Tuesday, June 1, 2010

Sinar Yang Sementara.

Dapat berita dari anak buah mengatakan dia dah keluar dari hospital tapi bukan atas arahan doktor. Dia minta keluar sebab nak berehat kat rumah lepas tu nak bebas sekejap. Doktor benarkan tapi selepas 10 hari datang semula sama ada admit atau pun makan ubat yang dibekalkan. Doktor membekalkan sebakul ubat dan wajib mengikut peraturan, juga tak boleh keluar dari ibu kota selama 3 hari. Mungkin selepas itu dia akan tinggal di Ipoh bersama kakaknya.

Kami rasa sangat2 bersalah tidak memberitahu pada maknya tapi untuk menjaga kesihatan dia kami terpaksa lakukan. kakak tak boleh tahu perkara2 yang merunsingkan dan dia boleh pengsan dan jatuh sakit. Mungkin kalau ada waktu yang sesuai atau menunggu adik balik dari luar negara baru kami berbincang untuk menyelesaikannya.

Selama 2 minggu dia tinggal dihospital dia telah disuntik sebanyak 306 + 3 suntikan steroid, bermakna kesemuanya 309 suntikan telah di masuk kebadannya. 3 suntikan steroid itu amat menyakitkan sampai 2 batang gigi yang ditampal boleh tertanggal tampalannya kerana menahan kesakitan ketika dia di suntik. Adik dari Sungai Petani pernah belajar berkaitan ubat mengatakan ubat2 yang diberikan pada anak buah amat kuat dosnya dan dia juga tidak terlepas dari kesan sampingan, muntah, bulu roma gugur dan kaki dah mula kebas2. Mungkin sesiapa yang membaca n3 ini dah boleh mengagak apa penyakitnya dan saya minta kawan2 diluar sana supaya mendoakan agar Allah memberikan dia kekuatan mental dan fizikal.

Nak cerita sikit latar belakang anak buah, semasa dia masih dalam kandungan rumah tangga ibu bapanya berhadapan dengan krisis disebabkan orang ke 3. kakak mengambil keputusan untuk beralah dan sanggup membela anak2 demi kebahagian suami. Bermulalah episod menjadi pekerja kilang dan anak dipelihara oleh mak saya. Berkat kesabaran anak2 belajar dengan cemerlang dan selepas darjah 6 dia telah memasuki sekolah berasrama penuh. Masa berlalu dia dapat masuk universiti sampai keperingkat ijazah. Dapat kerja tapi agak jauh dari kampong halaman, agak bernasib baik pada ketika itu kakak dia telah bekerja dan dapat membelikan sebuah rumah teres untuk mak mereka.

Semasa dia bekerja dia masih bercita2 untuk mendapat jawatan yang lebih baik dan akhirnya dia membuat keputusan untuk belajar sambil bekerja. Satu sejarah buat dia dan kami sekeluarga dia pernah dihayutkan air( banjir dipantai timur) ketika dia menaiki motor semasa pergi ke kelas malam. Nasib baik dia tersangkut disebatang pokok dan ada orang kampong menolong. Dia harus menghadirkan diri hari itu sebab ada peperiksaan. Demi cita2 yang tak pernah padam dia menumpang sebuah lori yang kebetulan lalu disitu dan yang paling menyayat hati dengan pakaian basah dan selipar yang diberikan orang kampong (kasut hayut) itulah dia duduk diatas kerusi menjawab semua soalan. Kalau nak di ikutkan lulusan dari universiti seharusnya mampu untuk membeli sebuah kereta murah tapi demi cita2 dan tanggung jawab terhadap mak dia hanya menggunakan motor kapcai (panggilan sekarang).

Akhirnya sijil master dalam genggaman dan dia dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi dan dia ditukarkan ke ibu kota. Setelah beberapa lama dia bekerja dia sudah mampu mempunyai sebuah kereta dan rumah sendiri. Masih nak meneruskan cita2 untuk mendapatkan PHD tapi dihalang mak sebab dia mahu anaknya merasai kesenangan hidup tanpa ada commitment. Pernah bertunang tapi kecundang, tak tahu siapa yang bersalah sebab masing2 kata tak ada keserasian.

Tanggungjawab terhadap mak tak pernah diabaikan, segala keperluan disediakan termasuk menghantar mak ke Mekah. Maknya tak pernah kahwin selepas itu mungkin terlalu kecewa diatas perbuatan ayah agaknya. Mereka hidup aman damai sampailah ketika kakaknya nak melangsungkan perkahwinan, kami terpaksa mencari ayah kandungnya. Episod mencari ayah lebih kurang macam siaran yang ada di tv3. Hari pernikahan si ayah yang tak pernah jumpa jauh sekali memberi nafkah mendabik dada kerana ternampak gambar anak2 menerima ijazah. Menangisi masa lampau konon.....

2 bulan lepas, dia ada mengerjakan umrah tapi selepas balik dia tak pernah sihat. Semasa transit di Bahrin dia pengsan tapi dia pulih dan selamat kembali ke tanah air walaupun sebaik landed ambulance telah menanti dan dia terus dimasukkan ke hospital. 3 hari dia admitted lepas tu kena pula chicken pox yang melampau habis seluruh badan dijangkiti. Mungkinkah ini petanda dia menghidapi penyakit ini?


