Saturday, October 24, 2009

Panggilan Haji

Musim haji dah pun bermula, ini bermakna saya dan suami selalulah ke kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya tujuannya untuk menghantar dan memeriahkan suasana. Memang tiap2 tahun kami akan kesana memandangkan rumah kami yang tak berapa jauh dari tempat tu. Seronok sangat suasananya, mereka2 yang datang dari jauh siap bawa bekalan, diluar bangunan pula banyak gerai menjual macam2 barangan, kereta berderet2, kanak2 pula ada yang berlari2, menangis sana-sini, belon berterbangan hisss macam2lah, meriah sesangat...

selepas solat zuhur di Masjid Nabawi

di Masjidil Haram

Tapi kali ni saya tersentuh sangat disebabkan kawan yang amat rapat dengan saya dapat pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah terpilih juga dia setelah menunggu beberapa tahun lamanya. Saya pernah mencadangkan pada dia supaya mengerjakan umrah dulu sebagaimana yang saya lakukan tapi dia tetap dengan keputusannya. Katanya dia mahu mengerjakan yang wajib dulu, Diharap dia dan suami dapat melakukan rukun yang kelima itu dengan sempurna dan insyaallah mendapat haji mabrur.

Ya Allah...bilalah turn saya pula, puan Z jangan putus asa kalau ada rezeki dan ada kesempatan pergi buat umrah lagi.

Rinduuu pada MEKAH N MADINAH...

saya sekeluarga di masjid lama Hudaibiyah

4 comments:

FaAtip said...

kak zaitun, actually saya pun confuse...hasrat hati nak buat umrah dulu sebab budget belum mencukupi utk haji, tapi ada yang kata, wajib buat haji dulu, bukan apa, kita ni rindu dan teringin, bila dah cukup utk umrah, teringin nak pergi, dan timbul pulak rasa kalau nak tunggu haji, entah bila cukup, takut juga umur tak panjang...wallahualam.

silversarina said...

Rindu memang rindu nak pergi mekah lagi..saya dah buat umrah dua kali dan dah daftar haji tapi tahunnya berkurun lagi dan hubby kata kita cukupkan duit nak buat haji dulu baru kot dapat cepatkan sikit tarikhnya tapi buat masa ni dia pun tak boleh panjang musim haji..so kumpul duit dulu ada rezeki kami akan buat haji..doalah ye kak.

Tak pernah berpeluang ke komplek haji kelana jaya ..meriahnya dari cerita akak .

Zaitun said...

aintsuperwoman

Kalau cukup syaratnya elok kita dulukan yang wajib tapi zaman la ni susah sangat nak naik number disebabkan terlalu ramai orang.Dikhuatiri sementara kita menunggu waktu yang begitu lama umur dan kesihatan menjadi faktornya.

Zaitun said...

Silversarina


Kita sama2 doa dapat dipercepatkan insyaallah. Sekarang pun kaki dah mula sakit2,buat kerja lebih sikit dah penat.

Kalau Rina datang memang meriah,yang sedihnya bila tengok anak yang bergayut dengan emaknya (tak mahu lepaskan)tatkala pengumuman disuruh masuk kedalam.