Sunday, June 6, 2010

Hantar anak Sambil Jalan-Jalan

Semalam hantar anak balik Melaka cuti dah habis. Masuk highway jalan punyalah jem banyak sangat kereta maklumlah 1st day cuti sekolah ada yang balik kampong, pergi kenduri kahwin dan ada yang melacong tapi saya cuma nak hantar anak balik ke kampus. Mula nak singgah kat R&R Seremban tapi tak ada parking akhirnya teruskan perjalanan. Tak berniat nak bermalam sebab Ahad, hari ini hubby nak ke Kelantan melawat tapak projek.

Sampai kat Melaka tak hantar anak dulu sebab nak bawa dia pergi makan lepas tu naklah rehatkan badan kat mana2 tempat yang sesuai.Tengahari kami makan nasi ayam penyet lupa pula nama kedainya. Lepas tu nak pergi dataran, keliling cari parking tak dapat2 akhirnya jalan terus pergi pula ke Sungai Melaka konon nak naik cruise penuh juga, hampa dahlah siadik teringin sangat nak naik, Taming Sari pun ramai juga. Kadang2 terasa hairan dari mana datangnya begitu ramai manusia. Kalau pergi ke shopping2 komplek kat Kl pun ramai orang, itu belum lagi pergi ke tempat2 pelancongan. Dahlah masuk aje kat tol Air Keroh tadi penuh sesak dengan kereta2 yang nak masuk zoo, Taman Mini dan entah apa2 lagi.

nasi ayam penyek

Akhirnya (banyak sangat akhirnya) menunjukkan kehampaan, kami pergi ke Pantai Klebang. Sampai kat sini terkejut juga tengok jauhnya laut dah tak nampak dari benteng yang selalu kita berdiri. Pantainya di tambak dan masih dalam pembinaan. Kalau anak saya balik Malaysia nanti mesti dia lebih terkejut sebab 3 tahun lepas di benteng inilah kami anak beranak mencicahkan kaki ke air laut sambil bebual2 sampai ketengah malam. Tahun lepas dia balik tak pergi Melaka tapi pergi ke arah utara. Seronok tengok air laut memukul ombak sampai keatas tapi sekarang kalau nak pergi kelaut kenalah ikut jalan yang belum siap di tar. Ramai juga orang disini ada yang bermain layang2, ada yang berkelah dan ada yang macam kami jalan2 sambil menikmati keindahan alam yang dah dicemari.


yang nampak macam tunggul kayu tu lambang no satu ( 1 Malaysia)


Pukul 6.30 kami beredar sebab kami nak pergi kesatu tempat yang terkenal dan sedap minuman coconut shakenya. Selalunya kalau waktu maghrib memang dah habis, sampai saja saya turun dulu, salah seorang dari pekerjanya menunjukkan signal dah habis, punyalah hampa tapi tiba2 seorang wanita bertanya berapa orang. Saya nyatakan 4 orang dia tersenyum sambil mempersilakan kami masuk. Kedainya cuma gerai ditepi jalan nak ke pantai Klebang bersebelahan dengan Caltex, disini terkenal dengan minuman coconut shake lepas tu ada nasi lemak bungkus, nasinya biasa2 aje tapi minumannya yang special. Gerai ni memang ramai orang masa kami pergi tadi punyalah ramai orang beratur panjang dan yang duduk pun penuh, kami buat keputusan masa balik nanti baru singgah lagi pun masih terasa kenyang.

Setelah diberi izin masuk saya order 2 minuman yang special dan 2 lagi biasa, yang special tu ada ice cream manakala yang biasa tu cuma airnya saja. Saya nak rasa original taste tak nak di campur dengan perasa lain ternyata yang ori lagi sedap. Memang puas, harganya amat murah kalau saya tak silap cuma 1.50 dan yang ada ice cream 2.2o sen tapi memang harganya tak semahal minuman yang selalu kita order kat restoren.



