Petang semalam pergi Subang Jaya Medical Centre melawat jiran jatuh dari bumbung, dengar cerita tengah merepair aircond rumahnya. Koma 3 hari, tempurung kepala retak dan doktor dah buat operation. Masa saya dan hubby melawat dia masih dibilik ICU tapi dah tak pakai alat bantuan pernafasan dan dah kenal orang yang datang melawat.
Terkejut sesangat sebab sebelum ni mukanya taklah besar tapi masa saya tengok mukanya bengkak sesangat sampai mata dia kecik, kepalanya pula masih dibalut. Menurut isterinya dalam masa 2 atau 3 bulan lagi baru doktor akan menggantikan tempurung kepalanya. Agaknya macamanalah rupa tempurung kepala yang bukan origional. Mungkin doktor dan misi2 dah biasa tengok. Dr Munir....nanti boleh cerita ya.
Tak lama kami disitu sebab doktor dan nurse pun sibuk dengan tugas2 mereka, lagi pun wad tu kebanyakkan pesakitnya dalam keadaan kritikal. Harap2 dia cepat sembuh dan kembali kerumah bersama keluarga.
23 comments:
Salam Kak.
Seriau saya dengar. Semoga jiran akak pulih dan boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala.
masya'allah.. itulah dugaan tuhan.. harap dia cepat sembuh :)
Salam..
Zureen doakan agar jiran akak cepat sembuh..Simpati mendengarnya..
Salam Kak Zai,
Takut bila dengar citer2 mcm gii. Harap jiran Kak Zai sembuh sepenuhnya selepas operation tukar tempurung nanti.
moga2 pesakit cepat sembuh, kita tak tahu cemana rupa tempurung kepala artificial, tapi tentu perkara biasa buat dokter dan misi di sinun kan... kita ni seriau mendengarnya.... masyallah
seriau nya dengar... malang mmg tak berbau..
azrina.03.07
Salam azrina
Memang seriau,bayangkan beberapa bulan nanti hidup tanpa tempurung kepala.
ciEk NiENa
Harap2 begitulah.
zureen @ mama
Salam zureen,Terima kasih atas doa.
Ibu Sayang
Salam,hanya doa yang boleh kita berikan selainnya kerja Allah SWT.
Mak Su
Tulah kan boleh ke tahan lama atau kena tukar bila dah cukup masa, seriaunya...
Ku Tak Sempurna
Dah nak jadi,hanya Allah yang mengetahui.
alahai.. siannya.
masyallah..ngerinya dengar..eh aircond bukannya tinggi zai..cm selalu panjat tangga cuci habuk..eee tak berani dah..
kakpah
Salam kakpah, memang kasihan muka pun dah lain dari biasa.
cikmanggis
Rasanya pun taklah tinggi sangat tapi dengar cerita dia jatuh kepala dulu itu yang terus koma.
Auntie, i'm still a student. Not a "pakar". So, tak boleh nak story.
p/s- memang menyayat hati
salam..
Nida pernah melihat seorang pelajar yg jatuh katil, kemudian tempurungnya retak.. doktor terpaksa buang tempurung kepalanya setelah bayak darah beku berkumpul... sangat mengerikan...
Bukan sebarang ujian tu....
Moga dia tabah dan pulih...
salam, kak Zai, nanti datang lagi ke Kemamang, Tengganu iter ye! :D
Abdul Munir Sanusi
Tak pe.Memang menyayat hati,berat mata memandang berat lagi bahu memikul begitulah perumpamaan yang boleh diberikan.
Nida
Salam,Tak boleh nak bayangkan Kalau tak ada tempurung kepala,tentu sakit bila tersentuh agaknya ya.
ckLah
Kalau demam dan selsema pun dah rasa tak selesa apa lagi kalau berkaitan dengan kepala hanya Allah yang tahu betapa sakitnya.
Harap2 bagitulah.
fa*atip
Insyaallah,Kalau masa mengizinkan kita jumpa satu hari nanti.
salam..semoga jiran tu sembuh semula..
Post a Comment