Tuesday, May 25, 2010

9 tahun telah berlalu...

Hari ini 25-5-2001 hari jumaat hari yang sangat2 bersejarah buat saya. Ramai orang berkumpul diperkarangan rumah, sanak saudara jauh dan dekat, kawan2 dan juga jiran2.

Pagi jumaat selepas bersarapan bersama abang, dia minta diri untuk pulang ke rumahnya di Perak. Saya pula harus meneruskan kerja2 rumah setelah 2 orang anak saya ke sekolah dan yang bongsu masih tidur. Saya hantar abang sampai ke depan gate walaupun dia menyuruh saya masuk sebab terdengar deringan telefon. Sambil berjalan abang menoleh kebelakang dan saya masih di depan gate. Setelah abang tak kelihatan saya pun memulakan kerja2 yang tergendala. Dari dulu memang tabiat saya jarang gunakan penyapu untuk menyapu, saya lebih selesa menggunakan vacuum sebab saya rasa lebih bersih.

Satu jam kemudian telefon berdering lagi saya terus angkat dengar ditalian mengatakan ianya panggilan dari Balai Polis, saya marah pada pemanggil sebab sebelum ni sepupu saya suka bergurau kalau menelefon, terus saya letakkan gagang telefon. Telefon terus berbunyi dan kali ni suara pemanggil agak tegas, saya pun dengar apa yang hendak diperkatakan. Katanya dia jumpa no telefon tu dalam wallet dan ada tak keluarga puan yang bernama O....... Saya jawab itu nama abang saya macam mana encik tahu dan dimana jumpa. Selepas tu dia mula merendahkan suara dan menyuruh saya bersabar, masa ni hati saya dah mula berdebar. Pemanggil minta saya atau waris datang ke Balai polis untuk mengecam, luluh hancur berderai hati saya dan meraung setelah meletakkan telefon.

Semasa nak naik keatas saya terjatuh ditangga punyalah sakitnya punggung tapi kuatkan semangat. Setelah puas menangis telefon bagitahu hubby masa tu hubby bekerja di Johor, adik sepupu dan sekolah anak2. Dalam fikiran macam mana nak pergi ke balai sedangkan saya sendiri tak pernah tahu dimana balai polis. Tak lama anak perempuan saya balik dihantar cikgu sekali lagi meraung dengan anak sebab disangkanya abang dia. Dalam masa kelam kabut tetiba suami sepupu saya muncul depan pintu lalu mengajak saya ke balai. Selepas menukar pakaian saya dan sepupu terus ke balai dan bila sampai kami diarahkan untuk menunggu. Tak lama adik pun sampai dari pejabat dan kami sama2 masuk kedalam.

Setelah diceritakan oleh inspector abang saya ditemui kaku didalam bas yang dinaikinya selepas driver mengarahkan semua penumpang turun kebawah sebab bas rosak, kami dibawa kesatu sudut dimana abang dibaringkan. Ya Allah sekali lagi air mata gugur membasahi bumi apabila melihat wajah abang kaku dan sejuk. Percaya atau tidak hanya beberapa jam sebelum tu kami berborak begitu rancak, abang yang saya lambai didepan gate sudah tidak boleh bergerak. Kami mengiringi jenazah abang setelah inspector menyuruh orang bawahan dia menghantar kerumah saya.

Dirumah segala2ya dah siap dengan pertolongan keluarga dan jiran2, jenazah diletakkan diatas tilam. Kami berbincang untuk membawa jenazahnya balik ke Perak tapi disebabkan hari Jumaat maka penghantaran terpaksa dilakukan sebelah petang. Isteri dan 2 orang anaknya diminta tunggu saja dirumah dan buat apa yang perlu dilakukan. Ramai keluarga dan rakan2 datang menziarah, hubby pun tak lama lepas tu sampai dari johor.

Lebih kurang pukul 5petang jenazah abang dibawa balik kePerak dan besoknya diawal pagi baru dapat disemadikan. Moga2 abang aman disana hendaknya.

Abang adalah bekas tentera udara, pernah tinggal di Sarawak, setelah bersara bina rumah di Kuantan tinggal berdekatan dengan mertua. Tak lama berpindah pula ke Kl. 2 tahun selepas tu pindah pula ke Perak. Semasa disinilah penyakit jantung menyerang. Dia dimasukkan ke hospital berulang2 kali dan akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bypass.

Selepas pembedahan dia dimasukkan ke ICU kerana dalam keadaan kritikal. Kami adik beradik semua dah berkumpul dan dah bersedia kalau apa2 akan berlaku. Mungkin umurnya masih panjang dia sihat kembali selama satu tahun, tapi dia tidak boleh membuat sebarang pekerjaan dan tak boleh memandu. Kalau dia rasa boring dia akan meziarahi rumah adik beradik yang lain dengan menaiki bas.

