Lama saya tak mengupdate blog, agak sibuk sikit dengan menguruskan anak yang kurang sihat. Alhamdulillah sakit perut saya dah baik tapi tangan pula bertambah kebas sebab tak makan ubat. Selain cream panas untuk disapu kat tangan yang dibekalkan doktor saya buat kaedah tungku(panaskan batu lepas tu balut dengan kain)tekan2kan kat tangan, malam pula saya balut dengan kain, mulanya bandage tapi susah pula rasanya nak buat kerja, balut saja dengan kain batik lebih mudah dan nampaknya dah berkurangan.
Minggu lepas anak kurang sihat dah pergi klinik tapi tak baik, yang membuat saya risau tengah dia buat solat terawih tiba2 sesak nafas. Saya nak ambik tapi katanya tak payah sebab ada kawan nak balik juga tinggal kat satu taman. Bila dah balik kat rumah saya bawa dia kehospital. Lama juga menunggu sebab selepas diperiksa doktor, ambil darah lepas tu ambil air kencing. Terpaksalah menunggu pula keputusannya. Alhamdulillah tak ada yang serious cuma terdapat jangkitan kuman saja. Kat rumah saya pastikan dia makan ubat mengikut jadual dan dalam beberapa hari dah sihat, sekarang dah pun balik kekampus.
Diawal puasa ni tak macam tahun2 lepas, kalau saya masak mesti makanan banyak yang tak habis, penuh dalam peti ais lebihan makanan kalau nak dibuang sayang pula, itu pun separuh dah dihantar kerumah jiran. Saya tengok blogger macam2 masak bila ditanya pada anak dan hubby dia orang akan cakap masak simple aje sebab tak selera. Pernah hubby beli makanan kat bazar Ramadhan separuh makan yang lainnya tak habis.Yang kelakarnya siadik pergi mengikut kawan kebazar Ramadhan bila balik tak ada apa yang dibeli, bila saya tanya katanya tak ada yang pekenan. My hubby pun hairan macamana orang puasa budak pulak tu tak ada yang teringin kuat betul iman adik, kata baba dia.
Hari ni hubby bawa balik bubur lambok dari Masjid Jamek, Kg Baru. Bubur ni memang terkenal dengan kesedapannya dari dulu lagi, kalau yang ini pasti laku kat rumah saya.Tiap2 tahun mesti luangkan masa untuk kesana. Dulu kalau saya pergi shopping ke Kl, anak beranak ambil bila dapat lebih bagilah kat jiran, memang sedap rasanya. Kalau nak tahu rasanya cubalah .....
26 comments:
salam zaitun..alhamdulillah..dah sihat anak dan ibu ye..
kawan sepejabat pernah juga kena macam zaitun kena tangan kebas2 tu..dia pi klinik..dr..buat fisioterapi..celup kat dalam lilin panas katanya..3 kali buat..dah o.k tangan dia..
Saya kalau Ramdhan memang selalu turun Kg Baru. Ada rezeki jumpa kat sana auntie. Boleh belanja saya Mee Bandung, ye dak?
Salam Kak,
Tangan Kak Zai kebas tu sebab apa kak ?.Harapnya tak serius.
Masa duk BBSentul dulu selalu pegi amik bubur lambuk kat kg baru tu kak..skarang dah jauh, susah sikitlah.
masa fa bujang dulu fa memang tinggal kat Kg Baru, after office hari Khamis memang fa ambik kesempatan beraturrrrr je kat masjid siap dgn bekas tuppeware. hehe...eh, doktor bg tahu tak tangan akak tu apa puncanya...
bulan puasa ni selera makan tu memang payah sikit nak ejas, tak menentu apa yg nak dimakan, biasanya yg simple memang berbaloi dimasak...
kekadang yg simple tu yg membuka selera
Saya pernah rasa Bubur Lambuk Kg Baru tu cuma sekali jer, tu pun tak ingat tahun bila ntah...
Adakala selera kita ok jer, kdg2 selera merudum juga.
