Tuesday, December 1, 2009

Kabut n Kim

Ahad lepas saya ke pasar kabut lagi selepas hantar kakak ke station bas Shah Alam untuk balik ke Melaka. Pagi tu hujan, mulanya hubby tak nak pergi tapi saya pujuk akhirnya mengalah juga. Nasib baik dapat parking dekat dengan gerai2, hubby bawa payung walaupun hujan sudah mulai berhenti. Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai, mana barang yang saya minat terus beli macam tuala dapur, pencuci barang2 tembaga (tak banyak mana pun tembaganya) yang memang dah lama saya cari. Sampailah satu gerai ni saya tengok ramai sangat orang, saya dan hubby pun mencelahlah juga nak tengok apa barang yang dijual rupa2nya gerai tu menjual arnab tapi arnab ni tak besar macam arnab yang biasa kita tengok. Menurut tuan kedai tu arnab ni adalah arnab kacukkan hamster.







Sebenarnya saya ni taklah dikategorikan suka memelihara binatang tapi kerana comelnya arnab ni membuatkan saya terpikat. Saya dan hubby pun pilih yang mana satu nak beli akhirnya saya ambil arnab yang badannya berwarna putih dan kelabu, telinganya bewarna hitam dan coklat. Saya beli seekor aje sebab takut tak mampu nak jaga . Selepas habis urusan jual beli kami tinggalkan dulu arnab dikedai tu sebab masih banyak lagi gerai yang saya nak tengok.





Sambil jalan sembang2 dengan hubby, sempat juga my hubby singgah ditempat pameran kereta keluaran baru Alza, keretanya boleh masuk 7 orang penumpang tapi c.c nya cuma 1.5 saja. Saya tak berapa minat, cuma tengok2 ajelah. Lepas tu kami jalan lagi tujuan saya untuk mencari pokok orkid tapi minggu ni tak adalah pula mungkin sebab masih cuti hari raya. Dah habis pusing kami ke gerai arnab semula untuk mengambil arnab yang sudah ditempah. Sebelum balik rumah saya singgah dikedai minum kerana kehausan walaupun sebelum ke kabut tadi saya dah pun bersarapan diRestoren Teratai.





Sampai kat rumah adik dah ada kat depan gate tolong keluarkan barang2 dari boot, saya bawa kotak yang berisi arnab, bila masuk rumah keluarkan arnab alangkah terkejutnya adik gembira tak terkata. Arnab ni saya namakan dia KIM tapi saya suka memanggilnya KI..KIM. Manja sangat suka duduk atas pangku sambil dibelai dan dia suka makan buah sengkuang yang dipotong kecil2. Sampai hari ni kami semua amat suka melihat gelagatnya yang suka mencuci muka dan apabila berdiri lagaknya sama seperti kanggaru. Kim amat menghiburkan, satu2nya binatang yang dapat melembutkan hati saya untuk dijadikan pet.





.

8 comments:

Ibu n Abah said...

kak zai,
Share lah gambar cik kim....

Zaitun said...

Ibu n Abah

Nak amik gambar tu yang jadi masaalahnya.Anak kak Zai tak bagi sebab sebelum ni amik gambar kucing dia lepas tu mati tapi tak boleh percaya semua ni syirik kannn...

azieazah said...

Salam Kak ZAI... mesti comey kan. Saya tak minat bela pets... kucing pun tak bela..

hmmm.. seronok baca blog Kak Zai..

hazeleyed lady said...

Ass-salam
Datang ziarah rumah sis ni.
Saya pernah bela Arnab masa anak dara dulu...Arnab memang comel...tapi kuat makan...
Semoga sudi bersahabat.
Welcome to my blog

Zaitun said...

azieazah

W'salam
Dulu kak Zai pun tak minat ada pet tetiba aje sebab nampak comel.

Zaitun said...

hazeleyed

W'salam

Terima kasih sudi singgah dan jadikan kak Zai sahabat.Kak Zai tak berapa suka dengan binatang tapi tengok arnab tu comel itu yang baru nak cuba bela.

Kak Zai dah jenguk blog ada keserasian minat pada pokok ya.

Azura Suhaimi said...

salam kak zaiton kita dtg ni, mekase sudi dtg blog kita...folow & link akk ye..

Zaitun said...

Azura Suhaimi

Terima kasih sudi singgah.