Sunday, October 4, 2009

Luahan Hati Seorang Teman

Hari ni nak cerita luahan hati seorang kawan, jumpa kat majlis rumah terbuka. Agak lama tak jumpa masing2 sibuk tapi bila berjumpa banyaknya cerita yang nak diluahkan. Mulanya begini bila saya datang saya nampak dia duduk di satu sudut manakala suaminya very busy dengan kawan2 yang memang kenal lama. Riuh rendah dengan gelak ketawa tak tahulah apa yang mereka borokkan. Setelah mengambil makanan saya menuju ke tempat dia ( dah ada kerusi ) agak sunyi di satu sudut lalu menyapa'' dah makan, kenapa duduk sorang2'' sambil senyum dia menganggokkan kepala. Saya tanya lagi "boleh saya joint"dia jawab" sila" saya pun dengan senang hati duduklah bersebelahan dengan dia, sempat usik lagi" happynya cik abang"dia jawab "biasalah bila dia jumpa orang dia". Saya agak kehairanan dengan jawapan yang diberi "haik ada pula orang dia, orang kita, tak fahamlah you ni mentang2 dah lama tak jumpa banyak kedengaran yang pelik2" senyum lagi tapi saya dah mula nampak dimatanya dipenuhi air yang menunggu masa untuk mengalir. Rasa takut juga kalau2 ada kata2 saya yang membuatkan dia terkecil hati, saya sentuh lututnya kebetulan saya duduk mengadap dengannya. Apalagi akhirnya air yang bergenang tadi gugur juga, lalu saya hulurkan tissue dan biarkan dia buat seketika.


Beberapa saat (mungkin dah reda) dia mula membuka mulut sebelum tu tanya saya kalau nak cepat balik tapi melihatkan my hubby pun masih bussy berborak, saya pun menganggokkan kepala tanda setuju untuk mendengar.

Alkisahnya, tentang perihal suami yang dah lama hidup bersama tapi masih dengan perangai lama. Katanya kalau suaminya berjumpa dengan kawan2, jumpa saudara mara sebelah dia ( suami ) kalau ketawa buka mulut sampai ke telinga, berubah 360 darjah bila bertemu dengan keluarga sebelah dia pula. Tak ada angin ,tak ada sebab dia akan menjadi bisu seribu bahasa walaupun layanan yang diberi 1st class.Yang sedihnya menurut kawan saya tu bila di meja makan langsung tak bersuara tapi kalau keluarganya datang siap ambilkan makanan dan hulurkan pada mereka. Suara dan gelak ketawa tak boleh cerita, gamat, riang sangat2.

Bila hariraya kalau balik rumah keluarga suami siap tolong kemas rumah, berbelanja tak boleh nak ceritalah itu memang di wajibkan selain duit bulanan yang wajib di tambah. Yang paling sedih katanya bila nak balik ke rumah keluarga sebelah dia (isteri ) pula akan dilengah2kan tunggu sampai ke petang, tunggu teduh dan macam2 lagi alasannya. Pernah terjadi semua beg telah di masukkan ke dalam bot kereta, dah salam2, dah keluar pakai kasut tetiba ada saudara yang datang, boleh masuk balik bersembang walaupun menjelang malam.Tapi pernah juga berlaku sedemikian rupa di sebelah dia (isteri ) suaminya tetap menuju ke kereta selepas bersalaman di depan pintu. Pernah juga berlaku ketika dirumah kakak isteri tengah menjamu selera tetiba suami menyatakan dia kurang setuju anak2 dibawa adik pergi beraya kerana menurutnya nanti lambat nak kerumah keluarganya. Mereka ni dari satu negeri cuma dipisahkan beberapa buah pekan.

