Tuesday, October 6, 2009

Kedai n Kisah Derita Anak

Dah 12 tahun saya menjadi suri rumah sepenuh masa ini bermakna dah 12 tahun juga saya telah menjualkan kedua2 buah kedai saya. Saya menjual kedai kedua kerana saya terpaksa mengambil alih kedai pertama saya buka yang dikendalikan oleh kakak sulong ( ibu tunggal) balik ke Perak kerana anaknya telah membelikan dia sebuah rumah. Dialah yang menolong saya mengendalikan kedai tu.Walaupun ada pembantu lain yang boleh membantu saya tapi disebabkan banyak urusan yang tak dapat saya lakukan sorang2. Kedai ni juga berjauhan dari rumah yang memaksa saya keluar pagi2 dan balik hingga kelarut malam. Anak2 saya tinggalkan dengan pembantu rumah sepenuh masa. Kadang2 nak jumpa anak pun susah bila balik mereka dah tidur, keluar rumah pun mereka masih tidur lagi.

Empat tahun kemudian satu lagi kedai terpaksa saya jual ... yang ini kerana derita salah seorang anak saya. Walaupun berat sekali membuat keputusan tapi disebabkan anak bongsu saya mengalami hipbone dislocated (tercabut) semasa umur dia 9 bulan. Dia mengalami demam berlarutan selama 2 bulan sehinggalah my hubby membuat keputusan membawa dia berjumpa dengan pakar. Kami diarahkan membawa my baby ke hospital dimana dia dilahirkan (Pusrawi, Kl) doktor disitu mencadangkan kami berjumpa dengan salah seorang doktor pakar(kenalan dia) Bila kami berjumpa dengan dr pakar tu barulah tahu apa punca my baby mengalami demam yang berlarutan.

Dua hari selepas dimasukkan kedalam wad, pembedahan pun dijalankan. Keluar saja dia dari bilik pembedahan dari badan hingga kekaki kiri dibaluti dengan simen. Bayangkan my baby terpaksa memakai benda ni selama 6 bulan, kita semua maklum benda ni rasanya panas dan tempat yang dibaluti rasa gatal. Bermulalah episod menangis sepanjang hari kecuali dia tidur. Rawatan demi rawatan dilakukan selain setiap 2 bulan simennya akan ditukar dan dipendekkan, yang kelakarnya warna pun bertukar2 colour, 2 bulan merah , 2 bulan hijau, dan 2 bulan lagi pink.Walaupun badannya berbalut dia tetap seperti kanak2 lain cuba berdiri dan berjalan (senget). Masa yang paling mencabar ialah semasa nak memandikan, saya terpaksa tonggengkan badannya dan rendamkan kepala kedalam besen lepastu lap2kan air ketempat yang tak berbalut. Sepanjang masa dia tidak memakai baju selain napkin dan kalau saya membawa dia keluar saya akan pakaikan singlet yang berlubang2 dan tak boleh terdedah cuaca panas.


14-1-1998 adalah tarikh keramat bagi saya kerana anak saya telah pulih walaupun masih berulang lagi kehospital. Pertama kali badan dan kakinya dibuka (setiap kali tukar my hubby yang masuk) ia kelihatan hitam dan yang membuat saya amat terkejut ( air mata meleleh) ketika melihat kakinya dipenuhi bulu yang tebal. Alhamdulillah atas saranan doktor yang merawat kulitnya kembali asal. Masih lagi menerima rawatan tapi hanya setahun sekali.Tahun lepas semasa berjumpa doktor, dia beritahu my girl adalah pesakit yang paling lama menerima rawatan. Appointment seterusnya December akan datang dan saya berharap tidak ada lagi rawatan . Setelah 13 tahun berlalu inilah my baby yang dah jadi girl, cute pula tu hehehe sayanggg mama.


Disini saya paparkan gambar2nya semasa rawatan dan yang latest.

seminggu selepas pembedahan.


cube jalan walaupun senget.


tengok la dia posing macam tak ade ape2 kat badan dia.


comelnye baby nie...cover sikit... malu..

cute kan ...latest...gambar raya..

taraaa...jangan terkejut lagi..nie orang yang same..dia test baju baba dia sebelum pakai di pagi raya..

11 comments:

silversarina said...

Ooo tak sangka si comel tu sakit masa kecik, Alhamdulilah dia dah pulih .

salam sayang buat adik .

FaAtip said...

Setiap ujian Allah tu mesti ada hikmah nya, cuma sebagai manusia biasa kadang2 memang lah kita rasa teruji.

Lawa jugak anak dara tu yee... :)

Ibu n Abah said...

Salam kak zai,
(Bila tenguk anak dah besar macam tu, tentunya kak zai ni berpangkat akak dari saya...)
Comelnya gambar masa dia kecil dulu.. tapi.. bila besar... tak sangka dulunya kena menjalani pembedahan untuk bagi berjalan. Kuat betul semangat anak kak zai tu. Skrg dah berapa umurnya?

Zaitun said...

Rina

Ramai yang tak tahu dia sakit masa kecik bila tengok gambar terkejut.

Kadang2 bro n sis dia selalu ejek, dulu adik jalan senget.

Zaitun said...

aint-super-woman

Masa dia sakit tu kadang2 tension juga bila dia nangis,saya pun turut nangis.Itulah dugaan buat saya.

Tq, lawa ke? hehehe

Zaitun said...

W'salam

Dah 13 tahun. masa dia sakit umurnya setahun lebih.Kak Zai pun selalu nangis bila tengok dia nangis.Tak tahu nak buat apa sebab masa tu dia belum pandai bercakap lagi.

Kak Zai ada 3 lagi anak atas dia memang umur kita jauh bezanya.Kalau tak keberatan beritahulah nama.

Ibu n Abah said...

Salam kak zai,

Nama saya rahmah. Pernah kakak ipar saya mempunyai anaksaudara yang mengalami sakit tulang macam tu. (Tulangnya tak cantum)...
Tabah juga kakak kepada kak ipar saya dok menghantarnya ke sekolah. Kena dukong masuk kelas, makan di kantin dan ke tandas.
Tapi anak kak zai sudah boleh berjalan sekarang.
Syukur Alhamdulillah.

Nherin said...

cutela untie syalinie pakai baju melayu tu. hehehe... nie Erin.

Tepi Sungai Batu said...

Salam ziarah dari Pak Man,
Demi anak apa saja kita sanggup lakukan.....
Alhamdulillah semua nya dah ok sekarang.

Zaitun said...

Ibu n Abah

Wslm.

Syukur semua dah selamat.Semua yang berlaku ada hikmahnya.

Zaitun said...

Manlaksam

Wslm Pak man.

Alhamdulillah berkat kesabaran semuanya dapat dihadapi.t.kasih.