Friday, December 25, 2009

ANNIVERSARY



HAPPY ANNIVERSARY YANG KE 26

Hari ini 25 Dec genap 26 tahun perkahwinan saya dan hubby.Tak ada apa yang special cuma kami anak beranak pergi menjamu selera. Mulanya dah semua setuju nak makan kat Restoren Nelayan Titiwangsa pada malam Sabtu, tapi siakak tetiba cal pada hari Rabu, dia suruh datang ke Melaka ambil dia pada petang khamis sebab examnya habis pukul 12.00 tengahari. Hubby cadangkan kami makan saja kat Pernu, Umbai Melaka.


Hari Khamis kami ke Melaka sampai lebih kurang pukul 3.00 petang , ambil kakak kat kampus terus pergi Tesco sebab nak makan nasi berlaukkan asam pedas daging tetel (cincang). Sebelum ni kami pernah makan kat sini sedap aje rasanya tapi kali ni tak menepati tekak saya pula. Hubby pula beli kat kios lain nasi dengan asam pedas ikan malang juga, nasinya banyak hitam2 sebab beras yang digunakan memang beras yang tak ada grade. Adik pula memesan mee goreng rasa bolehlah tapi hanya terdapat 2 ekor udang (sederhana aje besarnya ) dengan harga rm5.00.Manakala kakak pula dah makan dikampus dan saya hanya memesan ABC special untuknya, satu scoop icecream yang membuatkan dia special.




Lepas tu kami ke Dataran Pahlawan, tak beli apa2 pun cuma sikakak beli mask kat The Face Shop. Habis jalan2 jam pun dah menunjukkan pukul 6.30 ptg kami terus ke umbai tapi sebelum sampai kami singgah dimasjid yang terdapat dikampung tu, Lepas magrib kami pun sampai ke tempat makan yang selalu kami pergi kalau pergi Melaka. Nama gerainya Restoren Parameswara. Tempatnya lapang berdekatan dengan laut dan boleh tengok sampan2 kecik mungkin nelayan sedang mencari rezeki. (Sepatutnya kalau malam Jumaat pergi kat masjid baca Yassin berjermaah).




Bila sampai kat restoren tu saya dan hubby ketempat memilih menu yang nak diorder lepas tu kami diberi no meja. Tak lama menunggu makanan tiba dan apa lagi bermulalah upacara makan2, lauk yang dioder ikan siakap 3 rasa, sambal udang, kepah sweetsour, ikan pari bakar, sotong goreng tepung dan syur kangkung belacan. Sebelum tu dah tibai dulu otak2 dan buah2an. saya memilih air kelapa, adik apple jus, hubby dan kakak memilih air kosong saja. Gambar yang di snap semuanya hitam maka tak dapatlah nak dikongsi. Kami menghabiskan masa disitu sampai pukul 9.00 dan sebelum balik kami sempat menunaikan solat isyak disurau yang di sediakan.


Hadiah ?...my hubby tak bagi pamerkan takut macam menunjuk2 pula. Sorry ya....



10 comments:

Ibu n Abah said...

Tahniah kak zai,
semuga dipanjang jodoh hingga keakhir hayat dan kehidupan yang dirahmati dan diberkati....
( Dapat ke saya menyampai ke 25 tahun?.... Apa lah agaknya suasananya ya?... OOOOppppssss tumpang stage kak zai lak...)

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Tahniah kepada kamu dan suami..

semoga bertambah tambah lah angka perkahwinan itu hg ke akhir hayat....

silversarina said...

Happy anniversary buat akak dan hubby !!

Makan2 yang buatkan saya menelan air liur semasa membacanya , nasib baik tak de gambo ..hihi.

roslaini saad said...

Tahniah Kak Zai...semoga berkekalan selamanya...

Zaitun said...

Terima kasih semua atas ucapan yang diberikan.Mudah2an jodoh kita semua berpanjangan hingga ke akhir hayat.
AMIN...

aintsuperwoman said...

selamat menyambut hari ulangtahun ye...semoga bertambah2 kasih dan sayang...hehehehe

Zaitun said...

aintsuperwomen


Thank you Fa mudah2an, kalau boleh kasih dan sayangnya berkekalan sampai bila2.

azieazah said...

Happy 26th Anniversary Kak ZAI.. Moga jodoh berkekalan..

tak kira apa hadianya, yg penting sama-sama merasa nikmat bahagia keluarga...

E-na Zarina said...

Salam...hepi anniversary kak, semoga sihat selalu dan berbahagai ke akhir hayat...

Zaitun said...

azieazah n E-na Zarina

W'salam

Terima kasih atas ucapan semuga you'll juga berbahagi hingga keakhir hayat.