Monday, August 2, 2010

M..M...Part 2

N3 makan lagi, mentang2 dah dekat puasa segala yang teringin habis dimakan kononnya masa puasa nanti tak ingat benda2 tu lagi. Petang Jumaat saya, hubby dan anak2 ke Cyberjaya untuk makan nasi arab yang pada saya memang sedap kalau dibandingkan dengan banyak kedai yang saya dah pergi. Nama kedai tu Restoren Saba, masa kami datang punyalah ramai orang sampai tak ada tempat nak duduk. Beberapa lama kami menunggu barulah dapat tempat itu pun ditepi dinding yang ada beberapa kotak ditepinya.


lamb hanith rice

lamb kabsah rice

plate of chicken

lamb kebab

chicken kabsah

minuman barbican rasberry n straw berry
abaikan pinggan yang licin

.
.
.
.
.


Hari Sabtu pula kami menghadiri kenduri kahwin anak jiran lama saya di Taman Keramat. Setelah makan kami minta diri sebab ada satu lagi kenduri di Damansara. Di sini kami agak lama sebab bapa kepada pengantin adalah kawan hubby masa sama2 menuntut di Uk dulu, makanya ramailah geng2 yang dah lama tak ditemui, macam reunion pula. Dapatlah jumpa dengan penyanyi Suhaimi Mior Hassan (lagu famous... Epilog cinta dari Bromley) tapi dia junior sikit dari hubby. Bila dah berkumpul keluarlah cerita2 mereka semasa belajar, ada yang in love dengan awek omputih dan macam2 lagi.
.
.
.
.
.



Hari Ahad pula kami mengahadiri kenduri kahwin anak kawan hubby di Selangor Club Shah Alam. Ramai tetamunya dan yang best makanan sedap2 belaka. Habis makan kami terus Ke Melaka sebab nak menghantar anak balik ke kampus. Sempat singgah di Jusco sebab nak beli sedikit barang untuk buat bekalan anak. Dah dekat mangrib kami ke Mydin pula, selepas solat kami terjah pula Chicken Radix. Nak mencuba kfc ala2 islamik tapi bagi saya tak berapa sedap mungkin sebab dah biasa makan kfc. Selalu kalau lalu dekat dengan kedai kfc aromanya dah kita rasa dari jauh tapi tidak di chicken radix. Dah lah ayamnya kecil, rasa pun kurang. Mungkin selera masing2 berbeza..









19 comments:

cikmanggis said...

oh zai dah sampai Saba ya?makanan sedap tapi ramai sangat pelanggan,terpaksa berdiri tunggu meja kosong.Laku betul.

Tirana said...

Kalau hari-hari makan nasi arab, entah-entah badan jadi macam badan orang arab tak...hehehe..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Sedap nampak makanan di Restoran Saba tu, kalau dpt pergi Cyberjaya naklah rasa nanti.huhuhu

Anonymous said...

erm.. yum, yum.
lepas ni kena menahan godaan la pula...
godaan berpuasa dan godaan masa nak berbuka.. hehehe

Zaitun said...

cikmanggis

Memang sedap,nasinya lembutkan ayam pula besar.
Orang luar pun ramai yang datang,sanggup tunggu.

Zaitun said...

Tirana

Kebanyakkan badan mereka besar2 mungkin dipengaruhi makanan yang diorang makan,quntity banyak.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...memang sedap datanglah cuba,ada juga tempat lain kak Zai dah cuba tapi yang ni lebih sedap.

Zaitun said...

fa10

Sebab tulah kak Zai terjah sebelum puasa,nanti takde teringat2 hehehe....

Acik Erna said...

salam zai..restoren saba tu..melayu ke..arab ke...kat seremban ada satu kedai..nasi arab damsyik itu pun..saya dah rasa sedap..
kat tempat lain belum pernah cuba nasi arab nya..

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...rasanya restoren arab walaupun pekerjanya ramai orang melayu.Memang sedap sebab dah cuba banyak tempat.

Abdul Munir Sanusi said...

Auntie, macam denagn harga dia. Okeh ke? Saya paling minat nasi Mandi berlaukkan daging. Hoho!


p/s-Apa auntie pergi Majlis kahwin dekat Kelab Selangor. Macam kenduri kawan saya je. Nama dia Marwan Hadiid Nazaruddin kan? Pasanggannya Hanisa. Kan kan auntie?

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Harga makanannya belas2 Rm tapi kalau kabsah chicken rice cuma rm10 saja.Kat restoren ni tak ada nasi mandi.
Nama pengantin yang autie pergi tu Diana bt Mohd Yusoff dan pasangannya Saiza bin hj Sukis.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,


amboi...makan sesaje.
semua nampak sedap..

lama tak makan nasi arab di bangi.

KTS said...

lagi nak smpi bulan puasa, lg la teringin nak mkn macam2.. haaaiihh.. camane ni..


:D

tak pernah cuba RFC lagi... ada org kata sedap..

Zaitun said...

Azrina.03.07

Salam Reen...makan menyambut puasa hehehe...
Cubalah kat Restoren Saba,nasinya sedap.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Dugaan,belum puasa dah meriah nak makan macam2.

Selera masing2.

FaAtip said...

aduhai, bukak rumah sana, nasi arab, bukak rumah sini pun nasi arab...ya habibi ya maulaaaana....annna sudhah kemfunan laaa....heheee...

AuntieYan said...

Salam Eton,

Wah!, nampaknya berpesta makan...sana sini, makan, makan dan makan.

Auntie belum le pernah sampai ke restoren Arab tu....tengokkan makanan nya tentulah mahal...

sonata anak kancil said...

cuba mengawal makan .... tapi pantang ade yang sedap belasah
habis !