Tuesday, June 22, 2010

Melampau


Pernah tak sesiapa mukanya ditumbuhi jerawat yang melampau . Ini terjadi pada anak saya, sebelum ni mukanya tak pernah ada jerawat tapi sekarang dah jadi macam jalan tar penuh satu muka, ada yang besar dan kecil bila dah pecah ia mengeluarkan banyak darah dari nanah. Lepas tu ia akan meninggalkan parut yang memang tak cantik apalagi kulit anak saya yang memang agak cerah, memang nampak teruk sangat.

Saya bawa dia berjumpa dengan doktor, anak saya di beri antibiotik selain ubat cuci dan sapu, pakai beberapa hari berkurangan tapi tumbuh semula, akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuat rawatan di salah sebuah rawatan muka yang terkenal. Bayarannya memang mahal sesi pertama saja rm600 dan setiap 2 minggu rm250 termasuk pencuci dan cream. Dah banyak kali pergi setiap sesi mengambil masa 3 jam, bila balik rumah berkurangan tapi lepas tu tumbuh semula. Semalam masa saya call katanya dia tak nak pergi lagi sebab dah putus asa nampak tak berkesan. Dia beritahu saya dia ada berjumpa dengan seorang kawan yang pernah mengalami sepertinya, kawan dia tu kata dia buat rawatan di salah sebuah klinik pakar kulit bertempat di Klang.

Saya meminta dia mengambil address klinik tu dan kalau balik nanti mungkin saya akan bawa dia kesana untuk mencuba. Banyak juga cara rawatan yang kawan2 dan saudara mara berikan tapi langsung tak berkesan. Pernah beberapa kali keluar ramai orang yang bertanya sudah buat rawatan ke tapi yang paling saya terharu masa saya sekeluarga sedang makan disebuah kedai tetiba seorang lelaki cina (dah tua) memandang kearah anak saya lepas tu tangannya menyentuh pipinya, kami berpandangan dan faham apa yang dimaksudkan. My hubby cakap sudah buat tapi dia mengulangi lagi perbuatannya akhirnya kami dapat tahu dia seorang oku(bisu), terharunya saya sampai begitu sekali prihatinnya dia. Saya perhatikan kebanyakkannya orang2 cina lebih prihatin berbanding orang kita sebab bila mereka nampak anak saya mereka akan bertanya tapi orang kita lebih pada menjeling lepas tu mengomel. Sampai satu hari anak saya malu nak keluar rumah.


gambar dari google

34 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

alahai.tumpang simpati kat anak akak.


kawan ofis yg Chinese kat ofis ni mmg lebih prihatin dari yg melayu kak...


saya selalu kena migrain, kwn ni ygn selalu advise macam-macam. Yg Melayu tak pernah amik tahu pun.

Tirana said...

Jerawat ni memang menimbulkan masalah jika terlebih sangat. Saya ada kawan yang menghadapi masalah yang sama...berubat semua tak ada kesan. Last sekali dia biar macam tu aje cuma cuci muka kena selalu, tak pakai segala alat2 solek dan pantang makan. Saya rasa ia berkaitan dengan hormon kot.

Anonymous said...

Anak saya pernah gak kena jerawat walaupun tak teruk sgt. Saya dulu pun masa baru habis belajar ada gak jerawat, jenuh gak pi facial etc.

For my daughter, she was recommended Dalacin T by her cousin. Boleh beli kat pharmacy, it's a controlled item so kena tulis nama. It's an antibiotic ointment. Alhamdulillah it works for her.

Jah

zureen @ mama said...

Mungkin ada kaitan dengan hormon kotKak Zaitun ..

Waktu zureen remaja dulu ada juga masalah jerawat ni but dah semakin tua kurang sikit..(maybe hormon pun dah semakin stabil)

Zaitun said...

azrina 03.07

T.kasih.ha'ah kebanyakkannya memang chinese yang prihatin sampai ada yang advise macam2.

Zaitun said...

Tirana

Itu yang membuatkan kak Zai risau sebab sebelum ni mukanya tak ada jerawat,dia pun jenis tak pakai alat solek cuma pakai bedak kalau pergi kuliah.

