Tuesday, October 27, 2009

Sunyi

Sunyi sangat tak ada mood, nak buat kerja pun malas.Tengahari pun tak masak nasib baik pagi hubby beli nasi lemak. Ini gara2 si kakak dah balik kampus tinggallah penghuni asal. Petang terasa lapar masuk dapur fikir nak masak apa, buka fridge tengok ada kelapa capai tepung, beras pulut, gula kacau2 masuk dalam loyang, kukus...Haaa inilah hasilnya



kuih tak ada mood

6 comments:

aintsuperwoman said...

haiiii...dalam malas2, tak ada mood, jadik jugak kuihnya...kira okay la tu.....kalau Fa, langsung satu apa pun tak jadi, silap gaya makan biskut cream crackers je le....

Ibu n Abah said...

kak zai,
ingat saya dulu, arwah mak saya suka buat kuih ni malam2, kejut saya ajak makan panas2....hmmmmmm sedap.

Zaitun said...

Fa

Cream crackers pun sedap apa.Dulu masa anak kecik2 kalau pergi rumah orang berlumba2 makan cicah air teh aje.Kalau kat rumah ada biskut oreo pun tak laku.

Zaitun said...

Ibu n Abah

Tak tahulah kak Zai sedap ke tidak tapi baru keluar dari kukus dah habis setengah loyang,tak dan nak tunggu sejuk hehe...

silversarina said...

Mana ada malasnya, rajinlah tu,siap kuih lagi ... usah sedih, nanti cuti panjang kakak baliklah , masa tu bolehlah bermanja-manja :)

Zaitun said...

silversarina

Kak Zai tak sekuat Rina,Kalau anak dah balik semula ketempat dia orang terasa sunyi kadang2 nangis.