Thursday, August 12, 2010

Rindu Solat Terawih Berjemaah.

Dah 2 hari umat Islam berpuasa bermakna dah 2 hari juga saya berpuasa dengan keadaan yang kurang selesa. Saya mengalami gastrik, sebelum ni saya tak pernah ada gastrik. Tak tahu apa puncanya, nak katakan saya makan macam2 tak juga. Walaupun sakit kerja rumah tetap buat itu pun sedaya yang mampu.

Semalam selepas berbuka saya nak ikut hubby pergi masjid buat Solat Terawih, dah siap pakai baju, dah masukkan sejadah kecil dalam beg, sementara menunggu hubby bersiap duduk kat sofa perut bertambah sakit walau pun dah makan, termenung lama kata hubby kalau tak lalu tak payah pergi banyak hari lagi, nanti kalau sakit kat masjid lagi susahkan orang lain. Sedih rasanya sebab tahun2 lepas jarang tinggalkan terawih berjemaah.

Disebabkan tak larat nak Solat Terawih saya gantikan dengan membaca Qur'an dapatlah baca 6 muka surat itu pun dah terasa nak muntah. Rasa nak nangis sebab saya hanya dapat buat solat Fardhu yang lain tak larat nak lakukan, perut menggigit, badan rasa lemah.

Saya cari puncanya kenapa saya jadi begini adakah disebabkan faktor umur tapi orang lain lagi tua dari saya cergas aje, macam2 kerja boleh buat. Adakah disebabkan ubat yang saya makan tapi sebelum puasa tak ada rasa macam ni mungkin sebab perut kosong. Minggu ni saya makan ubat yang diberi doktor untuk menghilangkan kebas tangan, mungkinkah sebab ubat ni dan kalau benar saya tak nak ambil buat sementara waktu. Rasanya kalau tangan kebas tak menjejaskan ibadah yang nak dilakukan berbanding kalau perut sakit dan badan lemah.

Kepada sesiapa diluar sana buatlah ibadah sebanyak mungkin dibulan Ramadhan ini sebab pahalanya akan berlipat ganda.

30 comments:

zureen @ mama said...

Salam kak Zai..

Semoga cepat sembuh ye..

anymz said...

salam zai,kalau2 rasa2 tangan kebas tu boleh tahan,berhenti lah makan ubat tu kejap..kdg2 ada ubat yg boleh menyebabkan pedih ulu hati..langsung gastrik..rujuk pd Dr zai..

AuntieYan said...

Salam Eton,

Kak Yan pun kebas tangan. Lebih tepat lagi jari jemari, kebasnya dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari. Time tido lagi la kebas.Kak Yan pun makan ubat untuk kebas tu. Alhamdulillah..tak de le sakit perut, tapi makan dulu...dua hari ni kebasnya dah rasa berkurangan.

ckLah @xiiinam said...

Semoga dapat kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan...semampunya.
Semoga sembuh kakZai...

Pn Kartini said...

salam:)

MOga sis cepat sembuh..

Acik Erna said...

zai..semoga cepat sembuh..saya memang dari anak dara lagi ada gastrik..tu sebab bila menjelang ramadhan..dah siap2kan ubat apa yang nak dimakan..untuk mengelakkan gastrik menyerang..

ibuintan said...

semoga kak zai cepat sembuh,
rasanya memang sebab ubat tu, cuba hentikan makan ubat tu buat sementara waktu..
saya dulu pun ada juga kebas2 tangan, cuma berurut aje, alhamdulillah dah hilang

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Kecian Kak Zai, gastrik tu ...dah jumpa doc? Last year ibu pun cam tu, tiap kali lepas berbuka aje terus muntah ( dlm 5-6 hari jugak tu) Lepas tu Ok.

Tahun ni alhamdulillah, ni baru balik
dr terawih je terus buka blog.hihih

Zaitun said...

zureen @ mama

Salam zureen...Terima kasih doa untuk kak Zai.

Zaitun said...

anymz

Salam...ingat malam ni tak nak makan ubat tu buat sementara.kalau esok masih sakit kena jumpa doktorlah.

Zaitun said...

Auntie Yan

Salam kak yan...Tangan saya kebas dari lengan sampai hujung jari.Masa sebelum puasa makan ubat tu takde pula sakit.Mungkin perut kosong sebab puasa agaknya.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Itu yang sebaiknya dapat pahala berganda.

Zaitun said...

kak Erna

Saya tak pernah dapat gastrik,pedih sangat kat ulu hati,kadang2 rasa macam nak muntah.

Zaitun said...

ibuintan

Kak Zai rasa pun macam tu juga,tak nak makan ubat tu buat sementara.

Pernah urut beberapa kali tapi tak berkesan,mungkin kalau ada masa nak jumpa pakar.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...kak Zai tak jumpa doktor lagi mungkin sebab makan ubat kebas tangan.

Seronoknya dapat berjemaah rasa macam solat di Mekah,meriahkan.

cikmanggis said...

salam zai..semoga cepat baik.Kita pu sekali je g terawih sebab semalam dah mula batuk yang agak teruk,maklum sajalah jika orang perempuan batuk....jadi solat kat rumah je buat sementara ni.

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak,


Semoga segera sembuh dan dapat menjalankan ibadah dengan lebih sempurna..

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...kalau buat kat rumah pun boleh cuma lebih meriah kalau di masjid.
Harap batuk cm cepat baik.

Zaitun said...

azrina.03.07

Salam Reen...Harap begitulah dapat kita sama2 menyemarakkan ibadah dibulan puasa ni.

ibundo said...

salam zai..
kesiannya. macamana sekarang. dah kurang?

en_me said...

salam ramadhan akak zai ittewww..

KTS said...

ibu sy pun gastrik gak... pukul 2 dah start pening n kdg2 smpi muntah. kesian..

.
.


cuba minum susu.. katanya elok utk org gastrik

Zaitun said...

kakpah

Salam kakpah...dah ada kurang tapi saya tak makan ubat kebas dah.

Zaitun said...

en_me

Salam Ramadhan juga buat en_me.

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Mungkin sebab makan ubat kebas sebab sebelum ni kak Zai tak pernah ada gastrik.

Hari2 kak Zai minum susu.

Abdul Munir Sanusi said...

Semoga cepat sembuh auntie! Jangan makan dan fisiologi badan.

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Auntie dah tak makan ubat,tu yang buat tangan tetap kebas.

Anonymous said...

salam..singgah baca



http://dapur-laksamana5.blogspot.com/2010/08/makanan-untuk-bersahur.html

Tuesday, 10 August 2010
semoga mendapat manafaat

FaAtip said...

kak zai, kalau boleh kurangkan makan pedas, benda2 yang panas pun kena elak. Sian diaaa....

Mak Su said...

kesian akak, harap jangan putus asa dan terkilan sangat, moga ada peluang lagi esok lusa... buat sementara, mengaji quran sebagai gantian :)

take care