Thursday, October 1, 2009

Gegaran n Bencana

Semalam adik balik dari sekolah tanya saya ( tengah sibuk masak) tadi mama ada rasa tak goyang2? saya jawab tak ada apa2 pun. Dia menceritakan semasa guru matematik sedang mengajar tiba2 rasa macam pening kepala lepastu meja dan kerusinya bergoyang, kebetulan kawan sebelah dia pun merasai apa yang dia rasa lalu memberitahu pada cikgu. Nasib baik cikgunya pun rasa sesuatu, tapi disebabkan gegaran tu hanya beberapa saat saja berlaku dan hanya segelintir saja yang mengalaminya dibiarkan berlalu begitu saja. Bila tengok berita pukul 8 malam barulah sedar rupa2nya gempa bumi berlaku di Sumatera, Barat Indonesia setinggi 6.9 scala. Gegaran turut dirasai di JB selain beberapa tempat di Kl dan diselangor.

Bila saya baca surat khabar bukan hanya gegaran berlaku tapi beberapa buah negara juga mengalami bencana seperti di New Zealand mengalami tsunami, di Vietnam pula mengalami banjir dan paling menyayat hati seorang gadis jadi mangsa banjir taufan di Kelantan. Alfatihah buat beliau dan takziah buat keluarganya.

4 comments:

aint-super-woman said...

aduh..bimbangnya. Negara2 lain dah selalu kena gempa bumi. Kadang-kadang saya tak mengaitkan ianya dengan bencana alam pun, tetapi lebih kepada kemurkaan Allah terhadap manusia yang semakin hari semakin melampau. Dan yang lebih menakutkan, apabila Allah turunkan bala semua manusia menanggungnya tak kira yang soleh atau yang kufur.

Ibu n Abah said...

salam,
Alhamdulillah... tempat kita masih terpelihara. Kesian lihat mangsa gempabumi di sumatera yg dipaparkan dalam berita...

Zaitun said...

aint-super-woman

Kita sepatutnya menjadikan bencana yang melanda sebagai pengajaran supaya kita lebih bertakwa kepadanya.

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam,
Kalau Allah menghendaki segala-galanya berlaku dengan sekelip mata.Kita sebagai hamba haruslah mentaati segala perintah-Nya.