Friday, June 18, 2010

Pertunangan


kakak lelaki pengganti mak menyarungkan cincin




bekas cincin







telekung


Jumaat lepas hantar anak buah hubby bertunang ke Kuala Berang, KT. Kami convoy 5 kereta ikut jalan shortcut kiri kanan jalan kelapa sawit. Sampai kat Jabor (kalau tak silap) satu kereta breakdown nasib baik ada workshop berdekatan kami pun singgah makan dan solat. Petang baru sampai ke homestay yang telah disediakan. Malam tu kami disajikan nasi dagang dan lauk pauk yang sungguh sedap. lepastu kami menyediakan hantaran yang separuhnya telah dibuat sebelum pergi, siap semua kami tidur.

Pagi saya dan hubby keluar mencari sarapan, terkejut 1st time tengok pagi2 ada jual nasi minyak tapi tak beli sebab tak biasa makan. Saya cuma beli nasi lemak, roti canai dan sedikit kuih muih. Sempat lagi pergi Pasar Tani tengok barang2 yang dijual. Selepas makan kami bersiap untuk kerumah sebelah perempuan.

Sampai dirumah sebelah perempuan kami disambut dan acara pun berlangsung, tak banyak karenah memang mudah semuanya diserahkan pada kedua2 bakal pengantin. Selepas selesai perbincangan kami dijamu makan nasi. Sedap masakkannya memang menyelerakan takde manis2. Tak lama kami minta diri dan balik semula ke homestay.

Masa kami nak keluar sekali lagi ada kereta breakdown terpaksa menunggu lagi. Lebih kurang pukul 3 petang baru kami dapat meneruskan perjalanan. Tak banyak tempat kami dapat lawati sebab kami terpaksa balik malam tu juga sebab masing2 ada hal.

Hubby bawa kami melawat Masjid Crystal tapi tak masuk. Nasib baik 2 tahun lepas saya sekeluarga dah melawat banyak tempat di KT. Lepas tu ketempat menjual keropok, habis membeli kami ke Pasar Payang. Dapatlah membeli serba sedikit sebab kedai pun dah banyak yang tutup. Pukul 8 pm kami meneruskan perjalanan pulang tapi kali ni kami melalui jalan pantai.


Tak banyak yang dapat dilihat sebab dah gelap, kami singgah di Kemaman untuk makan. Sepanjang perjalanan banyak tempat2 yang mengingatkan saya pada rakan2 blogger. Bila saya lalu kat Cukai saya teringat Ibu Sayang, di Kemaman pula Fa dan Silversarina. Saya nampak Mesra Mall, dan Pantai Mak nik(kalau tak silap) dan saya tahu mereka selalu ketempat ini. Insyaallah kalau ada masa mengizinkan saya akan menziarahi mereka kalau saya kesini lagi. Subuh baru sampai kat rumah. Perjalanan yang amat singkat tapi sangat seronok dan menjadi kenangan, sebab inilah pertama kali saya berconvoy dan tidur ramai2.

7 comments:

kak Erna said...

salam zai..nampaknya..orang jauh jodoh anak sedara tu..tahniah dan selamat bertunang..untuk nya..
saya kalau ke KT tu..dah tentu..pagi2 cari nasi dagang..kemudia dipasar payang tu..cari tapai pulut yang dibungkus daun getah..sedap tu..

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna,t.kasih dah jodoh nak sangkut orang jauh.
Saya jumpa tapai tu di pasar tani terus beli.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Chukai & Kemaman tu tempat sama je..jadi ibu syg, fa, silver tu dlm kampung yg sama. Nape tak beritau nak dtg Trg. Homestay di K.Brg tu kat mana? Sukanya kalau dpt saya jumpa Kak Zai, asyik jumpa di maya je nak jugak berpijak di alam nyata.hihihi

ckLah said...

Selamat bertunang kak Zi...

Eh silap..
Anak buah kakZai...

He..he..

ckLah said...

...nak usik pagi-pagi punya pasal,dah tersalap taip..kak 'Zi'

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam, kak Zai tak tahu dimana letaknya homestay tu sebab pihak sebelah perempuan yang sediakan.
Insyaallah satu hari nanti kita akan bersua.

Zaitun said...

Cklah

Ooh... nak usik kak Zai ya,takpe tapi kalau cklah nak tukar,spelling juga kena tukar, Zie ke barulah glamour hehehe....