Zaitun said...

Anonymous

Saya akan cari kat pharmacy,t.kasih bagi info.

Zaitun said...

zureen @ mama

Mungkin juga agaknya tapi jerawatnya melampau sangat sampai kalau pecah meleleh2 darah.

rohaizahabas said...

entah lah zai..akak pun tak tau apa ubat jerawat ni..akak tak de pulak tapi masa anak2 masuk kolej dan mula jauh dari kita, mereka ni mula berjerawat . Saya rasa pasal permakanan yang dia ambil dan kebersihan diri kot..juga pasal hormon..sebab itu bila diaorang balik rumah, saya kena berleter panjang pasal self hygenic ni..makan jangan ambik sesuka hati dan jangan suka makan maggi selalu...

ibuintan said...

dulu anak kawan saya pun pernah mengalaminya, jerawat penuh di muka, macam2 cara diusahakan lastnya dia cuba berbekam...
sekarang dah ok, dia kata darah kotor

Anonymous said...

kesian kat anak dara akak....
saya x der pulak pengalaman naik jerawat... x leh nak bg apa2 advice la.
cuba ke farmacy la kot...

Anonymous said...

Salam, anak saya pun mengalami masalah yg sama, jerawat batu tiba2 naik dgn byknya. Saya pun cuba mcm2 ubat bwk doctor semua, last2 kwn rekemen Acne Cream keluaran Zurica. Alhamdulillah, dlm tempuh 2 minggu dah nampak byk kurang dan skg dah tak ada jerawat dah. Cuba lah.

Zaitun said...

Kak Ezza@makcik blogger

Mungkin juga apa yang Ezza cakapkan tu benar,kita sedia maklum makan kat luar tahap kebersihannya kurang dah tu tak pilih makanan apa yang elok dimakan, main hentam aje, bilik pula tak hari2 dibersihkan makanya timbullah benda2 yang menyusahkan diri.

Zaitun said...

ibuintan

Kawan kak Zai pun kata darah kotor,recommend juga berbekam tapi anak tak nak.

Zaitun said...

fa 10

Bertuahnya faten tak pernah mengalami jerawat mungkin penjagaan muka dititik beratkan kot.

Zaitun said...

Anonymous

Kat mana nak dapatkan produk tu, kat pharmacy ada tak?

roslaini saad said...

Salam..saya agaklaa... jerawat yang dihidap dek anak Zaitun tu sebenar sejenis resdung pada muka.. cubalah berubat kaedah resdung..asapkan muka dan pakai bedak dan krim yang sesuai untuk resdung..

Adik sepupu saya pun pernah mengalami jerawat yang teruk tetapi setelah berubat dengan kaedah resdung..sekarang dah okay... kos pun tak mahal sangat..

Anonymous said...

Produk Zurica try cari kat Giant Kelana Jaya - Ground Floor bertentangan dengan Secret Recipe. Kalau boleh bwk anak sekali jadi diorang boleh bagi suggestion. Selamat mencuba - mana tahu serasi ke..

Zaitun said...

roslaini saad

Salam,mungkin juga sebab ada yang berjumpa dengan dia mereka sarankan untuk mencuba.

Zaitun said...

Anonymous

Terima kasih for the info, insyaallah kalau anak kak Zai balik bolehlah pergi untuk mencuba.

sonata anak kancil said...

tak dapat den nak nolong....lama2 baik la tu

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Kes sama terjadi pada anak lelaki saya, tiba2 timbul jerawat halus@ + bernanah2. Ni sedang mencari ubat yg sesuai. ubat dr klinik & farmasi dah byk berhabis dah. Skrg ni try kaedah elektronic + guna cream, GTH + air minum ECPI, nampak berkurang sikit. Alhamdulillah

cikmanggis said...

anak bujang cm dulu banyak jerawat jugak tapi lama lama dah hilang dgn sendiri.katanya bila stress jerawat akan naik tambah2 bila nak exam.Cuba guna sabun antabax kat farmasi tu ada kawan bgtau .

ibundo said...

salam zai,
kakpah nak kongsi pengalaman. anak kakpah dulu hadapi masalah sama. Kakpah bawa pergi klinik biasa, pergi buat rawatan muka, semua tak berkesan.
Kemudian kakpah bawak pergi ke klinik pakar kulit di pantai medical ctre - dr. Lim. Rawatan memang mahal. Sekali pergi je lebih kurang 300 lebih. Mula2 setiap dua minggu kena jumpa dr untuk tambah ubat. dia bagi ubat makan, pencuci muka dan krim muka.
Walaupun mahal, berbaloi..
InsyaAllah dengan izinnya, baik.
Zaitun pergilah cuba.

