Tuesday, November 17, 2009

Petai

besarnya mata dia

Sebut pasal petai...keluarga saya memang tak dapat dipisahkan dengan petai. Semua adik beradik, anak2 saudara memang HANTU petai kecuali anak2 saya. Dulu masa kecik2 ada juga diaorang mencuba tapi my hubby tak bagi makan kononya budak2 tak elok makan benda yang berbau. Bila dah besar dah tak tahu nak makan.
Pernah satu ketika adik saya dari Taiping bawa satu bundle petai kerumah adik diseksyen 13 Shah Alam. Lauk kami pada hari itu selain ayam dan ikan ialah sambal petai ikan bilis . 45 papan petai jadi korban untuk dibuat sambal, dan jangan terkejut ikan bilisnya amat sedikit kalau dibandingkan dengan petainya.
Yang paling kuat makan petai ialah Naqib anak buah saya yang berumur 15 tahun. Kalau ikut selera dia hari2 pun boleh makan sambal petai tanpa lauk lain. Dan kalau boleh tak payah dicampur dengan ikan bilis atau udang hanya petai sahaja. Rasanya kalau buat pertandingan makan petai boleh jadi juara.
Semalam anak buah saya balik dari Perak bawa lagi petai dan hari ini lauk makan tengahari saya sambal petai ikan bilis. Nampak tak ikan bilisnya dalam photo dibawah tu. My hubby complain banyak sangat petai dari ikan bilis, bagaimana dengan anda kat luar sana kalau buat sambal petai, yang mana lebih banyak ikan bilis atau petai?
lauk tengahari

nampak tak ikan bilisnya?

5 comments:

aintsuperwoman said...

Petai memang favourite kitorang. Cumanya fa ni banyak angin, so kalau makan petai kadang2 boleh buat sakit kepala. tapi..ahhhh...tak kira..kalau kak zai nak tahu, fa makan petai dari kecik lagi. hehehe...dan benda tu menurun pulak kat Asyiq !! Ya Tuhan, sukanya dia makan petai, tak sampai hati pulak kita nak larang. hehehe....apa2pun fa memang cepat terliur kalau ada petai. Kak zai biasa makan petai rebus atau petai bakar tak?

silversarina said...

kat rumah ni saya jelah yang makan petai, hubby teramat jarang makan , anak2 memang never ever makan sebab dulu2 memang saya pun tak pernah makan kecuali bila balik kampung . sekarang ni kalau masak sambal tumis kena asing yang ada petai dan tak de sebab sorang je makan yang berpetai.

Ibu n Abah said...

kak zai,
petai memang sedapppp. masak lemak cili api ngan ikan... bertambah2 nasi....

cikmanggis said...

makan petai mmg sedapp tapi lepas makan tu..ehem ehem..baunya pun sedap.cm mmg sgt suka petai

Zaitun said...

aintsuperwoman

Kak Zai kalau makan petai mesti sakit tekak tapi sedap punya pasal lupa semua tu.Jarang rebus atau bakar selalu buat sambal aje.


silversarina

Kalau masak untuk sorang malas nak buat kan mesti ada geng baru enjoy makan.


Ibu n Abah


Kak Zai suka makan gulai petai yang dicampur bermacam2 sayur tu.Makan mesti menambah.




cikmanggis

Bau tu memang tak boleh nak elak bilik air jadi mangsanya.