaga rumah dengan baik.Ni tak tahu rumah macam mana sebab sejak dia duduk tak pernah tengok.

Zaitun said...

Ibu Sayang

W'salam

Kalau tak sewakan terbiar pula lagi pun hubby kak Zai selalu tak ada kat rumah susah nak gi sorang2.

Elok juga cadangan Ibu sayang kalau nak sewa buat agreement, tapi takut pula orang kat lorat.

Zaitun said...

fa*atip

Ini kes penyewa yang berlagak, kita tegur cara berkhemah dia jawab kasar apa punya manusia.

Hubby kak Zai pun menyewa kalau outstation,punyalah jaga rumah yang disewa suruh orang tolong bersihkan lagi.

Kak Zai pun tak tahu nak suruh dia keluar ke tak serba salah nanti orang cakap sombong pula.

cikmanggis said...

salam zai..kita memang scary dengan penyewa yang liat bayar sewa ni zai...isk dia lawan tokey pulak ..sabar zai sabar zai...mmg susah jika dapat penyewa camni:(

ckLah @xiiinam said...

Ragam penyewa begini....sejak zaman P Ramlee lagi kan kak Zai...sakit hati!

Acik Erna said...

salam zai..memang susah kan..saya dulu pun macam tu..selalu tak dapat duit sewa..macam2 kesah..siap ada yang lari malam lagi..sudahnya jual..dah tak bolih nak jaga..

Zaitun said...

cikmanggis

W'salam

Dah bertahun saya bersabar kadang2 tu kita suami isteri bertekak, suami jadi penasihat hidup ni macam roda katanya,tapi kalau kita bagi peluang dia pijak kepala kita.





xiiinam

Kadang2 kalau kita cakap orang macam ni takde ilmu macamlah kita orang alim tapi kalau faham hukum hakam tak berani nak menyusahkan orang.

Zaitun said...

Kak Erna

W'salam

Ingat nak kosongkan aje rumah tu sesekali boleh duduk tapi bila pikir sekurang2nya duit sewa boleh buat duit belanja.

Kalau dijual sayang pula manalah tahu kalau suatu hari nanti ada anak2 yang memerlukan.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam zai,

inilah yang jadi jika penyewa tidak reti nak berfikir...orang dah boleh tolerate dgn kita, dia tak reti nak bersyukur...lain kali kena buat agreement!

Cikgu Yang said...

Salam Zaitun !!! Saya pun rasa begitu juga bila sewa rumah, tiap2 bulan bayar lewat. Lepas tu tak sewa tinggalkan rumah kosong.. asyik ada saja orang telefon...kata sayang rumah kosong, bagilah dia duduk dia boleh baiki mana2 yang rosak..duduk freelah tu? maaflah, biar kosong.
Zaitun - Terima kasih ucapannya. Ya ker, tapi saya selalu berpendapat ibu yang tak bekerja dapat menguruskan anaknya lebih baik. Sebab pengalaman sendiri yang bekerja , anak selalu terbiar dan diuruskan oleh pembantu rumah dan kadang2 ke nursery.. kesihan mereka. Selamat Hari Ibu!!.

Zaitun said...

Hajah Zainab bt Abdullah


Salam hajah,

Saya dah bersabar lama,kalau dia menyewa kat mana2 pun kalau sikapnya begitu orang takkan percaya.

Zaitun said...

Cik Yang

W'salam

Kalau tiap2 bulan bayar penuh takpe juga ni ada yang tertunggak,bertaup2 dari bulan kebulan.Bila ada kerosakkan pula dia repair sendiri potong duit sewa main hentam aje dia kenakan kita.

sama-sama.

Masa saya bekerja anak2 saya di jaga pembantu rumah sampailah satu ketika anak bongsu saya sakit saya terpaksa berhenti. Saya dapat bezakan anak2 terdahulu lebih berdikari jika dibandingkan dengan anak bongsu. Mungkin perhatian ibu lebih membuatkan dia manja dan sentiasa nak dibantu.

ibundo said...

salam zai, macam2 ragam ada dalm dunia ni. nasib2 lah kita.

CikguZue said...

salam,
dengar cerita kak Zai ttg penyewa ni buatkan saya bimbang juga. saya sewakan rumah. kadang lambat jugak penyewa bayar.buat agreement bayar patutnya awal bulan. tapi bila dah siap dan saya da balik semula ke Uk, dia minta tukar ke akhir bulan pulak, sebab gaji lambat masuk.tapi biasanya dia bayar bila dah masuk bulan seterusnya. harapnya tak jadi ape2la dgn rumah tu.

Zaitun said...

kakpah

W'salam

Rambut sama hitam, terpulanglah hari ni buat orang besok orang buat kita pula.





Cikgu Zue

W'salam,


Tade ke orang lain tolong tengokkan? Harap2 jangan jadi macam kak Zai sudahlah.

nan said...

Salam Kak Zai, saya ni suami cikgu asna, rasa terpanggil nak komen pasal sewa rumah tu. Kami pun ada pengalaman camtu,percayakan penyewa suruh bank in duit, kami duduk jauh, sudahnya kita buat kebajikan aje lah, last2 saya buat dasar baru, surh adik kwn yg pergi kutip tiap bulan, bial bayar, ada form simple aje dia org kena sign, tanda terima dan bayar. Upah sikit adik adik tu utk pergi amik duit sewa. Alhamdulilah, setakat ni ok aje kutipan, satu lagi kat sini kita kena buat arahan pindahan bank (maklumlah sewa mingguan), jadi duit memang akan berpindah ke akaun tuan rumah automatik. Saya terfikir mungkin kita patut buat camtu kat Malaysia, biar professional sikit, emosional kadang kurang membantu (kita faham mereka perlu duit,tapi bila ada komitmen nak menyewa, penyewa juga perlu pro.. he he maaf lah pangjang pulak komen..