Monday, December 21, 2009

Ikano,Curve,Ikea

Sunday afternoon tak tau nak buat apa ajak hubby go jalan2, boring duduk rumah. Siap lebih kurang fikir mana nak pergi, adik bagi cadangan pergi Ikano sebab kat situ ada pet shop boleh beli baju untuk Kim (rabbit). Hubby setuju kami pun ronda kat kedai tu berjam2 lamanya puas cari baju untuknya tak adalah pula kalau untuk kucing atau anjing macam2 fesyen ada tapi untuk rabbit tak ada. Saya bertanya kat salesman kat situ kalau ada jual pampers atau seluar kecik untuk rabbit sebab kadang2 saya biarkan kim jalan2 kat dalam rumah.Taiknya berterabur tapi nasib baiklah ketul2 kecik dan kering pula. Susah nak cari keperluan untuk rabbit menurut hubby kalau rajin cuba jahit sendiri. Orang macam saya kalau menjahit mesti tak jadi sebab pegang aje jarum dah menjerit tercucuk jari.Tangan dah keras untuk menjahit.



Lepas habis kat Ikano kami menyeberang jalan melalui jejantas ke Curve mall. Disini saya masuk ke kedai FOS, hubby try sehelai t.shirt dan adik tangkap satu cardigan tapi saya ambil satu untuk kakak sebab bila dia balik nanti mesti dia pun minat. Untuk saya tak beli apa2 sebab baru saja beli baju tapi saya pekenan satu handbag di kedai HOL. Memandangkan harganya mencecah 4 angka terfikir juga sebab hari raya tempohari saya dah pun membeli satu handbag berwarna putih. Menurut salesman kat kedai tu edisinya terhad sebab itu mahal, tapi memang cantik. Saya memang suka apabila melihat handbag, tapi selalunya bila saya dah pegang mesti harganya mahal, hubby kata tangan berhantu.



Sempat juga ke MPH mencari kalau2 ada buku yang nak dibeli tapi mengenangkan masih ada buku yang dihadiahkan anak masih belum habis saya baca maka kami keluar tanpa membeli apa2. kami solat maghrib disini sebelum patah semula ke Ikano tapi terus menuju kemana lagi kalau bukan ikea (kedai kegemaran). Disini pun kami tak beli apa2 cuma round and tengok2 aje. Tapi kalau dah sampai kat Ikea tak sah kalau tak makan meat ball dia, tapi sebelum tu dah beli karipap, yang ni wajib beli tapi kali ni saya beli setengah dozen saja sebab nak makan meatball. Habis makan kami keparking area sebab dah tak lalu berjalan lagi sebab kekenyangan. Kami terus balik rumah.

Kalau pergi area ni untung dalam satu kawasan ada banyak shopping kompleks termasuk hypermarmarket. Bangunannya berdekatan antara satu sama lain. Boleh shopping atau window shopping.


pet shop kat Ikano

beli 2 sets meatball satu untuk saya dan satu untuk hubby



hotdog untuk adik

7 comments:

Ibu n Abah said...

Hmmmm...
meat ball kat ikea yer....
Kak zai boleh JJCM pulak yer...

aintsuperwoman said...

Bila berkenan mesti yang mahal.
Biasalah tu kak zai, barangan yang branded ni cepat betul menangkap. Siapkan duit jeeeee....tapi, tapi, handbag 4 angka!!! Setakat ni, beg fa 2,3 angka je...hehehehe....

syamimi azmira said...

jealous2. Huhh nak jugak sosej tu :(

azieazah said...

Wahhh bestnyer Kak ZAI... saya belum pernah lagi pegi tempat2 yg disebut tu...

Tangan berhantu? mujur ler tak kuar asap..hehehe

Zaitun said...

Ibu n Abah

Nak ganti pengacara jjcm tak boleh la sebab kak zai makan tempat biasa2 aje.


aintsuperwoman


Fa

kalaulah suami kita jutawan boleh beli apa saja yang kita nak, bestkan.Hahaha...


syamimi azmira


Boleh-boleh,tapi bayar sendiri,kan ada allowance.


azieazah


Azie cubalah sekali mesti nak pergi 2kali n berkali2 hehehe....

Kalau dah namanya perempuan yang kaki shopping mesti tangannya berhantu huhuhu

Ibu n Abah said...

kak zai,
walau dimana kita pergi makan, bersenjatakan kamera... ambil gambar dan bagilah ulasan.. kalau memang sedap, tak kira mana.. sure saya pergi jugak....

Zaitun said...

Ibu n Abah

Betul tu,kak Zai pun macam tu juga tak kira kat mana,kalau sedap kak zai masuk n makan yang penting kedainya mesti bersih.