Malam sebelum kejadian dia bermalam dirumah saya selepas 2 malam tinggal di rumah adik . Malam tu saya hanya masak untuk anak2 aje jadi saya pun order pizza. Saya dan 3 orang anak makan bersamanya sambil bergurau dan gelak ketawa. Abang juga minta no telefon yang pada masa tu telefon baru menggunakan 8 angka. Dia menyuruh anak perempuan saya menulis besar2 sebab katanya nanti kurang jelas. Bila anak saya serahkan kertas tu dia menyimpan kemas didalam walletnya. Seronoknya anak2 saya pada malam tu, dia adalah bapa saudara kesayangan mereka sebab sifatnya yang sangat2 peyayang. Lewat tengah malam baru kami masuk bilik dan tidur.

Awal pagi dia dah bangun saya pula sibuk menyediakan anak2 yang nak kesekolah. Selepas membuat sarapan saya mengajaknya minum dan kami makan sambil berborak. Katanya dia nak balik pagi2 sebab kalau petang hari panas dan takut pula hujan. Setelah siap semuanya dia pun bersiap dan saya menghantarnya kedepan pintu. Itulah lambaian terakhir dari saya buat abang dan itulah pandangan terakhir abang untuk saya. hari ini genap usia pemergiannya 9 tahun semoga roh abang dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh. Amin.......

17 comments:

Tirana said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

FaAtip said...

Bila disebut, 9,10 kalaupun 20 tahun sekali pun, memori membuatkan kita rasa, baru semalam ianya berlaku, kan? Semoga arwah tenang di sana dan mendapat kasih sayang dariNya, amin.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Al-fatihah.

Kenangan dengan orang tersayang memang tak dapat dilupakan.. kan kak.


Macam tulah saya setiap kali teringat arwah Ayah yang pergi meninggalkan kami sekeluarga sewaktu anak2 masih kecik & remaja.

Setiap kali dengar lagu Arwah P.Ramlee ~lagu raya, menitis air mata sbb arwah ayah pergi sehari sebelum hari raya.

Nida n' Hanafi said...

Sedihnya baca entry ni.. teringat kisah arwah abah 'pergi' dahulu..

Malam tu kami rancak berbual di telefon, bergurau senda... abah tak sabar menanti kepulangan kami kerna beberapa hari lagi Syawal bakal menjengah..

Namun segalanya telah tertulis.. esoknya abah pergi secara tiba2 kerana sakit jantung... bila baca kisah ni, kenangan kehilangan insan yg tersayang terimbas kembali..

semoga roh mereka tenang di 'sana'..Al-Fatihah

cikmanggis said...

alfatihah buat arwah kanda mu zai..rasa sebak baca tulisan zai ni..beginilah putaran hidup..yang hidup pasti akan menemui penciptanya...seorang demi seorang dan akan sampai giliran kita...

Zaitun said...

Tirana

T.kasih harap2 begitulah.






fa*atip

Betul fa rasa macam baru aje dia pergi,masa mula2 dulu kak Zai takut dengar bunyi telefon.T.kasih atas doa.

Zaitun said...

azrina.03.07

Memang susah nak lupakan peristiwa tu,tambah pula abang seorang yang amat penyayang.

Sedihnya....Kita harap semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.

Zaitun said...

Nida

Oh begitu ada persamaan dengan kisah abang kak Zai.Masih terngiang2 suara gelak ketawakan.

Kita doakan mereka semoga tenang dan aman disana.

Zaitun said...

cikmanggis

T.kasih..Bila sampai masanya tak sesaat lambat, kita akan kembali kepadanya.Harap2 kita dapat membuat sedikit persiapan untuk bekalan disana nanti.

Ibu Sayang said...

Salam kak zai,

Sebak bila baca n3 ni..Semoga roh aruwah ditempatkan bersama2 orang yang soleh. Al fatihah.

en_me said...

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha

azieazah said...

Mati adalah pasti
Hidup insyaAllah...

Moga dirahmati mereka yang sudah pergi...

ckLah @xiiinam said...

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

Zaitun said...

Ibu sayang,
en-me,
azieazah,
xiiinam,

Terima kasih atas doa.

Zaitun said...

en_me

Salam,

Terima kasih sudi singgah.

ibundo said...

salam zai, setiap kali membaca tentang kematian, hati tetap tersentuh. rasa kehilangan orang yang kita sayang tetap terpahat di hati kita.
semuga aruah abang itu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
alfatihah..

Sue @ Nenie said...

Alfatihah buat Arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat...
Dapat saya bayangkan bagaimana perasaan akak ketika terima panggilan iteww...iyalah kan, baru sekelip mata berlalu....

Salam Takziah...walau ia hampir 10 tahun yang lalu...Alfatihah