Yang paling menyayat hati ketika bapanya sakit tenat tak pernah sekali pun suaminya bertanya keadaan bapanya jauh sekali menalipon. ( tak pernah talipon semenjak kahwin.) Tentang perbelanjaan pula bapanya tiap2 bulan wajib dikirim selain sana sini tambahan tapi mentua dalam setahun mungkin sekali dua itu pun tak kurang dan tak lebih rm 50.oo ( lebih jelas bukan rm500.00 atau rm 5000.00 ). Katanya lagi semasa mereka baru kahwin bapanyalah yang mendahulukan duit muka untuk rumah pertama yang mereka beli. Layanan atau apa saja kekurangan, keluarga dialah yang akan menghulurkan bantuan, boleh dikatakan 1st class tapi sebaliknya berlaku kalau mereka ada masaalah kewangan atau apa saja.

Kali ni airmatanya semakin deras apabila dia menceritakan peristiwa ( dah lama berlaku) suaminya memukul dia gara2 dia menghalang suaminya memberikan wang lagi untuk hantaran perkahwinan kali ketiga bapanya ( setelah ibu kandungnya meninggal hanya beberapa bulan saja.) Dia bukan suka2 menghalang tapi duit dia sendiri (dapat kutu ) telah digunakan oleh suaminya untuk membeli cincin pernikahan bapanya dan berjanji akan memulangkan semula wang itu tapi menurutnya sampai sekarang masih belum dibayar. (dah bertahun2)

Sebelum ni ada juga saya dengar dari kawan2 lain tapi biasalah kita tak ambil pusing sebab kisah rumah tangga orang kita tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi bila mata saya sendiri menyaksikannya memang sahlah sikap suami yang berat sebelah (selalu terjadi pada sang isteri ) dan boleh dikatakan tak mengenang jasaaa...

P/s; Di jauhkan dapat suami yang sedemikian rupa, simpang malaikat 44 uuhhh...

7 comments:

aint-super-woman said...

Itulah dugaan berat yg terpaksa diharungi. Dari cerita tu, saya dapat bayangkan yg si suami mmg x boleh dibawak berbincang. Beruntung sang suami sebab tak jumpa buku dgn ruas !!! Kalau tidak, pasti huru hara !

Husband should be proud of his wife...bila jumpa kawan2, perkenalkan isteri dulu !! Itu yg hubby saya selalu buat.

Saya pantang kalau dengar org berat sebelah tentang hal keluarga. (walaupun tak dinafikan saya pun kadang2 terasa saya melebihkan family saya dari segi perasaan, dari segi layanan tetap sama).

Kesian kawan akak, mesti makan hati. Agaknya suami tak cukup ilmu bahawa nilai ibubapa dan ibubapa mertua adalah sama ! Akan dinilai di akhirat kelak.......

Mudah2an Allah akan beri petunjuk pada si suami. Moga2 satu hari dia akan sedar....bahawa setiap tindak tanduk akan ada balasannya.....

silversarina said...

geram je baca, kenapalah macam tu sekali perangai suami yang sepatutnya menjadi teladan buat keluarga .

Zaitun said...

aint-super-woman

Memang saya tabik kat dia,orangnya lemah lembut,taat dan penyabar.Adatlah ada lebih kurang tapi taklah sampai tak sedar diuntung.Family isterinya lebih berduit dari family dia.

Zaitun said...

silversarina

Saya rasa betul apa yang di tulis Fa(betul ke panggilan tu).Suaminya kurang ilmu.

Ibu n Abah said...

Salam asw
Insafnya akak baca kisah ni. Memang makan hati si isteri dgn kerenah si suami begitu.
Wassallam.

Ibu n Abah said...

sori silap...
salam zaitun....

akak tengah dialysis, mata dah kelabuu.. dok ingat blog aint-super-woman...
sori.. banyak2.

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam,

Takpe,kak Zai faham dan turut simpati dengan penyakit Ibu n Abah.
Walaupun Allah beri sedikit dugaan tapi Allah juga anugerahkan pada Ibu n Abah seorang suami yang penyayang dan bertanggong jawab.

Takut ya bila dapat suami yang kurang perihatin dengan perasaan isteri.