Pagi semalam anak nak makan pancake dengan sambal sardin so saya pun merajinkan diri, kasihan pula selalu makan makanan kedai sesekali makan makanan yang dimasak sendiri dan jarang jumpa kat kedai. Berselera sungguh mereka makan, sedap katanya. Alhamdulillah.
Selepas bersarapan saya siapkan kerja2 rumah lepas tu saya dan anak2 mengikut hubby ke Amcorp Mall sebab hubby nak jumpa orang. Sementara menunggu hubby kami merayap tapi takde apa yang menarik cuma ada jual barang2 antik itu pun tak berapa banyak. Sambil jalan saya terjumpa booth Famous Amos terkenal dengan chips dan coklatnya tapi kali ni saya jumpa ice cream, macamlah tak pernah makan ice cream, selalu beli baskin robbins tapi kali ni ice cream yang satu nama dengan coklat yang famous di UK. Tak tunggu terus beli memang sama rasanya dengan coklat yang saya selalu makan. Nak tahu ice cream apa? AFTER 8. Kalau sesiapa pergi ke UK carilah coklat ni memang sedap, mungkin ada jual kat supermarket atau kat Langkawi. Cubalah memang sedap....Yang coklat tu berperasa famous amos cookies.
10 comments:
Wahh..kak zai, jalan-jalan makan ice cream...hehehe.. Saya suka haagen dazs
alamak zai pagi pagi kta teringin nak makan ice cream ...sarapan apa pagi ni?cm masak nasi lemak..penghuni rumah ni sambung tidur lepas balik surau jadi kita jalan-jalan dulu kat blog kawan-kawan ni:)
cukup ke kak zai aiskrim tu, bekas dia kecik sangat! kalau fa maunya nak 3 bekas! hehehe, dulu masa bujang selalu pegi Metrojaya, ada jual aiskrim yang atasnya boleh ditabur macam2!
Tirana
Haagen dazs pun sedap ada satu lagi New zealand sedap juga.
cikmanggis
OOhhh...nasi lemak, ada goreng paru tak? hmm..sedap. Saya masak mee goreng.
fa*atip
Kalau ikutkan semangkuk sorang memang tak cukup tapi jadilah merasa. Kalau kak Zai jumpa yang dah ready made satu bekas besar nak juga beli.
naaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk... aiskrim n coklat memang marbeles
.
.
:D
Ku Tak Sempurna
Meh kita serbu famous amos....
sedapnya makan aiskrim. agak2 kalau makan pancake dengan topping aiskrim mesti sedap jugak kan?
kakpah
Salam kakpah
Elok juga dicuba siapa tahu entah2 sedapkan.
Post a Comment