Habis minum kami pun meneruskan perjalanan ke kampus kakak, mengangkut segala barang naik ke tingkat 3 lepas tu angkut pula barang yang dibawa balik(pertukaran)dan sumbat dalam boot. Habis sesi angkut barang, salam dan cium2 tinggalkan pesanan yang entah ke berapa kali, jaga diri, jaga kesihatan bla..bla...bla...kami 3 beranak pun balik ke Kl. Tak singgah langsung kat R&R, jalan pun lancar sampai rumah 11.30 malam,mandi solat terus ZZZZzzzzz........

17 comments:

fa*atip said...

selalunya masa nak pegi bejalan seronok kan? bila balik rumah?? tu diaaaaa....fengsan...hehe

azieazah said...

Hmmmmm berjalan-jalan sambil bercuti, makan itu makan ini memang nikmattttt..

Balik penat pun takper, hati puas.

Saya lum pernah bercuti ke Melaka...

ckLah said...

Jalan-jalan dapat makan....



....hmmmmm.... Best!

kak Erna said...

salam zai..kalau semalam..menghala ke selatan memang jem..kami semalam pi kenduri kat nilai tu..tak lau highway..lalu jalan dalam aje..jem..
betul la kata zai tukan..memang ramai betul manusia..saya memang selalu juga kemelaka..anak suka jenjalan ke melaka..tiap tahun mesti pergi..
minggu depan saya cuti la..tak mau pergi sabtu atau ahad..ramai..

Zaitun said...

fa*atip

Betul tu fa, berjalan lebih letih berbandng buat kerja.





azieazah

Makan tu makan ni, badan pun membesar nikmat juga hehehe....
azie bawalah anak2 sekali banyak juga tempat2 nak dilawati.

Zaitun said...

cklah

Memang best dapat jalan2 dapat makan2 tapi penat.




Kak Erna

Salam Erna. jem sakan macam berpesta.Sekarang cuti sekolah hari2 biasa pun orang ramai, ibu bapa pun ambil cuti masa anak cuti sekolah.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Masa ni jalan ke Melaka mmg jem habis, mklumlah SUKMA dah nak bermula. Ramai org ambik kesempatan jalan sambil tengok sukan tu..

Kenduri kawin pun banyak juga masa cuti2 sekolah ni. Air kelapa tu kak mana, dulu ada baca juga masa ziarah rumah Anie.Kot2 kalau ke Melaka boleh cari..

Mak Su said...

teringat zaman saya rajin gi lepak kat klebang cari makan-makan :)

good luck untuk yang belajar itew :)

Zaitun said...

Ibu Sayang

Kalau nak ikutkan pergi mana2 pun jem masa cuti sekolah ni, orang kahwin, makan angin dan makan2 hehehe.....
Kalau Ibu nak pergi tempat tu ikut aje arah nak pergi ke pantai Klebang,bersebelahan caltex,cuma gerai tapi ramai pelanggan waktunya petang saja.

Zaitun said...

Mak Su

Ooh... Maksu pun rajin lepak kat situ tapi sekarang dah banyak berubah.

en_me said...

ramai orang kanns.. ehehe

Nida said...

Salam Kak Zaitun...

Bila buka je blog ni terus telan air liur... sedapnya nampak makanan2 dalam entry ni.. kalau takde aral Insya Allah kami juga akan ke Melaka Julai ni.. harap2 mengikut perancangan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

saya kalau ke Melaka suka Bihun sup sebelah masjid Tengkera tu kak..

sempoi tapi memang sedap !

Zaitun said...

en_me

Masa cutilah orang nak berkumpul bersama keluarga,sebab itulah dimana2 pun ramai orang.

Zaitun said...

Nida

Salam,Kalau ke Melaka selain banyak tempat melancung,banyak juga tempat makan yang sedap2.

Zaitun said...

azrina.03.07

Kak Zai pun pernah makan kat situ,memang sedap walaupun simple.

Ku Tak Sempurna said...

sy suka coconut shake..

.
.

tp tak pernah plak jumpa yg ada ice cream... mmm.. kena cuba ni

pssttt.. murah lah harganya kat sana..