Episod duka berlalu kemudian ada sinar tapi mengapa hanya sementara, hanya Allah yang mengetahui. Buat pengetahuan anak buah saya,kami seluruh keluarga amat2 menyayangi dia.
Nazwan adalah anak yang baik, bertanggung jawab dan amat pemurah.....

Ya Allah panjangkan umurnya....

27 comments:

Ku Tak Sempurna said...

byk liku yg dh dilaluinya... semoga dia terus cekal.. dan beroleh kesejahteraan

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

zureen @ mama said...

Semoga dia tabah dan diberikan kekuatan oleh Allah ..

Moga cepat sembuh..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

InsyaAllah ada sinar menanti di kemudian hari. Sinar dan terus bersinar....

jana said...

Salam Kak Zai

Ya allah hebatnya dugaan yang dihadapinya,tapi sesungguhnya allah tak akan menduga seseorang dengan apa yang tidak termampu dihadapi olehnya.Insyallah dia akan menghadapinya dengan cekal dan tenang

doakan yang terbaik buatnya.Amiin

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
terharu sungguh baca kisah anak sedara Kak Zai ni. Begitu tabah dia mengharungi hidup.
Semoga Allah berikan dia kesihatannya semula dan semoga dia terus tabah ahdapi dugaan yg hebat ini.

Tirana said...

Mudah-mudahan anak saudara dan seluruh keluarga kak Zai akan tabah menghadapi ujian dan dugaan. Semoga Allah menentukan yang terbaik buatnya

xiiinam said...

Hiba makcik Lah membacanya...moga anakanda terus kuat...

Abdul Munir Sanusi said...

Moga diberi kekuatan dicelah-celah sengsara ini.

p/s- macam dapat agak apa yang dihadapi anak buah auntie. moga dia tabah

cikmanggis said...

cm doakan agar semuanya tabah dalam menghadapi ujian yang berat ini.KepadaNya kita berserah dan mohon perlindungan.rasa sedih betul baca tulisan zai ni..terbayang jika ianya berlaku pada ahli keluarga sendiri...

ciEk NiENa said...

semoga dia kembali sehat :)

kakpah said...

salam.
banyaknya dugaan yang dihadapi anak ini.
semuga dia cepat sembuh. semuga Allah panjangkan umurnya

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna,
zureen @ mama,
Ibu Sayang,
jana,
lemongrass,
Tirana,
xiiinam,
cikmanggis,
ciEk niENa,
kakpah,

Terima kasih atas semua doa semoga doa2 dimakbulkan.Amin.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Bakal jadi doktor dah tentu tahu apa penyakitnya, auntie saja tak mahu beritahu sebab tak sanggup, sedih sangat....

azieazah said...

Semoga sembh dan menjalani hidup seperti biasa..

sungguh perit untuk melaluinya (barah saya rasa), tapi Tuhan tu Maha Mengetahui...

Zaitun said...

azieazah

T.kasih azie.Ha'ah kak Zai tak sampai hati nak beritahu sebab kebanyakkan orang memang takut akan penyakit tu.

Nida said...

Allah sangat menyayanginya dengan memberikan ujian ini..

Kami sentiasa doakan semoga ada sinar bahagia buatnya..aminnn

Zaitun said...

Nida

Terima kasih kak Zai ucapkan,semoga doa kalian dimakbulkan,Amin.

secangkir madu merah said...

salam kenal... terharu membaca kisah dan liku2 yg dilalui..menumpang simpati..semoga Allah melimpahkan ketabahan dan kesabaran padanya utk menghadapi kenyataan hidup... dan didoakan agar dia cepat sembuh...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak.


terharu saya baca. dia tabah hadapi semua dugaan tu.

Semoga anak buah akak cepat sembuh.

Mak Su said...

Zaitun, setelah 40tahun di atas muka bumi ni, saya dapati, orang baik,.... mmg cepat diambil semula oleh Allah swt... tak dapatlah kita yang lain2 ni, nak berlama2 merasa kasihsayang mereka...tabahlah

saya doakan dia, agar dapat ceria dan sembuh

fa*atip said...

Sengsara bila mengingatkan sampai beratus suntikan dah dilalui.

Semoga beliau terus tabah dah redha dengan ujian Allah. Amin.

Zaitun said...

secangkir madu merah

salam kenal kembali

Hidup yang penuh dengan dugaan,rupa2nya diduga lagi.Terima kasih atas doa.

Zaitun said...

azrina 03.07

Salam rina,

Baru nak menikmati segala yang di usahakan dah diduga lagi.T.kasih.

Zaitun said...

Mak Su

Selalu terjadi bagai yang maksu katakan, saya juga kehilangan abang yang sangat2 baik ketika umurnya belum mencapai 49 tahun.
Terima kasih atas doa.

Zaitun said...

fa*atip

Kalau fa tengok masa dia disuntik lagi sedih boleh menitiskan air mata. Sakit yang amat sangat, 3 suntikkan tu adalah sama macam kimoterapi. Harap2 begitulah.

kak Erna said...

salam zai..sedih..semoga allah melindonginya.dia memang anak yang baik..berbakti untuk ibunya,

Zaitun said...

Kak Erna

Salam Erna,pengorbanan dia yang membuatkan kami semua rasa terharu. Sanggup lakukan apa saja untuk ibu tersayang.