KTS said...

mesti anak kak zai kurang yakin diri nanti.. sy yg kadang2 tumbuh sebijik dua ni pun rasa malu klu org tgk muka...

cuba la tmpt yg kak pah syorkan tu.. moga2 bertemu yg sesuai..

Zaitun said...

sonata anak kancil

Insyaallah harap2 begitulah.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam, anak kak Zai jerawatnya ada besar dan kecil, bila pecah keluar banyak darah itu yang menakutkan.

Zaitun said...

cikmanggis

Agaknya umur masa belajar memang benda ni datang, bila nak exam masa untuk membelai muka pun diabaikan.

Masa saya zaman remaja dulu taklah seteruk sebegini, mungkin pemakanan pun jadi penyebab kot.

Zaitun said...

kakpah

Salam,terima kasih kakpah info yang bagus. Dah banyak duit keluar tapi mengecewakan,anak pun dah putus asa.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Sekarang pun anak kak Zai dah malu nak keluar rumah.Pergi kuliah lepas tu balik nak keluar makan pun dah segan,yang tak tahan tu orang asyik pandang.

Zaitun said...

Terima kasih pada semua yang beri pandangan untuk menghilangkan jerawat anak saya.Harap2 mukanya kembali asal.

Anonymous said...

salam akak.sy pernah mengalami mslh mcm anak akak.sy mase belajar dulu kurang jerawat.tp bila da keje jerawat naek byk.parent sy risau dan bwk pegi jmpa dktr dan bg ubat hormon.tp xberkesan gak.lpas tu pg jmpa dktr pakar kulit.n dktr bgth alergic n acne n eczema.muka sy kemerahan dan nmpk lbh trok sbb kulit sy cerah.bila sy mkn ubt,ubt sapu,ubt cuci brkesan lam masa 1mggu.tp jerawat naek balik lepas itu.sy brhenti mkn ubat tu sbb takot lg byk.skrg sy biar je.tp jerawat da xbyk.tp still naek jugak.

Angin Selat Melaka said...

As'kum, Mama...
Selalunya penyakit berkaitan migrain, pening, hidung tersumbat, mata pedih berair dan gatal, batuk berkahak - ada kena mengena dengan gejala kuman resdung sedang membiak dgn rancak. Salah satu cara nak ubati adalah dengan mencairkan kotoran serta lendir yg tersekat kat dalaman tu. Kaedah rawatan ada di:

Rawatan untuk migrain, batuk berkahak, gatal mata dan hidung

Bila saluran dalam dah 'clear', insyaallah penyakit pun tak ada - sebab udara dapat mengalir dgn lancar. Ok, tq.

leez said...

masalah yang saya alami sebelum nie jerawat halus...bermacam2 produk saya pakai hasilnya sama..saya terpaksa memakai mekap(foundation) untuk menutupi masalah jerawat halus n kulit tak sekata sebab saya seorang perunding kecantikan..saya sentiasa kena kelihatan cantik untuk meyakinkan pelanggan saya sampai lah saya kena tegur dengan pelanggan kerana masalah kulit saya sendiri bermasaalah...saya malu n tiada keyakinan ..putus asa dah jadi takut untuk berhadapan dengan pelanggan..saya berjumpa dgn kawan saya dan melihat perubahan ketara pada wajah nya cantik ,gebu dan licin dia seorang perunding kecantikan di sebuah salon zurica di wangsa maju dan saya try memakai set percubaan produk zurica hasilnya memuaskan sampai sekarang saya mengunakan nya saya tidak akan menukar produk lain.'manjakan lah wajah anda dengan sentuhan produk zurica..