Tuesday, September 29, 2009

Puasa n Pisang Goreng

Alhamdulillah, berjaya juga saya mengotakan janji tak nak makan banyak lagi selepas makan beraya tempohari. Semalam dan hari ini saya puasa sunat insyaalah kalau diizinkan Allah saya akan lakukan sampai 6 hari.Yang seronoknya saya berpuasa ditemankan oleh hubby dan si adik (anak bongsu).

Sebelum adik pergi sekolah (sesi petang)

Mama: adik nak mama masak kuih apa untuk berbuka?

Adik: pisang goreng (salam terus naik kereta)

Mama: pisang goreng , ishhh...

Kebetulan hubby tak kerja, hantar adik ke sekolah (selalu jalan kaki) saya suruh singgah kat kedai untuk membeli pisang. Petang tu saya masak ayam masak merah (kegemaran adik) sup sayur dan pisang goreng.

Waktu berbuka tiba kami pun ready di meja makan. Azan berkumandang kami dahulukan makan kurma dan minum air kosong, tapi si adik selepas dia makan sebiji kurma terus tangkap pisang goreng dan pandang saya

Adik: nak makan pisang goreng dengan apa?

Mama: opps! sorry, mama lupa

Adik: kan selalu adik makan pisang goreng kena cicah dengan sambal

Mama: cicah aje dengan ayam sos, kan sambal juga

Adik: tak sedap (muka masam)

Itulah anak2 saya kalau apa saja makanan yang bergoreng mesti nak dicicah dengan sambal.
Kadang2 kita sebagai ibu ada juga yang kurang alert kegemaran anak2.

4 comments:

Ibu n Abah said...

Salam pn. zaitun,
selalunya adik cicah sambal apa kalau makan goreng pisang.? Cicah kuah kicap dan cili api pun sodap kan...

FaAtip said...

Ooo...kalau kami pulak, goreng pisang selalunya colek dengan susu pekat manis.

We all ni tak start puasa pun lagi. :(

Zaitun said...

Ibu n Abah

W'salam,selalunya anak2 saya suka cicah dengan sambal tumis ikan bilis.

p/s; panggil saja kakak lebih mesra.

Zaitun said...

aint-super-woman

Kalau susu pekat manis lawannya pancake.Begitulah selera anak2 saya.

Puasa awal sebab lepas ni banyak jiran2 yang buat rumah terbuka.