Friday, November 13, 2009

Sweet Memories

Seronok sesangat bila dapat kumpulkan anak2, makan sesama shopping sesama jalan2 pun sesama. (banyaknya sesama) n3 ni nak cerita pasal anak dan menantu saya yang balik dari Uk. Pagi tu kami hanya bersarapan dirumah, saya hanya sempat buat toasted bread dan scramble eggs aje sambil makan sambil berborak. Lepas makan mereka minta diri untuk tidur sekejap, saya sempat warning tidur jangan lama2 sebab banyak perkara yang nak dibincangkan. Malamnya mereka ke Sunway Piramid jalan2 sambil cuci mata saya tak ikut sebab banyak benda yang saya nak buat.

makan McD di sunway pyramid

topping si kakak yang decorate

make a wish

sedap sehingga menjilat jari

Dalam pada tu sempat juga saya dan hubby buat cadangan untuk buat surprise, disebabkan hari jadinya jatuh pada 14 nov, kami nak adakan makan2 untuk keluarga terdekat. Mereka hanya berada di Malaysia hanya seminggu oleh itu kami adakan jamuan tu pada hari sabtu hari kedua mereka disini. Kami menempah nasi ayam dari seorang kawan dan yang lain2 makanan semuanya saya masak sendiri termasuklah saya sediakan sebiji kek (American choc) resipe dari ummizaihadi untuk hari jadinya, terima kasih ummi saya cp ya. Ramai juga yang datang sebab semasa mereka balik 3 tahun lepas ramai keluarga tak dapat berjumpa sebab masa tu mereka menyambut anniversary dan banyak masa tinggal dihotel. Lepas tu balik sekali lagi semasa my hubby masuk hospital tapi masa tu hanya anak balik seorang tanpa menantu.


pengantin dah basi hehe

beg je besar tapi isinya kosong

Hari ketiga kami bersarapan nasi goreng, toasted bread and sosej lepas tu kami ke Ikea saja nak jalan2, sempat juga menjamu selera di food court Ikea.Tak banyak barang yang saya beli sebab sebelum tu saya dah pun merembat pinggan mangkuk untuk digunakan pada hari raya tempoh hari. Malamnya kami ke Kajang nak makan satay tapi sebelum tu kami ke kedai kawan untuk photoshoot buat kenangan. Dulu semasa mereka kahwin hanya memakai pakaian moden dan kali ni nak pakaikan mereka pakaian songket.

di Masjid Putrajaya

two brothers

Hari keempat anak kedua saya bawa mereka berjalan2 ke Putrajaya sampai kepetang, saya pula sibuk memasak untuk makan malam. Saya masak ayam panggang yogurt resepi dari Cm, terima kasih Cm saya cp lagi ya, sedap ayamnya. Selain dari tu saya masak sambal udang, goreng ikan dan goreng kobis. Malam tu habis licin semua makanan, saya tak payah nak menyimpan lebihan makanan macam selalu mungkin sebab mereka rindu dengan masakan melayu, happy sesangat sampai menjilat jari dan entah berapa kali "tq for dinner". Sejak mereka disini tidur kami sekeluarga pun hanya beberapa jam sahaja tak habis2 berborak sambil makan2, penat tu tak boleh cakaplah tapi disebabkan jarang dapat bersama semuanya jadi seronok.

si kakak dengan big bronya

Malamnya 4 beranak sempat ke Petaling Street manakala saya, kakak, dan adik packing barang2 untuk pergi holiday ke Bukit Merah, my hubby booking untuk 2 malam. Pagi selasa kami memulakan perjalanan menuju ke destinasi, macam2 peristiwa berlaku didalam kereta gurau senda, usik mengusik dan macam2 lagi, terasa bahagianya hidup syukur kepada Allah diberi kesempatan yang sangat berharga.

penginapan kami

Kami sampai ke Bukit Merah lebih kurang pukul 3pm terus masuk ke bilik, rehat sebentar anak2 terus ke swimming pool, saya dan hubby hanya berehat sambil menoton tv bila semua dah puas mandi manda, lepas maghrib kami ke pekan Taiping untuk ke zoo safari tapi sebelum sampai kesana kami makan malam dulu dipekan Taiping. Malangnya setiba kami ke zoo hujan mencurah2 tapi terpaksa juga masuk sebab hubby dah beli tiket.Tak dapat tengok binatang dengan jelas sebab kebanyakanya menyorok dibawah teduhan mereka dan kami pula tak dapat turun dari tram yang disediakan. Walau apa pun kami tetap enjoy dapat bersama2 melawat safari dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Dalam hujan2 perut pun terasa berkeroncong kami pun mencari tempat makan kebetulan ditepi jalan terjumpa pizza apalagi masuk dan makan2 lagi.

