Monday, August 30, 2010

Menjamu Selera

Semalam kami anak beranak berbuka puasa kat Restoren saba di Cyberjaya, kami sampai agak lewat sebab 2 orang anak dan menantu pergi ke Sunway Pyramid. Nasib baik time kami sampai baru nak azan dan saya telah menyediakan buah kurma dan air untuk bekalan. Setelah berbuka kami mengerjakan solat dahulu dan selepas tu baru kami mengoder makanan, mulanya nak makan buffet tapi bila pergi dekat hidangan tengok banyak makanan yang dah habis jadi kami cuma order ala carte sahaja.


Dah memang kebiasaan makanan arab nasinya tentu banyak, percaya atau tidak menantu saya boleh habiskan nasi satu pinggan penuh, sedap katanya. Seorang aje anak lelaki saya makan lamb kabsah rice dan yang lainnya semua makan chicken kabsah rice. Minuman pula ada yang order Barbican dan ada jus buah. Lebih kurang pukul 9 malam kami balik ke rumah dan sambung pula makan dilaman. Saya keluarkan anggur, kuih bakar yang petang sebelum tu saya buat, kerepek dan air jus. Kami makan2 sambil bersembang sampailah kepukul 11 malam.

7 comments:

penjejak maya said...

salam,

hari penuh makan2 ye..

Tirana said...

Belum pernah cuba lagi nasi khabsa. Ramai yang kata nasi tu sedap..

Abdul Munir Sanusi said...

PENUH MAKAN JE AUNTIE. BILA NAK DIET. KEH KEH

anie,Nagoya said...

leh lepak gan KK Zaitun ni....smpi lewat mlm bersembang...balik sesekali mesti byk yg nak disembang...seronoknyaaa

KTS said...

seronok makan ramai2 ni

tu yg boleh abis sepinggan penuh nasi ;D

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Alhamdulillah....kenyang semuanya.Ibu tumpang seronok

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

wahhhh.. kak;

menyelerakan ..

bilalah saya nak makan nasi arab lagi...