Monday, November 23, 2009

Dobi n Pancake

Cairkan butter, kacau jangan tak kacau

bancuhan tepungnya dah siap


satu senduk dah cukup


taraaa dah jadi




yum yummm pancake.....




hot choclat sedap sejuk2 ni




Sibuk sikit sehari dua ni cuti sekolah adalah sedara mara yang berkunjung. Lepas tu pc pula buat hal cuaca pun tak seronok sentiasa lembab rumah dah jadi kedai dobi. Kalau dulu musim hujan boleh dapat duit lebih, ramai yang hantar kain kat dobi tapi sekarang saya pula yang menghantar kain baju kedobi. Zaman dah berubah.
Cuti2 sekolah ni anak dapat tolong buat kerja rumah, tak terlepas anak gadis saya tapi hanya beberapa hari saja sudah complaint tangannya sudah kasar disebabkan sunlinght sabun pencuci pinggan. Kita yang berpuluh2 tahun membuat kerja2 tu tak pula dia bising tangan mama dia kasar ke apa ke itulah anak2 zaman sekarang manja sebab semua kemudahan sudah tersedia.
Dalam merajuk tu cair juga bila dipujuk lepastu ajak kedapur untuk menyediakan breakfast. Tengoklah jarinya yang memegang periuk macam takut2 aje tapi akhirnya berjaya juga dia melaksanakan satu tugasan yang boleh dipuji. Breakfast kami pancake dimakan bersama jem dan minumannya hot choclat.100% buat sendiri mama dia pantau aje. Thanks sayang atleast for the first time you did it. Next time menu lain pula ya .....

6 comments:

Ibu n Abah said...

kak zai,
pandai anak dara buat sarapan... dah boleh tempah borang kalau chamggini

Zaitun said...

Ibu n Abah

First time masak, dia lebih suka kemas rumah dari masak kalau sikakak pula lebih suka masak dari kemas rumah.Satu aje yang anak2 semua tak suka berkebun.

silversarina said...

sedapnya breakfast tu .. pass dah tu tahap 1 untuk jadi surirumah ..hihi.

Zaitun said...

silversarina

Hehe surirumah...tak kan nak makan pancake aje dapat yang jenis makan nasi pagi petang adoiii

aintsuperwoman said...

kak zai,

nak cerita, dulu raya posa, rumah mother in law buat kenduri, fa kena basuh pinggan, banyakkkkkk....huhuhu..esok paginya, tapak tangan fa menggelupas dan kasar. haaa...nanti dulu, tak habis citer lagi ni, jangan kutuk lagi...heheheh...rupa2nya fa tak tahan pakai axion. so next year, kena bawak balik pencuci pinggan sendiri...untuk mengekalkan kelembutan tangan niiiii....hahahaha

Sumijelly said...

alahai..cam senang jer nampak buat pankek tu..
nanti nak buat la..
sedap kan dpt makan panas2...

http://sumijelly.com