Disebabkan hujan yang berpanjangan hubby membuat cadangan pagi besoknya kami akan ke Pulau Pinang. Melompat keriangan dan hubby nak semuanya tidur awal supaya besok awal2 lagi boleh bertolak tapi tak tidur juga, inilah seronoknya bila dapat berkumpul terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama.

di penang

Awal pagi sebagai mana yang dijanjikan setelah bersarapan di hotel kami bertolak ke Pulau Pinang, kami menaiki feri untuk menyeberang dan tempat pertama kami lawati ialah Cable Car. Setelah itu sempat juga kami merembat nasi kandar yang memang terkenal disana, kami juga ke Komtar, menyusuri bangunan2 bersejarah, waterfront dan tak ketinggalan ke Batu Feringgi. Disini kami membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan hadiah. Tidak menginap di Pulau Pinang, kami menaiki jambatan Pulau Pinang untuk balik semula ke Bukit Merah. Makan malam kami hanya singgah di R&R Juru, agak lewat juga kami sampai, sangat meletihkan sepanjang hari berjalan.

menaiki bot ke pulau orang Utan

kalau ke Bukit Merah tidak sah kalau tak melawat si comel ini

si adik dengan big bronya

Hari ketiga kami di Bukit Merah, kami melawat orang Utan di dalam pulau dan kalau nak kesana terpaksa menaiki bot yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk sampai. Selepas tu kami ke Eko park. Disini terdapat beberapa jenis binatang, animal show dan yang paling menakutkan saya untuk menaiki skylift yang hanya menyusuri tali berpasang-pasangan. Hanya waterpark saja yang kami tak pergi disebabkan masa yang tak mengizinkan. Petangnya kami tinggalkan Bukit Merah dengan seribu kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Kami singgah sebentar ditol Simpang Pulai sebab nak berjumpa dengan sahabat lama untuk menemukan anak dan menantu yang dah agak lama tak bersua. Selepas tu kami meneruskan perjalanan untuk kembali ke rumah.

ecopark

Sampai di rumah mandi dan keluar semula untuk makan malam di Kampung Baru. Kali ni kami makan western food dikedai yang memang selalu kami kunjungi sebab situasi yang mendamaikan dengan iringan pemuzik jalanan. Ini adalah makan malam terakhir bersama semua anak2 untuk cuti tahun ini. Dan yang paling menyedihkan apabila saat perpisahan berulang lagi dan saat ini membuatkan masa yang amat lama untuk saya lupakan, ya goodbye untuk mama, goodbye untuk baba dan goodbye untuk adik2.

Pagi Jumaat sekali lagi airmata bercucuran disaksikan KLIA....Abang Long berjanji umur panjang tahun depan pasti balik Malaysia....Insyaallah

8 comments:

Ibu n Abah said...

kak zai,
seronok kan bercuti2 sekeluarga..

silversarina said...

Meriahnya bila dapat bersama , bergurau senda,bercuti bersama ... hiba saya baca kat akhir entry tu.... tak pe InsyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi /

cikmanggis said...

salam zai,wah rupanya zai ni punyai anak-anak dah besar panjang.Alhamduilah seronoknya!mmg saat yg paling cm tak suka bila anak balik ke uk.Rasa tak tau bila dapat jumpa...pada hal tiap-tiap hari anak cm tpon...zai dah ada cucu ke blom?

cm doakan agar zai berbahagia dgn anak menantu..

Zaitun said...

Ibu n Abah

Memang seronok apa lagi bila dapat semua anak dapat berkumpul.

Zaitun said...

silversarina

Kalau dah berkumpul mana tak meriahnya abang2 asyik menyakat adik riuh rendah rumah dibuatnya.Kak Zai mudah hiba tambah dah berumur tapi perangai gila2 juga.

Zaitun said...

W'salam cm

Anak2 saya dah besar dah,umur pun dah t...tapi belum ada cucu.Dah kahwin 3 tahun tapi nak relax dulu katanya jangan kempunan sudahlah hehe

Anak cm dah kahwin ke belum?ada cucu dah?
Terima kasih, kita sama2 doa ya semuga anak2 sentiasa mengingati kita walau dimana mereka berada.

FaAtip said...

amboi, seronok dan sibuknya kak zai kita.

menantu kak zai makan tak sambal belacan? Nanti dapat cucu, mesti cute mute punya.

Zaitun said...

aintsuperwoman

Sambal belacan belum pernah bagi tapi kebanyakkan makanan melayu dia makan kecuali ikan sebab badan dia akan jadi gatal bila makan ikan.Paling dia suka rendang ayam atau rendang daging.

Fa,

Tak tahulah cute ke tak tapi kak Zai dah minta kalau dapat baby katanya nak relax dulu, camno...