Sebenarnya, saya pun ada masalah kebas tangan mcm Kak Zai. Sebelah kanan. tapi saya tak buat apa pun lagi....
kak Erna
Salam Erna...Saya dah banyak kali jumpa doktor tapi semuanya bagi ubat saja,baru ada sorang suruh buat temu janji dengan pakar.
Bagus juga fisioterapi tu.
Abdul Munir Sanusi
Kalau Munir nak jumpa auntie bila balik M'sia buat temu janji ,insyaallah auntie boleh belanja makan apa saja.
azrina.03.07
Salam Reen...Mungkin kak Zai suka berkebun,angkat pasu,cangkul tanah dan sebagainya.
Sedap buburnya kannn...
fa*atip
Sekarang dah tak boleh bawa tuperware diorang dah sediakan dalam plastik sorang dapat satu kalau nasib baik dapatlah 2 bungkus.
Doktor pun tanya pada kak Zai apa dah jadi pada tangan,buat apa sebelum ni... kelakarkan.
ibuintan
Betul kata ibuintan,selera tak menentu kalau anak2 mereka lebih suka fast food aje.
azieazah
Tambah lagi macam kak Zai tangan sakit mana ada selera makan.
Kalau azie dah rasa kebas2 jangan tunggu lama nanti semakin teruk.
Salam Kak Zai,
Nanti akak pergilah buat fisio, takut lama2 kan payah nak baik, risau ni..saya cadangkan akak pergi Hospital UKM rasanya terbaik untuk fisio.
Ibu Sayang
Salam...T.Kasih... ada juga orang sayang hehehe...Kak Zai dah dapat surat dari doktor untuk jumpa pakar dekat H.Serdang tak tahu nak pergi ke tidak.Bagus juga kalau kat Hukm elok untuk pisioterapi.
salam,
hari ni nak cari bubur lambuk..
Salam Zai,apa khabar? camana anak zai?semoga dah sihat kembali.Risau jika ada ahli keluarga yang tak sihat tambahan di bulan puasa ni.
sejak dok Putrajaya ni tak merasa lah bubur lambuk kg baru hehe time dok setapak dulu ,kerap juga dapat makan:)..selamat berbuka Zai...
Salam Eton,
Puasa tahun ni Kak Yan berjaya meminimakan masak-masak ni. berbuka dengan sedikit kueh-kueh dan minum teh saja.Alhamdulilah, setakat ini tak adalah buang-buang makanan. :-)
penyejak Maya
Salam...sekarang dah banyak masjid buat bubur lambok,tapi bubur kat Kg Baru memang terkenal dari dulu lagi.
cikmanggis
Salam cm....alhamdulillah dah sihat.Masjid kat Putrajaya tak buat ke?
Auntie Yan
Salam kak Yan...saya pun tak masak banyak kadang2 aje hubby beli.
Elok sangat amalan tak membazir tu kita amalkan,kalau boleh berterusan.
salam k zai:)
Moga akak dianugerahkan kesihatan yang baik..dan dipulihkan olehNya..:)
NAmpak sedap jek bubur lambuk..teringat bubur lambuk yang mak mertua buat..:):)sedap!:):)
Moga kesihatan bertambah baik....
Selamat terus berRamadhan ya kakZai...
sekom....
dah lama ke kena kebas2 tangan?dulu suami kita pun selalu kebas2.sekarang alhamdullillah..dah tiada.arap cepat sembuh ya...n kita doakan ank Zaitun pun cepat sembuh.ssh kalo anak kene sakit.lagi2 kalo semput..adih...x tido mlm.mgkn kerna panas x de selera makan kot/bgus jg kalo tak byk mkn...x membazir..kan??kan??...
Pn.Kartini
Salam...Ooh mak mertua pandai masak bubur lambok ya tentu sedapkan,masakkan ibu mana boleh tanding.
ckLan@xiiinam
Harap ckLah pun bertambah sihat hendaknya.
Selamat berpuasa dan berbuka.
anie,Nagoya
Salam...Lama juga,dah banyak kali jumpa doktor tapi ubat aje yang dibekalkan.
Kak Zai cuma berempat tu sebab tak masak banyak,kadang2 anak pun makan kat luar.
Post a Comment